Satu

122 19 0
                                    

"Natasya tolong lah aku Sya." Merayu-rayu suara itu meminta pertolongan daripadaku.

Masuk hari ini dah sepuluh hari dia mengganggu hari-hariku yang sebelum-sebelum ini tersangatlah indah. Muncul sahaja lelaki ini terus nightmare jadinya. Heshh seram! Pantang nampak aku di mana-mana terus saja menghalang dan merayu seperti ini. 

"Sya pleaseeeeeee!!!" Rayu suara itu lagi. Tak tahan betul mendengar suaranya yang sudah kedengaran seperti langau di telingaku ini.

Lelaki ini? Namanya Adam. Muhammad Adam. Namanya simple sahaja namun orangnya kacak yang tersangatlah kacak. Sampaikan aku sendiri tertarik dengannya. Ramai jejaka kacak di kampus ini tapi entah kenapa jejaka yang satu ini menarik perhatianku sungguh. 

Dia ini boleh dikatakan idola di kampus ini dan rata-rata perempuan disini tergila-gilakannya. Termasuk aku. Tapi tak adalah aku menampakkan sangat yang aku minat dekat dia. Tapi entah kenapa sejak sepuluh hari yang lepas dia asyik datang meminta tolong kepadaku. Bila aku suruh beritahu apa masalahnya, tak pula dia memberitahu. Segan katanya. Aku pun dah naik rimas bila asyik diganggu begini. 

"Ye kenapa? Cakap jelah. Aku dah penat tau nak dengar kau minta tolong tapi tak cakap-cakap pun apa masalahnya." Ucapku sekali lafaz. Geram dengan sikapnya itu. Sekali dua boleh lah terima. Ini sudah sepuluh hari macam ni, siapa tak marah?

"Aik... marah nampak?" Adam bersuara setelah terkejut mendengar kata-kata yang berdas-das keluar dari mulut ku ini. Dia mengangkat kening dan membuat muka terkejut kemudian tersenyum sinis padaku. 

"Ehhhh... hahahaha... ya tuhan mana ada aku marah hahaha tak ada lah. Langsunggggg tak marah." Sarkastik aku menjawab sambil ketawa yang nyata dibuat-buat. Aku memegang perut membuat aksi seperti ketawa terbahak-bahak kemudian menjelingnya.

"Hehehehe.... janganlah marah Sya. Tak comel nanti." Tersengih-sengih Adam menjawab.

Aku membuat muka masam. Menahan senyum terukir di bibir padahal hatiku sudah terasa begitu berbunga apabila Adam memujiku comel. Mana tidaknya, Crush sendiri puji comel mahu terasa dunia ini seakan aku yang punya. 

"Hmmm yelah. Haa cepat lah bagitahu apa yang ditolong sangat tu?" Aku bersuara kembali serius.

Dengan Adam ini bukan boleh dilayan sangat. Mahu tak siap kerja yang sedang aku lakukan ni. Asyik mencuri hati orang je kerjanya. Eh? Mencuri masa.

"Kita lepak tasik nak tak?" Cadang Adam tiba-tiba. 

"Hah tasik? Sekarang?" Aku melirik mata ke arah jam tangan.

5:27

"Haah kenapa? Kau busy ke sekarang?" Tanya Adam. Riak kerisauan terpancar.

"Ehhh tak ada lah. Tak busy pun tengah free sekarang ni."

Hah. Haah free lah sangat. Tak beringat esok ada kuiz. Haih jenuh lah nak nembaca buku malam ni Natasya oi!!

Dalam sibuk-sibuk aku membuat kerja pun aku tetap memberitahu yang aku sedang free. Lepastu baru la sibuk tak cukup masa.

Eheheheh. Kuasa cinta. Angau overdose.

Aku terus sahaja setuju untuk mengikutnya ke tasik. Like... come on lah bila lagi nak keluar jalan ke tasik dengan mamat kacak lagi hot kan?

Dia memandang aku yang sedang tersengih-sengih di hadapannya. "Hello... cik adik dah sampai negara mana tu?" Adam sinis bertanya.

Aku cepat-cepat menutup malu dengan buat-buat betulkan tudungku. "Hah? Negara apa pulak ni ish merepek lah." Jawabku menutup salah sendiri.

"Apa-apa je lah. Ni nak naik kereta siapa ni?" Soal Adam.

Hmmmm nak naik kereta siapa ye? Inilah satu-satunya peluang untuk aku menaiki kereta dengannya. Takkan nak lepaskan macam tu aje.

"Kereta kau?" Soalku perlahan.

Adam memandangku pelik. "Okay. Kau naik kereta kau, aku naik kereta aku." Jawabnya bersahaja kemudian terus berlalu menuju ke keretanya.

Wow. Daebak!

Dah tanya lepastu sendiri jawab. Alien betul! Aku menghentakkan kaki ke jalan raya walaupun aku tahu perkara itu hanya menyakitkan diri sendiri sahaja.

"Cepatlah Sya.." laung Adam dari jauh.

Termati segala amarahku kerana terkejut dengan laungan Adam.

"Haaa ha okayokay!!" Aku laung kembali sambil menunjukkan tanda okay.

"Nak tunggu dekat pagar mana ni?" Soal Adam dari keretanya.

Aku hanya menunjukkan jari 3 padanya menandakan pagar nombor 3. Dia mengangguk kemudian terus menghidupkan enjin keretanya lalu beredar dari perkarangan kampus. Aku dengan segera menghidupkan juga enjin kereta Axia pink ku ini dan membontoti kereta Adam. Sambil memandu aku tersengih seperti kerang busuk sambil melirik mata pada diri sendiri pada cermin pandang belakang dan membetulkan tudung yang sudah senget benget dengan bercampur peluhnya. Lampu isyarat bertukar merah dan aku mengambil kesempatan memakai bedak dan oleskan sedikit lipmatte pada bibirku dan sempat lagi mencalit minyak wangi. Nak bagi good impression katakan. Hihihi aku tergelak di dalam hati. 

Aku begitu teruja sekali kerana impianku untuk keluar bersama dengan jejaka kacak tercapai juga akhirnya.

Sambil meneruskan pemanduan aku tersenyum simpul tanpa mengetahui terdapat udang disebalik batu dibelakang semua ini.

///////////

Oh My AdamWhere stories live. Discover now