24

1.9K 244 91
                                    

Taehyung

entah macam mana kuasa aku boleh datang balik.tali yang mengikat kemas tangan aku tadi berjaya diputuskan. aku perlahan-lahan bangun dan mencari pintu keluar walaupun hanya samar-samar sahaja pandangan aku sekarang ni.

Aku berjalan ke arah tirai sutera yang berwarna putih yang terletak beberapa langkah di hadapan aku. Jantung aku berdegup laju.

Apa agaknya yang ada disebalik tirai ni? Kenapa aku rasa tak sedap hati?

Aku menolak kedua-dua belah tirai tersebut. Aku agak terkejut dengan wajah aku sendiri yang menyapa. Cermin rupanya- nanti- rasa.. dejavu!! semua ni sama macam dalam mimpi aku!

aku berpusing-pusing melihat keadaan sekeliling. Ya! bilik ni, ballroom istana kami.. jadi.. aku dah balik-

"Hahaha,cari apa? Young master- ani. Kau bukan kerabat lagi. Hahaha" satu suara tiba-tiba muncul entah dari mana. Tapi aku tahu tu suara siapa.

"Apa kau nak,Jin??!" Aku menjerit melawan. Jantung aku berdegup kencang.

"Apa aku nak? Takde dah. Semua aku dah dapat,tapi..." ketawa sinisnya memenuhi ballroom ini.

Tiba-tiba kedengaran bunyi pintu dibuka. Aku menoleh ke arah bunyi tersebut. Nafas aku mula laju,no... Seomin....

Tatkala pintu itu terbuka,kelihatan Jin dan Seomin berada di situ. Luluh hati aku melihat Seomin yang kini lemah.

"Seomin? Apa kau buat kat dia??" Seomin yang lemah longlai asalnya dipimpin Jin kini jatuh dan terbaring di lantai.Mukanya dipenuhi dengan corak seolah-olah tattoo. Aku berlari ke arahnya.

"Inilah dia,yang jadi bila kau langgar peraturan ayahanda. Kau degil," Jin bercangkung di hadapan aku lalu memaksa aku untuk menoleh ke kiri.

Kelihatan sebuah patung berwarna putih dengan sayap hitam yang besar di belakangnya. Sayap aku!

Aku berlari ke arah patung tersebut. Jin sudah ketawa terbahak-bahak,bunyinya seperti saat orang gaji kami mengelap tingkap. Annoying sungguh.

"Say byebye to your so called master,kiddo" aku menoleh ke arah Jin yang sedang mencekik Seomin. Seomin memandang aku dengan sayu.

"andwae!! Berhenti!! aku janji aku akan buat apa kau nak,Jin. Lepaskan dia!" rayu aku.

"Heh,aku tak nak apa-apa daripada kau.aku cuma nak kau menderita!" Jin menolak Seomin jatuh ke lantai.

Jin berjalan dengan laju ke arah aku, membuat aku cemas. aku sendiri tahu kuasa aku dan dia ibarat langit dengan bumi. aku memejam mata dengan rapat.

"Tae!!!" Seomin menjerit. Serentak aku dan Jin menoleh ke arahnya.

Kini Justin berdiri di belakang Seomin dengan pisau yang dipegangnya diletakkan di leher Seomin.

"Justin??" aku terkejut dengan apa yang di lakukannya. Keliru.

"Hidup lagi kau??!" mata Jin mula bertukar pink neon. 

Justin tersenyum sinis sambil merenung aku dengan matanya yang bercahaya merah.

Tak mungkin...

Mata tu mengingatkan aku kepada sebuah keluarga yang ayahanda bunuh semasa kami masih kecil...

Tak mungkin... Jungkook-

Satu persatu kejadian yang berlaku di istana dulu muncul dalam kepala aku.



XxXxXxXxXxXxXxXxXxXxXxX

hello,sorry tak update ada problem hehe

So, I want to try something something new;
author nak korang pilih antara dua jawapan ni, apa yang korang pilih akan effect jalan cerita (siapa lalui gelombang BTS outcast kt twitter dulu mesti tahu camne) But it's okay kalau tak, you just have to choose between the two choices. author wat camni sebab haih lama sangat takde idea. so nak try tengok bila wat camni dapat idea or tak lol

Question; 

Siapa yang jahat? Siapa mangsa?

Choices;
#1- Jungkook jahat, Jin dan yang lain-lain mangsa.

#2- Jin jahat, Jungkook dan yang lain-lain mangsa.

Choose wisely,ending terletak di tangan korang(?) yeh 50%.

Has llegado al final de las partes publicadas.

⏰ Última actualización: Feb 05, 2018 ⏰

¡Añade esta historia a tu biblioteca para recibir notificaciones sobre nuevas partes!

satan in loveDonde viven las historias. Descúbrelo ahora