9

2.7K 375 9
                                    

seomin

"Taehyung,aku letak barang kau kat sini. Aku nak pergi sekolah dulu." Aku mencucuk-cucuk perut Taetae yang berada di atas meja tepi katilku. Tak ada respon.

"Oi,bangun lah! Jangan mati dulu! Banyak benda aku nak tanya ni," aku mencucuknya lagi.

"Taeh-"

"Aku kat sini lah," aku menoleh ke arah suara itu. Kelihatan Taehyung sedang bercekak pinggang dengan bath robenya yang terbuka.

"YAH!! Aku kata jangan tunjuk badan kau kat aku!!"

Aku menolaknya sekuat hati sehingga dia terkapai-kapai akibat hampir jatuh. Dia menarik tangan aku dengan pantas membuatkan aku hilang keseimbangan bersamanya.

Pukk! Aku dan Taehyung jatuh bersama di atas katil. Aku sempat menahan diri daripada terpeluk Taehyung. Jarak antara muka aku dan dia sekarang hanyalah beberapa inci sahaja.

Jantung aku berdegup kencang. Muka aku juga terasa panas. Perlahan-lahan aku memandang Taehyung. Kacaknya.

Mukanya juga sudah merah. Dia memandang aku dengan mata terkelip-kelip. Aku meneguk air liur.

"Seomin! Bunyi apa tu?" Kedengaran appa sedang berlari menaiki tangga. AHH! Sudah aku tak boleh nak gerak.

Taehyung menoleh ke tepi lalu lesap. Secara tidak langsung badan aku pun jatuh serta merta ke atas katil.

"Lah,baring lagi ke? Cepatlah nanti lambat pergi sekolah," appa bercekak pinggang di hadapan pintu.

"Ah,ya. Baiklah" appa menggeleng lalu turun semula. Aku harap tak kantoi.

Aku mengemas beg aku dan pastikan semua barang mencukupi. Tiba-tiba Tae datang dengan terkengkang-kengkang dan masuk ke poket tepi beg aku.

"Apa kau ni,aku nak pergi sekolah la... Nanti orang nampak malu lah aku," Aku membawanya keluar semula. Namun dia masuk semula.

"Okay fine. Kau boleh ikut,tapi kau duduk dekat zip depan ni diam-diam. Jangan bagi orang nampak kau. Faham?" Dia mengangguk laju.

Lantas aku terus berjalan keluar rumah dan ke sekolah. Nampaknya appa sudah pergi kerja dulu sebelum aku. Tak tunggu pun,hmph.

"Aye Seomin! " Jungmi yang dah tunggu aku di hadapan jalan menegur aku. Aku hanya memberikannya senyuman hambar.

Mana taknya. Ingat aku lupa ke semalam dia hina teddy bear aku? Apa? Teddy bear pun ada hati okay.

XxXxXxXxXxXxX

Loceng waktu rehat berbunyi. Kedengaran Jungmi berbisik 'akhirnya' seorang diri.

Mejanya terletak di sebelah kiri aku. Dan tempat duduk aku terletak di barisan kedua dari belakang. Meja-meja di belakang pula kebanyakannya kosong.

Aku mengemas barang-barang milik aku ke dalam beg. Tapi sebaik sahaja aku menoleh ke arah Jungmi,dia sudah pun keluar dengan rakan-rakan yang lain.

Ah... Rehat sorang-sorang diri lagilah aku harini. Sentap lah tu. Padahal dia yang buat aku dulu. Hampeh punya kawan.

Jimin berjalan perlahan ke arah aku. Oh tidak, mamat angel datang lagi! Apa aku nak buat.

Ah,toleh belakang,ambil barang kau!

Aku bermonolog seorang diri. Zip di hadapan beg terbuka sendiri serentak dengan itu Taetae keluar dari poket lalu melompat ke atas paha aku. Ah dia ni.

"Hey,Seomin" aku menoleh ke arah Jimin yang sedang tersenyum di meja hadapan aku.

Park Jimin. Dia ni presiden kelas. Mukanya yang macam bidadara membuatkan ramai pelajar perempuan menyukainya. Tapi dia menolak mereka semua.

Katanya hati dia dah dimiliki. Siapalah agaknya wanita bertuah tu? Entah-entah aku? HAHAHA. Mengarut je. Kau ni dahla selekeh Seomin oi.

"Seomin gwenchanayo?" Dia memegang bahu aku. Aku tersentak.

"Ah, gwenchana. Teringat something tadi hehe. Kenapa awak tak keluar rehat?" Aku memandang tangannya di bahu aku. Mukanya keliru. Aku memandang tangannya semula sambil mengangkat kening.

"Ah. Hahaha,maaf. Uhm, saya nak keluar lah ni. Awak tak rehat?" Jimin melepaskan bahu aku.

Aku menggeleng perlahan. "Awak rehat la dulu. Saya ada hal kejap.

Jimin mengangguk lalu keluar dari kelas dengan tangannya di dalam poket.

Aku menjentik Tae yang sedang memeluk tubuhnya tanda protes. Tae menghentak kakinya. Aih gedik pulak dia tetibe. Aku campak dalam bakul sampah kang.

Aku memasukkan dia ke dalam poket blazer aku. Kipas dan lampu kelas aku pastikan ditutup sebelum aku keluar makan.

Aku membeli dua keping roti lalu keluar dari cafeteria sebelum menuju ke kawasan aku rahsia aku berehat.

Semuanya sebab pelajar yang bertaraf bawah macam aku ni tak diterima kecuali aku ada bertemankan sesiapa. Misalnya Jungmi.

Aku menoleh ke kiri dan kanan di lorong masuk ke dewan kecil yang sudah tidak digunakan ini. Line clear.

Aku berjalan ke belakang dewan. Nampaknya keadaan sunyi seperti biasa. Rumput-rumput liar di kawasan lapang berdekatan juga masih panjang. Memang port baik untuk menyorok.

Aku meletakkan Tae di hadapan aku. Dia duduk seketika sebelum cahaya silau muncul.

"Roti tu untuk aku ke?" Dia menunjukkan ke arah roti lagi satu yang belum aku buka. Aku mengangguk dan menghulurkannya roti itu.

"Thanks. So,siapa budak lelaki tadi tu?" Aku tersedak. Budak lelaki mana? Jimin ke? Yelah kot.

"Jimin? Dia tu presiden dalam kelas aku."

"Presiden tu apa?" Taehyung bertanya dengan pipi kirinya yang kembung disebabkan mulutnya yang penuh. Haih dia ni.

Tiba-tiba aku teringat kejadian pagi tadi.

Dup dap. Dup dap. Aku menampar-nampar pipi aku. Ah!! Jangan ingat Seomin,jangan!

"Woi! Aku tanya tu jawab ah," aku mengerlingnya atas bawah.

"Presiden tu, pakwe aku," jawab aku selamba dengan hidung yang kembang kempis. Taehyung terdiam dan hujung roti yang berada di luar mulutnya jatuh ke tanah.

XxXxXxXxXxXxX

harini birthday taehyung,makin tua dah dia -w-

ahhh tak tahu nak sembang apa harini choii XD

oh, selamat melalui hari pertama untuk semua pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah XD

yang nak ambil UPSR tahun ni,PT3, GOODLUCK WOI DIK!!!! hakak dah lepas bye /lambai/

yang nak ambil SPM tahun ni,marilah kita bertawakal X""D and let's do our best, HE will do the rest!! Fighting 00 liner!!!

yang nak ambil SPM tahun ni,marilah kita bertawakal X""D and let's do our best, HE will do the rest!! Fighting 00 liner!!!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

belanja sikit gambaq taehyung birthday boy kita niii

satan in loveWhere stories live. Discover now