22

1.6K 218 44
                                    

seomin

Jam di tangan aku kerling buat ke sekian kalinya, Taehyung masih belum balik. ayah pulak bekerja di Busan untuk beberapa hari,ikut majikannya. 

dan fakta yang sekarang dah hampir pukul 12 tengah malam membuatkan aku semakin seram sejuk menunggu Taehyung. Kenapa dia belum balik? ada apa-apa jadi pada dia ke? Dia dah tinggalkan aku ke?

aku menarik lengan cardigan aku untuk menutup tapak tangan aku yang semakin sejuk dan mula berpeluk tubuh. angin malam mula bertiup dan awan-awan mula menutupi cahaya bulan purnama malam ini.

"Tae... Eodiya??" aku mengeluh panjang.

krukk... krekk... krukk...

aku memandang ke arah bunyi tersebut,bunyi daun-daun kering dipijak. Kelihatan bayang-bayang seorang lelaki tinggi lampai muncul dari balik pokok sedang berjalan ke arah aku. "Taehyung?" aku meneka.

"Oh,jadi kamu semua panggil Satan.. Taehyung? Nice name,".  aku terus bangun selepas melihat wajah lelaki itu. Bukan,muka dia tak menyeramkan, cuma aku tak kenal lelaki ni siapa. Wajahnya seperti seorang putera- tak seperti bidadara yang turun dari langit. Siapa dia ni?

Lelaki tu berjalan ke arah aku dengan lebih rapat dan aku hanya mampu berdiri kaku. Minda aku seperti tak dapat berfungsi melihat matanya. Dia tersenyum sinis. 

"We'll meet again, beautiful, ". dia mengusap pipi aku sebelum menghembus perlahan ke arah aku. dengan sekelip mata aku rebah ke atas tanah dan mungkin, tertidur.

XxXxXxXxXxXxXxX

"Seomin?? Seomin? Bangun!! Please bangun...God... " badan aku digoncang seseorang. perlahan-lahan aku membuka mata. Wajah Taehyung yang samar-samar dalam kegelapan masih dapat aku cam.

"Uhh... Taehyung..." aku cuba untuk duduk tapi Taehyung menolak aku semula jatuh ke atas ribanya.

"Yah!!!Paboya!!" Dia menjentik dahi aku tanpa segan silu. Mata aku terbeliak memandangnya. Mata dia kemerah-merahan. Dia menangis ke?

"I thought you were killed... Thank God..." Dia tersenyum pahit lalu memeluk aku dengan erat. aku agak keliru... tapi aku memeluknya semula.

"Kenapa cakap macam tu?" aku bertanya selepas pelukan kami terlerai. Dia bantu aku untuk bangun dan kami berjalan masuk ke dalam rumah,meninggalkan kegelapan di luar.

Taehyung masih lagi berdiam diri di sofa bertentangan. "Tae?" dia memandang aku sambil menggigit bibirnya.

"Tadi, aku tengok kau terbaring dekat laman. Kau... Nadi kau perlahan,aku ingat kau dah mati- but yeah panjang lagi umur kau rupanya. hahaha" dia menggaru kepalanya sambil buat-buat ketawa.

aku terdiam. sebab tu ke dia menangis tadi? satu senyuman terukir di bibir aku. 

"So, sebab tu ke kau menangis?" Taehyung memandang ke arah lain,mengelak soalan aku. awh, how sweet!

"Tadi... ada lelaki datang... " aku menceritakan padanya kejadian yang terjadi tadi.Dan nampaknya, dia tak suka dengan lelaki tu. 

taehyung

Jin datang berjumpa dengan Seomin,dan tu bukan benda yang baik. Things just get more and more complicated. aku ingat kan semua akan selesai dengan baik lepas aku biarkan dia naik takhta. Tak sangka dia masih busuk hati dengan aku.

dan Jimin. 

Kenapa ayahanda tak nak aku ingat dia? Kenapa dia masih boleh guna kuasa dia? Kenapa aku tak boleh?

argh!! semua ni buat aku makin serabut!!

dan ayah Seomin pulak outstation. Tak tahu bila dia balik. and that's not helping at all. aku kena pergi cari jalan untuk balik ke dunia sana. tapi, siapa yang akan jaga Seomin nanti?

Oh... ya dan drama tu lagi... aku harap pihak sekolah batalkan sajalah drama tu-- tapi... scene tu- kiss scene tu- EISH!! apa aku ni?!! 

"Taehyung??" aku memandang Seomin di pintu bilik. "Kau kenapa ramas-ramas rambut ni? Kau okay tak??" matanya menunjukkan yang dia betul-betul risau, apa,dia ingat aku dah gila ke?

"aku okay. kau ingat aku dah gila ek? hahaha, dah ah blah-"

"takde ah, kau memang dah lama gila pun,"dia menjeling.

"yeh, gila. gilakan kau-" okay apa aku dah cakap-

aku memandang seomin,dan dia memandang aku. kami terdiam untuk beberapa saat sebelum Seomin tersenyum malu dan berlalu pergi.

Haih,how I wish I could tell her that I love her.

XxXxXxXxXxXxXxX 

Seorang pemuda memerhati kediaman Seomin dengan senyuman sinis di bibirnya. Dia tertawa kecil,dan mengeluh. 

"The game begin,now..." bisiknya perlahan dan mula ketawa seperti orang gila. Jaket kulitnya dibetulkan dan dia mula berlalu pergi dengan langkah terhuyang-hayang. Namun,masih kedengaran saki-baki ketawanya dari jauh.

Yes,semuanya baru je bermula.

XxXxXxXxXxXxXxX   

dgkdjgkjfk SPM dah dekat anak-anak!!! Doakan author kay T^T!!! jdksjgkdfkhf

sorry lama tak update, rindu nak menulis bahahaha haih klah bye

hope you guys like it

xoxo za

satan in loveWhere stories live. Discover now