Lima

65 14 0
                                    

"Kalau jadi apa-apa dekat aku, kau tanggung ye Natasya Damia!" Bebel Sara sebaik sahaja kami melangkah naik ke atas bas.

Masuk kalini sahaja sudah seminggu aku dengar bebelannya tentang kem ini. Puas aku merayu agar dia mengikut aku ke kem ini, semuanya sebab Adam lah!

"Jangan risau takde pape. Lagi pun Nik ada kan." Aku menenangkannya.

"Nasib baik ada Nik kalau tak jangan harap lah aku nak pergi kau tahu tak!" Bebel Sara lagi.

Sara terus mengambil tempat di sebelah Nik manakala aku duduk di belakang mereka. Disebabkan aku sedikit anti sosial maka aku duduk sendirian sahaja.

Baru sahaja bas hendak bergerak aku dapat rasakan kerusi di sebelahku diduduki seseorang. Pantas aku menoleh untuk melihat siapakah yang berani duduk disebelahku.

"Hai Tasya." Tegur Adam sambil membetulkan kerusinya.

Terbuntang mataku melihatnya. Selamba sahaja wajahnya memandangku. Tidak tahu kah dia bahawa hati aku sudah membuat maratonnya sendiri?!

"Kenapa duduk sini?" Aku berpura-pura marah padahal hatiku sudah berbunga mekar.

"Sebab dekat dengan Sara." Laju sahaja Adam membalas.

Bunga yang baru sahaja mekar di hatiku tadi sudahpun layu terus mendengar jawapannya.

K.

Aku jadi malas melayannya maka aku membuang pandangan ke luar tingkap. Perjalanan ku rasa sungguh jauh sekali dan sesekali aku dengar gelak tawa Sara dan Nik di hadapanku. Bahagia sungguh ye kau Sara.

Aku mengeluarkan earphone dari dalam beg dan mencucuk ke telinga dan lagu Sufian Suhaimi ku pasang. Jiwang sungguh.

Baru sahaja hendak melayan hatiku yang lara tiba-tiba sebelah earphone aku ditarik oleh Adam. Aku memberikannya pandangan tidak faham.

"Panas telinga dengar pasangan sejoli tergelak-gelak dari tadi." Katanya tiba-tiba sebelum memakai sebelah earphoneku.

"Ooooo...."

Aku membiarkannya memakai sebelah lagi earphoneku. Alamak! Macam orang bercinta lah pulak.
Aku tersengih sendirian sepanjang perjalanan.

Kalau macam ni gayanya, 7 jam pun sanggup aku redahi. Aku membiarkan lagu-lagu berputar melayan jiwaku yang sedang tak keruan.

Alahai hati.

///////////

"Okay kamu semua boleh beratur untuk tentukan ahli kumpulan masing-masing." Arah seorang daripada fasilitator yang ada di pusat kem ini.

Aku segera berlari mendekati Sara supaya aku bersamanya dalam satu kumpulan.

"Okay yang pakai tshirt hijau tu..." Abang fasi yang menggelarkan dirinya Ajib memanggilku.

"Ya saya.." aku menyahut padahal hati sudah berdebar menantikan arahannya.

"Ok awak masuk kumpulan yang dengan baju biru tu." Arahnya sambil menunjuk ke arah seorang lelaki.

"Wuuuu euuuu Tasya dengan Amin..." rakan-rakanku sudah mula mengejek. Mana tidaknya, aku satu kumpulan dengan orang yang meminatiku dari dulu lagi.

"Saraaaaaa aku taknakkk..." aku merengek di depan Sara.

"Tak apa Tasya, tahan untuk 3 hari je okay?" Sara cuba memujukku.

Rakan-rakan yang lain masih lagi mengusikku dan aku sempat memandang Adam sekilas. Kelihatan dia menjelingku dari jauh.

Eh apahal tu?

Sudahnya, aku, Sara dan Adam tidak satu kumpulan. Cumanya Sara seorang sahajalah beruntung kerana dapat satu kumpulan dengan Nik.

Sedang aku mengemas barang-barangku tiba-tiba Adam datang menghampiriku.

"Tasya, hati-hati sikit dengan Amin tu." Ujarnya tiba-tiba. Apa kena dia ni?

"Kenapa?" Soalku.

Tak ada senyum di wajahnya seperti selalu.

"Tak ada pape. Kenapa lah aku tak satu group dengan kau." Katanya sambil mematah matahkan ranting kayu.

"Aik? Kenapa dengan aku pulak? Dengan Sara la sepatutnya." Jawabku pelik dengan sikapnya.

"Takde lah aku risaukan kau. Sara ada Nik boleh jaga, kau ni takde siapa nak jaga. Dahlah satu kumpulan dengan Amin pulak tu." Panjang lebar dia menjawab.

Awww... so sweet!

"Kau... risaukan aku?" Soalku tidak percaya.

"Yelah, nanti siapa nak tolong aku ngorat Sara." Balasnya selamba.

Hmmph! Bencilah aku macam ni cakap dengan dia. Berkecai terus hatiku mendengar jawapannya.

"Ohhhh... ingatkan risaukan aku." Sengaja aku memancing simpati.

"Tak ada lah. Risau nanti tak ada orang nak tolong aku." Jawabnya selamba kemudian dia terus berlalu.

Seperti tak ada rasa bersalah langsung dihatinya.

Dan aku terdengar bunyi sesuatu. Bunyi sesuatu yang pecah. Opsss hatiku rupanya yang bunyi.

Tak guna Adam.

/////////////

Oh My Adamजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें