23

1.4K 219 24
                                    

seomin

Aku memandang Taehyung yang sudah siap memakai kostumnya. Malam ni pementasan kami. Dia nampak kacak dengan vest coklat dan topi fedora yang agak senget.

"Apa? Tch. Aku tahula aku handsome en malam ni,jangan usha" dia tersengih sambil mengangkat kening. Aku menjeling.

"Perasan! Aku usha topi kau senget ni!" Aku membetulkan fedoranya.

"Ish! Aku memang nak dia senget lah,sibuk je." Dia menyengetkannya semula lalu beredar. Aku mengikutnya dari belakang,tiba-tiba aku rasa tak sedap hati.

"Seomin?" Taehyung menoleh ke arah aku sepantas kilat. Aku memandangnya bingung saat dia menolak aku sehingga jatuh. Serentak dengan itu satu cahaya ungu terbang di atas kami sebelum ia meletup dan menyilaukan pandangan.

Taehyung menolak aku sehingga aku terjatuh dan menghadang di atas aku. (Wtf ayat aku apakah) Aku tergamam buat seketika. Bingung dengan apa yang baru terjadi.

Alien invasion? Perang?? Apa tadi tu??

Taehyung bangun dengan perlahan lalu membantu aku. Kami dapat dengar suara orang ramai yang menjerit di dewan persembahan. Keadaan mula jadi kucar kacir tatkala pelakon-pelakon lain di belakang pentas mula berlari meninggalkan kami.

Beberapa batu jatuh daripada siling kesan daripada cahaya ungu yang ditembak tadi mengenai dinding.

Taehyung menolak aku ke belakangnya, sehingga aku tersandar di dinding. Degupan jantung dan adrenalin mula meningkat. Aku mencapai tangan Taehyung dan menggenggamnya erat. Dia menoleh ke arah aku dan senyum perlahan.

"Don't worry. I'll protect you," dia menggenggam tangan aku lebih erat.

Sebaik sahaja kami mula untuk melangkah pergi, kami dengar ketawa sinis oleh seseorang. Kami memandang ke arahnya,dan ternyata ia lelaki yang datang jumpa aku beberapa minggu lepas.

"Well,well,well. Jumpa jugak kita, Satan- ani. Taehyung. Taehyung my baby bro,How's your life? Ahahaha"

"Jin-"

Ha? Jin? Apakah parents dorang ni,nama abang Jin,nama adik pulak Satan?? JUST WHY??? I CAN NOT BRAIN! !

"Apa kau nak???" Taehyung terus menghadang aku tatkala Jin melangkah ke depan. Mendekati kami.

Wajah Jin yang tadi tersenyum sinis kini serius. Aku memeluk lengan Taehyung dengan erat apabila Jin terkumat-kamit membaca mantera mungkin. Tak lama selepas itu keadaan mula gelap gelita dan aku rasa seperti jatuh ke belakang.

"SEOMIN!!"

XxXxXxXxXxXxXxX

Aku membuka mata aku perlahan-lahan. Kini aku diikat dan dikurung di dalam satu bilik yang dicat gelap. Aku tak pasti warna apa.

"Aku kat mana ni?" Aku melihat sekeliling.

Tangan aku terasa seperti ada sesuatu yang bergerak di atasnya. Tak mungkin lipas.

Tangan aku ditenung,ternyata ada bayang-bayang hitam yang bercorak bergerak dengan perlahan secara menjalar.

"Apa ni??" Aku menggoyang-goyangkan tangan dengan harapan benda itu akan jatuh. Malangnya tidak,ia masih disitu.

"Hai, princess. Jumpa lagi kita kan? Tulah,kalau jodoh tak ke mana,kan?" Kedengaran suara Jin seakan berbisik. Aku cuba mencari kelibatnya.

"Looking for me?" Dengan sekelip mata Jin muncul di sebelah aku. Mata aku terbuntang luas.

Kau kena lawan dia,Seomin. Kau kena kuat.

Jin menggenggam erat pipi aku. Aku menghantukkan kepala aku dengannya.

"Sakitlah bodoh!!"

Serentak kami bersuara.

"Kau- kau memang tak takut mati kan???!" Mata Jin mula bertukar merah.

Taehyung... selamatkan aku... please!!

XxXxXxXxXxXxXxX
Hihihi fuh cringe gila nak taip. Sorry late.

Btw nak survey. Do you prefer ending fanfic ni sedih,happy  or ikut suka author?

satan in loveWhere stories live. Discover now