Sepuluh

105 17 7
                                    

Hari ini aku menemankan Sara dan Nik keluar untuk mencari lagi barangan hantaran untuk Sara.

Sudah dua jam kami berjalan di mall ini namun satu benda pun tidak dibeli oleh Sara. Katanya tiada yang menarik perhatiannya. Kakiku pula rasa seperti hendak tercabut.

Aku mengeluh apabila Sara memasuki satu lagi kedai kasut. "Sara.... kau tak penat ke? Kaki aku rasa macam nak putus wei." Aku mengadu.

Nik tergelak kecil apabila mendengar aku merungut. "Sabar lah Sya... macam baru kenal Sara harini pulak.."

Aku tersenyum hambar. Tak kira! Lepasni nak jugak suruh diorang belanja aku makan mahal-mahal.
Aku tersengih jahat sambil memandang Nik.

"Kau pahal?" Soal Nik padaku.

"Nanti aku nak korang belanja aku makan best-best." Ujarku sambil tersengih dan membuat gaya peace.

Sara sedang memilih kasut di dalam dan aku duduk di kerusi di luar kedai sahaja. Sudah tak sanggup hendak menemaninya.

"Okay no hal. Nanti aku belanja." Jawab Nik kepadaku.

Aku mengangguk-angguk. "Ok niceeee...."

Aku bangun dari tempat duduk untuk masuk ke kedai menjenguk Sara tetapi di mana silapnya aku dilanggar oleh manusia yang agak besar, tegap dan tinggi.

Aku yang terdorong ke belakang segera menjerit secara refleks.

"Apa bodoh sangat mata kau letak kat mana?" Aku terjerit secara tidak sengaja.

"Excuse me?" Lelaki tersebut berpaling dan mendekati aku.

Tubuh badannya yang besar dan tegap membuatkan aku takut sedikit. Alamak mana Nik tadi?! Aku menelan air liur yang sudah kering di tekak. Cari pasal kau ni Tasya, cari pasal!

"Errr.... takde... tak.. de pape..." tergagap-gagap aku menjawab.

"Bodoh kau panggil aku?" Soal lelaki di hadapanku ini.

Tuhan, tolonglah hantarkan seorang superhero untuk aku. Pak guard bangla pun aku tak kisah.

"Ehem bro apa ni... tak best lah gaduh dengan perempuan." Tegur seseorang dari belakang.

Alhamdulillah. Tak aku sangka doaku dimakbulkan sebegini cepat! 

"Dia panggil aku bodoh kot?" Lelaki di hadapanku ini masih ingin mempertahankan haknya.

Hello!!! Nama saya Natasya dan saya tak sengaja. Aku menjerit. Di dalam hati sajalah.

"Dia tak sengaja tu. Mulut kawan saya ni memang kurang ajar sikit." Ujar lelaki di belakangku tadi.

Amboi awak-yang-saya-tak-tau-nama suka hati je eh? Tapi takpe saya maafkan sebab awak dah jadi superhero saya.

Aku masih lagi menekur ke lantai. Takut untuk bertentangan mata dengan lelaki tegap dihadapanku ini.
Hmm cepatlah pergi.

"Yelah. Tolong nasihat kawan kau ni bro mulut jaga sikit." Akhirnya lelaki sasa ini mengalah.

"Minta maaf....." perlahan aku meminta maaf. Aku mengangkat kepala perlahan dan memerhatikan lelaki sasa itu pergi.

Phewwww. Nasib baik.

"Ehem taknak cakap terima kasih ke?" Superheroku bersuara. Hampir ku terlupa akan kehadirannya.

Aku menoleh dan kelihatan Adam sedang berdiri di belakangku sambil tangannya di masukkan ke dalam kocek seluar. Sumpah handsome!

Aku terus memeluknya. "Wehhh nasib baik kau datang!!!" Jeritku padanya.

Adam memukul bahuku perlahan. "Ish lepaslah... Lemaslah Tasya." Adam merungkai pelukan.

"Sorry sorry.. aku excited pulak." Aku tersengih. "Nasib baik kau ada kalau tak dah kena belasah dah aku kat situ tadi." Sambungku.

"Hmm pape je la. Ikutkan hati aku, memang nak biarkan je." Ujar Adam padaku. Amboi sinisnya.

Apa-apa jelah. Takde pak guard bangla, Adam pun boleh lah jadi superhero.

///////////
ADAM NUQMAN

"Nasib baik kau datang!!!!" Tasya tiba-tiba meluru memelukku. Aduh ni yang lemah ni.

"Ish... lepaslah. Lemaslah Tasya." Aku merungkaikan pelukannya. Ikutkan hatiku ingin membalasnya tetapi jantungku buat hal pula berdegup kencang semacam. Malu lah sahamku di depan Tasya. Lebih lebih lagi Sara ada disini. Hilang minat dia terhadap ku pulak nanti nampak aku berpelukan dengan Natasya. CEHHHH sejak bila Sara minat kau Adam.

"Sorry.. sorry. Excited pulak." Tasya tersengih di hadapanku.

Eeee... cute pulak si Natasya ni sengih-sengih camtu. Hilang terus bayangan Sara di kepalaku.

Aku memerhatikannya dari atas hingga bawah. Dengan rambut diikat tocang, baju seperti biasa hanya paras punggung, seluar jeans ketat. Haih, aku menggeleng-gelengkan kepala.

"Apa?" Soal Natasya padaku.

Boleh lagi perempuan ni tanya apa?

"Kau ni takde baju lain ke Tasya? Berdarah mata aku tengok kau pakai macamni." Aku sengaja menyindirnya. Mengharapkan dia memahami maksudku bahawa bajunya sangatlah tidak sesuai untuk dipakainya lagi.

Bajunya itu, kalau dibagi dekat adik aku pun belum tentu diorang mahu pakai.

"Kenapa? Cantik je." Balas Natasya seperti tidak ada salahnya dia berpakaian.

Aku mengeluh. Apa-apa jelah.

"Kau datang sini dengan siapa je? Sara ada kan? " Mataku meliar mencari kelibat seseorang.

"Dengan Sara." Pendek jawapannya. Aha! Nama itulah yang aku hendak dengar.

Aku baru sahaja hendak teruja sebelum moodku dimusnahkan dengan nama seseorang.

"Dengan Nik sekali." Sambungnya lagi.

Aku terus mencebik bibir apabila mendengar nama Nik. Buat apa mereka keluar bersama ni?

"Buat apa?" Aku bertanya pada Natasya. Sikap ingin tahu aku timbul.

"Nak cari kasut hantaran Sara..." Jawab Natasya. Errr... serius ke Sara nak Tunang ni?

Baru sahaja aku hendak bertanya lebih lanjut, Nik dan Sara tiba di tempat kami duduk.

"Eh hai Adam." Sara menegurku ramah. Terasa berbunga sungguh hati apabila buah hatiku menegur.

"Hai Sara." Ceria aku menjawab.

"Hai bro..." Nik menghulurkan tangan untuk bersalaman denganku.

Aku tersenyum juga menyambut hulurannya tetapi tidak selebar menegur Sara. Aku memandang ke arah Natasya yang berada di sisi Sara.

"Plastik." Mulutnya bergerak tanpa mengeluarkan sebarang suara.

Aku tersengih menampakkan gigiku padanya.

Plastik Adam, kau memang plastik.

/////////////

What do you think?

AdamXMel or AdamXSara ?

Who do you ship?

:\\\\\\\\\\\\\

HIIII ALL!!
2022 FLAMANGO HERE!
STORY NI I DAH TULIS WAKTU 2016.

DISEBABKAN I LUPA YANG I DAH LETAK NAMA AMELIA DEKAT STORY LAGI SATU TERPAKSA LA I TUKAR NAMA AMELIA TO NATASYA DEKAT SINI.

HOPE YOU GUYS DON'T MIND HEHE

KEEP VOTING OKAY.

Oh My AdamWhere stories live. Discover now