6

2.7K 412 35
                                    

seomin

Aku terpaku tatkala satu cahaya yang sangat terang tiba-tiba muncul dan susuk tubuh seorang lelaki timbul dari di dalam tub yang penuh dengan air itu.

"aku taknak mandi dengan kau lah perempuan! dan jangan panggil aku taetae!!! jijik kau tahu?!" Lelaki tersebut menengking aku. Aku yang terkejut mula bergerak ke belakang sehingga terlanggar dinding.

Aku memerhatikannya. Mukanya yang polos tanpa sebarang cela itu membuatkan masa seperti terhenti seketika. Matanya pula berwarna kelabu. Rambutnya merah. Di belakangnya kelihatan sepasang sayap bulu pelepah berwarna hitam. Badanya... DIA TAK PAKAI BAJU YOU ALLS!!

" YAH!! kau siapa??!!" Aku terus menutup mata aku. Ni first time aku tengok lelaki shirtless depan-depan. Selama ni hanya poster Taeyang sahaja yang aku pernah tengok shirtless.

Lelaki itu tersenyum sinis. Entah apa yang dia fikirkan. Dia mula keluar dari tub mandi dan berjalan ke arah aku.

"SIAPA KAU?? DARI MANA KAU DATANG??" Aku mula menjerit disebabkan ketakutan. Badan aku mula menggigil. Semakin lama semakin teruk.

"Seomin?? Kamu tak apa-apa ke?" Appa mengetuk pintu berkali-kali. Alamak,dia dengar suara aku. Bagus jugak,boleh mintak tolong.

Belum sempat aku berkata apa-apa,mulut aku ditekup dengan lelaki misteri tadi. Dia mendekatkan mulutnya dengan telinga aku sehinggakan aku dapat rasa hembusan nafasnya.

"Kalau kau taknak mati kehilangan darah,lebih baik kau jangan cuba buat benda bodoh" bisikannya halus dan perlahan. Namun suaranya yang garau itu membuatkan aku semakin takut.

Mata aku bertakung. Mungkinkah akhbar akan memaparkan berita kematian aku dengan tajuk 'gadis comel mati di dalam bilik air usang'? Macam ni ke aku mati?

Aku hanya mengangguk perlahan sambil air mata mula membasahi pipi. Aku menepis tangannya perlahan walaupun tangan aku terketar-ketar.

"Tak apa appa. Lipas tadi, besar betul. Dah bukak sayap dia nasib tak terbang!" Aku terpaksa mereka cerita. Amek kau aku bagi dia lipas.

Memang dia macam lipas pun. Sayap warna hitam. Lebih kurang lah tu.

Aku dapat dengar bunyi hm dari appa. Aku menoleh ke arah lelaki tersebut yang sedang tersenyum sinis penuh kepuasan.

Pintu bilik aku ditutup semula. Tinggal aku dan lelaki pelik ni.

Aku meneguk air liur. Menunggu tindakan seterusnya lelaki ini.

XxXxXxXxXxXxX

Aku dapat tahu yang namanya Satan. Apalah mak bapak bagi nama macam tu. Bagila nama maksud elok sikit.

Oh lupa. Dia bukan orang sini. Tak bukan orang Malaysia juga. Dia orang dari dunia lain.

Dia kata aku terlampau bendul untuk faham pasal dunia dia. Jadi aku tak tahu apa-apa pasal dunia dia yang complicated tu.

"Woi perempuan! Cepatlah! Aku nak bersihkan lumpur ni!" Kedengaran suara garaunya di sebalik pintu bilik air aku.

"Sabarlah! Susah-susah sangat, biar aku jelah basuhkan badan baru kau tu!"

"Gila ke? Kalau bapak kau nampak aku kat luar ni macam mana?? Huru hara dunia nanti kau tahu? Palli!!" Aku akur dan keluar dari bilik air dengan berpakaian lengkap. Gila apa nak berkemban depan makhluk tu??

Aku menjelirkan lidah padanya yang dengan sengaja melanggar bahu aku semasa mahu masuk ke dalam bilik air.

XxXxXxXxXxXxX

Lama gila makhluk tu mandikan Taeddybear aku hm.

"Yah, Setan, or what ever nama kau!! Cepatlah. Berapa lama kau nak guna ha?? Berak ke? Hahahaha" aku ketawa sambil menepuk-nepuk pintu bilik air.

Tiada jawapan. Aikk? Tadi bukan main nak bertikam lidah dengan aku?

Aku menolak perlahan pintu bilik air. Tak berkunci? Namun tiba-tiba pintu itu tersangkut dan tidak dapat dibuka penuh.

Dari ruang kecil pintu ini aku dapat lihat tubuh lelaki tersebut sedang terbaring longlai di lantai bilik air.

"YAH!! SETAN!!" aku menyelit masuk ke dalam lalu meribanya. Dia memandang aku lemah.

"Da... Ra..." Aku terkejut. Dara??! Apakah dia nak dara siapa?? Aku ke??

"Kau nak dara aku ke?? Hell no! Matilah kau!" Aku menolaknya jatuh dari riba aku.

"Darah... La.. Bo.. Ngok..." Dia terus memejamkan matanya. Oh. K.

Aku kena cari darah ke?? Ah,aku mana tahu nak cari mana darah tu!! Banyak mana? Aish jinjja ...

Ha!! Air sirap kan macam darah! Aku pernah nampak dalam cerita Vampire yang vampire tu tak dapat darah tapi hidup balik bila minum sirap!

Dengan segera aku membancuh segelas sirap dan terus berlari ke dalam bilik air.takut appa perasan.

Aku mendudukkannya lalu membiranya minum segelas sirap tadi. Dia minum dengan laju dan terus menyandarkan kepalanya di bahu aku.

"Sedapnya... Manis... Ah" dia terus hilang. Mungkin dah masuk ke dalam Taeddy aku? Mungkin. Aku terus membilas taeddy bear yang berbuih itu.

Biar la dia nak bising nanti pun. Badan yang dia pinjam ni,bapak aku yang bayar. HAHAHA.

XxXxXxXxXxXxX
Vote ,comment and feel my sarangs 💕💕😄

satan in loveWhere stories live. Discover now