7

2.6K 417 5
                                    

seomin

Sudah sejam berlalu. Tapi dia tak bangun-bangun lagi. Aku mencucuk-cucuk taetae bear aku. Tiada respon. Aku teruskan mencucuk.

Tiba-tiba badannya bergerak dan dia mula duduk. Oohh, dah bangun kot.

"Betul ke kau kat dalam tu?" Aku mencangkung di sebelahnya. Dia menepuk dahi.

WEYH!! Comelnya weyh aku tak boleh go lah T.T

Aku terus mencubit-cubit pipi Taetae. Tapi tangan aku ditepis kasar lalu dia menghentakkan kakinya sebelum cahaya silau tadi muncul semula.

"Yah!! Kau!! Jangan pegang aku lah!!" Dia menuding jari ke arah aku. Ceh. Dahla menumpang tak sedar diri. Bukan nak berterima kasih.

"Aku tak sentuh kau. Aku sentuh TAETAE aku," aku menjelir lidah padanya. Dia hanya mengetap gigi. Ha maghah la tu.

"Kau nak apa kacau aku ha??" Dia duduk bersila di hadapan aku sambil melipat tangannya di hadapan dada dia yang kosong itu.

"Pakai baju."

"Baju tak ada."

"Sabar jap. Aku ambil baju," aku bangun untuk ke bilik appa tapi dia tiba-tiba menarik tangan aku. Aku menarik semula.

"Ayah kau ada ke?" Aku menggeleng. Appa kata tadi dia ada mesyuarat dengan persatuan penduduk. "Ok,bagus. Aku nak ikut kau. Mana tahu nanti tiba-tiba kau pergi panggil jiran nak tangkap aku ke," dia bangun lalu berdiri di sebelah aku.

"Cis." Aku mendahuluinya ke bilik appa. Dia hanya menuruti sahaja.

Sampai di bilik appa,aku membuka almarinya. Kelihatan beberapa buah kotak di bahagian bawah.

'Baju lama. Dah tak pakai'

Aku cuba untuk membawa kotak itu keluar. Namun apakan daya,aku kan insan yang lemah. Satan mendengus kasar di belakang.

"Tepi lah. Nak angkat kotak pun tak larat. Hampeh," dia menolak aku perlahan lalu mengangkat kotak itu keluar. Kotak itu dihempaskannya ke lantai bilik sehingga bunyi yang agak kuat terhasil.

Wow,kotak tu berat gila kot. Kuatnya dia. Okay aku kagum HAHAHA.

Aku membuka kotak itu kemudian meneliti baju-baju dan seluar jeans yang ada.

"Kau pilih la sendiri. Aku tak retilah." Aku menolak kotak itu padanya. Dia mendengus.

"Bila difikirkan balik... Macam mana aku nak pakai baju? " katanya lalu menuding jari ke belakangnya. Aku mengangkat kening lalu menoleh ke belakang badan dia.

Oh ya. Betul. Sayap dia yang gedabak ni. Macam mana?

"Tanggalkan?" Dia menggeleng. Aku merenung sayapnya sambil berfikir.

Sayap dia... Cantik. Walaupun berwarna hitam. Aku cuba untuk menyentuh sayapnya namun dia mengelak.

"Apa kau cuba buat ha?!" Dia berdiri lalu menengking aku. Akh tersentak. Sekali lagi badan aku mula menggigil ketakutan.

"Aku- aku cuma nak.. Pegang..." Jawab aku terketar-ketar.

"Tak payah!"

"Kenapa tak boleh ke??!?" Aku mula melawan.

"Eh kau ni memang tak faham bahasa kan,perempuan?!" Dia menolak aku sehingga aku jatuh terduduk. Dia mula bernafas kencang. Macam dalam Star Wars tu. Memang seram lagi-lagi bila mata dia menjadi merah.

"Er... Janganlah marah aku..." Aku memandangnya dengan mata yang berkaca. Mukanya kelihatan terkejut.

"Kau ni lembik ah! Sikit-sikit nangis!" Serentak dengan jeritan itu aku pun terus meraung

satan in loveWhere stories live. Discover now