1

3.9K 518 40
                                    

taehyung

Aku memandang ke kiri dan kanan. Aku perlukan tubuh baru untuk terus hidup. Aku kena cepat!

Boleh pulak tak nampak kereta tu tadi. Tak pasal-pasal kena langgar. Adududuh. Kan tak pepasal kena cari badan lain.

Dari jauh aku nampak satu jasad tak bernyawa di dalam kotak yang dibawa oleh seorang lelaki. Teddy bear berwarna pink!

Ah! Tak kisah lah janji aku dapat badan baru cepat. Pink pon apa salahnya,boleh jadi hantu pinky merayau di malam hari, muahahahah.

Dengan pantas aku terus terbang masuk ke dalam badan teddy bear itu. Aku tidak bergerak dan hanya redha dengan takdir ke mana lelaki ini nak bawak aku.

XxXxXxXxXxXxX

"Seomin! Tengok ayah belikan apa~ " lelaki tadi menyorokkan aku di belakangnya. Bagus ni lah peluang aku untuk lompat keluar dari kotak ni.

Baru je aku lepaskan diri dari ikatan di dalam kotak ini, lelaki taguna ni dah hulurkan aku pada anak perempuannya. Aku terus pura-pura kaku tiba-tiba.

"Wah!! Comelnya!" Dengan rakus dia mengoyakkan kotak lalu menarik aku ke luar. Dia mula memeluk aku dengan ketat beberapa kali.

Ehhh perempuan ni geli la!!! Lepaskan aku!!

Aku cuba untuk bersuara tetapi tidak berjaya. Ah aku lupa tenaga aku tak cukup banyak. Ah,tolongla aku huhuuu.

Akhirnya dia melepaskan pelukan. Ah,lega rasa- tiba-tiba dia memuncungkan mulutnya.

Yah!! Jangan cium aku!! Jangan!! Aku jijik!!!

Bibirnya terus mendarat di pipi aku dan pandangan aku terus menjadi gelap.

satan in loveWhere stories live. Discover now