12

2.3K 335 16
                                    

t a e h y u n g

"Er- jadi kamu ni apa sebenarnya? Setan? Kalau ya mana tanduk kau? Alien? Mana kapal angkasa kau? Rosak ya?" ayah Seomin masih lagi tak memahami apa yang aku cuba terangkan.

"Ayah- dia ni- uhm... Susah nak terangkan. Yang pasti dia, bukan manusia. " Seomin memandang aku dengan kening terangkat. Aku hanya mengangguk perlahan.

Ayah Seomin memandang aku dengan dahi yang berkerut seribu. Aku tertunduk. Ya, inilah pengakhirannya. Kau akan dihalau,  Tae. Dan kau akan mati jadi debu tak lama lagi, tanpa sesiapa kesah pasal kau lagi-

"Tinggal lah sini selama mana kau nak. Tapi satu je aku minta sebagai balasan. " aku memandang ayah Seomin dengan wajah tak percaya. Memang aku tak percaya pun. Dia memandang Minseo, memintanya meninggalkan kami berdua.

"Aku nak kau, jaga anak aku elok-elok. Aku nak kau lindungi dia, sebab aku tahu duit dia selalu kena curi dengan gangster sekolah. Aku sendiri tak dapat lindungi dia.jadi.. Aku harap kau boleh buat benda kecil ni, boleh? " dia memegang kedua-dua tangan aku. Aku hanya menelan air liur.

Setelah seketika, aku mengangguk perlahan. Aku tak sampai hati ingin menolak permintaannya. Dia dah tua, miskin. Takkan dia nak upah bodyguard kot.

"Bagus, malam ni aku belikan baju sekolah untuk kau, "katanya sambil tersengih lalu berjalan meninggalkan aku.

Tak lama selepas itu, dada aku mula sesak. Ah, dah lama sangat aku keluar. Dengan segera aku berlari ke bilik Seomin dan masuk ke dalam badan teddy bearnya.

XxXxXxXxXxXxX

s e o m i n

Aku memandang ayah aku dengan hairan. Kenapa dia beli baju sekolah... Untuk lelaki?

"Ini bukan untuk ayah, ya. Ini untuk Taehyung. " kata ayah dengan gembira setelah lama aku memerhatikannya. Aku bercekak pinggang.

"Ayah, macam mana dia nak pakai baju tu? Sayap dia tu nak buat macam mana? Lipat?  Ha??? " ha kan aku dah start bebel. Ayah memandang aku dengan kening yang hampir bercantum.

"Well, that's right my daughter! " aku menepuk dahi aku dengan kuat. Ouch! Sakit sebenarnya, kau tahu??

Meh tak mungkin, aku tak akan benarkan Taehyung sekolah sama dengan aku! Tak pasal-pasal nanti hidup aku jadi huru-hara. Dia ingat ayah dah kenal dia, dia boleh rapat dengan ayah AKU? No way!

Kami bertiga hanya menikmati makan malam dengan senyap. Aku dah explain pada ayah tentang sirap dan darah pada ayah. Ayah hanya akur sahaja.

"Tak apa ke kau makan makanan kami ni? " aku memandang Taehyung yang sedang terkedu. Dia hanya menggeleng dan tersenyum.

Ternyata dia ni hensem jugak.

XxXxXxXxXxXxX

Jimin memerhatikan kediaman Seomin dari jauh. Dia berasa tak sedap hati. Macam ada je yang tak kena dengan rumah ni.

Perlahan-lahan dia mengetuk pintu itu dan memanggil nama Seomin.

"Uhm, ya? " ayah Seomin membuka pintu dan menyapa Jimin. Jimin tersenyum.

"Boleh saya jumpa Seo-" Jimin terdiam apabila dia terlihat kelibat Taehyung, seseorang yang sedang dicarinya selama ini.

XxXxXxXxXxXxX

Hahahaha mesti semua pakat tunggu teaser kankankan

Well 😂😂😂

Aku rasa maybe 10 hb utk kst kot

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

Aku rasa maybe 10 hb utk kst kot

satan in loveDonde viven las historias. Descúbrelo ahora