Sembilan

82 16 3
                                    

"Nah." Aku meletakkan sepeket coklat cadbury saiz besar di hadapan Natasya.

Dia memandangku pelik sebelum meneruskan kerjanya. Aku yang berdiri di hadapannya ini tidak dilayan.

"Tasyaaaaa..... ni kau punya." Aku menolak coklat itu sehingga mengganggu dia menulis.

Dia menghentakkan pennya sebelum matanya mencerlung memandangku.
"What. Do. You. Want. From. Me?"

Sepatah-sepatah dia menyoalku. Wah betul-betul punya marah ni. Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal.

"Errrrr aku datang nak minta maaf... err pasal semalam?" Tergagap-gagap aku memberitahunya.

Sara yang duduk di sebelah Natasya memandang kami dengan pelik. Hari ini melihat Sara pun aku tidak teruja. Mahu memujuk Natasya niatku. Bersalah punya pasal. 

Natasya mengeluh di hadapanku. "Takpe, tak kisah pun. Dah biasa dah." Pasrah ayatnya memberitahuku.

Dia meneruskan kerjanya menulis di bukunya. Aku memerhatikan sahaja dia membuat kerja. Natasya seperti tidak selesa dirinya diperhatikan lalu dia berhenti membuat kerjanya.

"Ya Adam... kau nak apa?" Soal Tasya kepadaku.

"Aku nak minta maaf..." ujarku.

"Kan aku dah cakap aku tak kisah." Jawabnya sambil tersengih kepadaku.

Aku mengeluh perlahan. Pening aku dengan sikap perempuan ni. Memang semua perempuan macam ni kah?

Aku menolak lagi coklat di hadapannya. "Ok kalau tak kisah nah makan coklat ni. Ni first time aku belikan untuk orang tau tak?" Aku pula yang naik angin dengan sikapnya ini. Sabar Adam.

Natasya menyambut huluranku. "Okay okay fine ni aku amik aku bukak. Ni aku makan ni."

Natasya membuka pembalutnya dan memakan coklat di hadapanku. Lega aku rasa apabila dia sudah kembali ke perangai asalnya.

"Nah makan lah sekali." Natasya menghulurkan aku lebihan coklatnya.

Aku menggelengkan kepalaku. "Nope. Aku tak makan coklat." Ujarku. Natasya mengalihkan tangannya dan menyuap Sara di sebelahnya. 

Memang aku tidak suka memakan coklat.

Jangan judge.

///////////
NATASYA DAMIA.

Aku meneruskan memakan coklat yang Adam baru beri padaku. Taknak sudah, aku makan dengan Sara. Dahlah aku pun belum makan lagi dari tadi.

Sara kemudiannya meminta diri setelah Nik datang menjemputnya. Mereka berdua sibuk sejak kebelakangan ini kerana menguruskan hal-hal berkaitan pertunangan mereka. 

"Errr Tasya... aku nak tanya sikit ni." Adam teragak-agak untuk bertanya.

"Apa?" Soalku sambil meneruskan memakan coklat.

"Betul ke semalam Sara keluar cari barang untuk kahwin?" Adam bertanya kepadaku perlahan.

Aku mengangguk. Dah agak dah mesti nak tanya pasal Sara punya. Adam mana akan dekat dengan aku kalau tak tanya pasal Sara.

"Bila tu diorang nak kahwin?" Soal Adam lagi.

Aku memandangnya. Terhenti terus aku daripada memakan coklat.

"Taktau. Maybe next month? Next year? Next week?" Aku sengaja berteka-teki dengannya. Malas hendak menjawab pertanyaannya sebenarnya. Biarlah dia mencari sendiri.

"Serius lah?" Soal Adam terkejut denga jawapanku.

Aku mengangkat bahu tanda tidak tahu. "I said i don't know." Jawabku.

Adam mengeluh. "Apa jenis kawan lah kau ni, bestfriend sendiri nak kahwin pun tak tau." Bebel Adam sendirian tetapi cukup kuat untuk telingaku dengar.

Whatever.

"Kalau aku tahu pun kenapa? Apa kau boleh buat?" Soalku mencabar kesabarannya.

"Mungkin aku sempat ubah fikiran dia?" Jawabnya angkuh.

"Jangan jadi gila Adam. Macam dah tak ada perempuan lain dekat dunia ni. Nak juga kahwin dengan orang yang dah berpunya." Aku memberi ceramah percuma padanya. Tak pasal-pasal mendapat.

Adam tersengih sinis memandangku.

"Memang tak ada pun. Kau nak kahwin dengan aku?" Tanya Adam sengaja mengujiku.

Aku yang sedang menonggak air mineral tersedak menyebabkan air di dalam mulutku tersembur mengenai baju Adam.

"Uhukkk uhukk huk...." aku menepuk-nepuk dadaku yang sakit akibat tersedak.

Namun mataku lagi terbuntang apabila melihat Adam di hadapanku basah dengan air yang baru sahaja keluar dari mulutku.

Aku segera bangun dari tempatku dan mengambil sapu tangan dari dalam beg dan menuju ke arahnya. Aku mengelap air yang terdapat di bajunya.

"Omg sorry wehhh tak sengaja langsung. Siapa suruh kau buat lawak antarabangsa macam tu." Sempat lagi aku memarahinya sambil mengelap.

"Eeee kau ni pun. Agak-agaklah nak sembur aku." Adam merungut dan mengambil sapu tangan dari tanganku dan mengelap bajunya sendiri.

"Sorry...." perlahan aku meminta maaf.

"Its okay lain kali jangan buat macam ni lagi. Sembur la orang lain" Pesan Adam padaku.

Aku memerhatikan dia mengelap bajunya. Silauan matahari dari luar menyerlahkan lagi kekacakannya yang sedia ada.

Jantungku berdegup kencang melihatnya. Terasa seperti baru lepas berlari dan bersukan walaupun aku jarang bersukan.

Hmm siapa yang mainkan lagu cinta ni?

Eh, hati aku yang menyanyi rupanya.

//////////////

Oh My AdamWhere stories live. Discover now