18

1.8K 259 55
                                    

taehyung

Seomin menggelengkan kepala lalu sambung makan. Jimin masih merenung aku dengan dahi yang berkerut.

Dia ni... Dia dengar lagu tu jugak? Siapa dia ni?

"Hey kau! " tiba-tiba seorang guru lelaki perut boroi datang tah dari mana dan menepuk meja kami sehingga semua pelajar memandang kami. Aish jinjja!

"Kenapa rambut kau warna merah ha??! " air liurnya mula merecik ke muka aku. Apakah ini semua-

Jimin tiba-tiba bangun. "Cikgu, dia ni budak baru. Maybe dia tak sempat nak hitamkan rambut dia. Sekolah lama dia peraturan agak longgar, " lama cikgu boroi tu memandang aku dan Jimin silih berganti.

"Itu bukan alasan yang kukuh. Cikgu nak tengok rambut kau esok, dah hitam! Faham?! " sekali lagi dia memercikkan air liur berkatnya ke muka aku.

Aku hanya mengangguk perlahan dan tersenyum palsu.

"Sorry, Taehyung. Cikgu Hoseok memang selalu cakap macam paip rosak. Ahahaha, " Jimin menggaru belakang lehernya. Aku tergelak mendengar penjelasan dia tu.

"Tak baik tau kutuk cikgu! " Seomin mencelah. Aku hanya menjelingnya dengan senyuman penuh makna. Wait, aku tak tahu apa maknanya. Tapi bila aku tengok dia makan comot macam tu rasa geli hati pulak. Lol.

Jimin tergelak kecil lalu membawa keluar sapu tangan berwarna biru laut dari poketnya.

"Apa makan comot-comot ni? " dia mengelap sos di tepi bibir Seomin dengan sapu tangan itu. Omona.

Hati aku terasa pedih melihat adegan tersipu malu mereka. Ceh. Saja nak sakitkan hati aku.

Aku berjalan pergi meninggalkan mereka. Ya lah, buat apa ada kat tempat yang buat kita sakit hati? Kan?

"Taehyung?? " aku tidak menoleh tapi tangan aku hanya melambai Seomin. Mana aku tahu Seomin? Dah suara lembut tak akan lah Jimin?? Adumak.

Sedang aku keluar dari cafeteria, aku rasa seperti ada yang memerhatikan aku. Aku menoleh ke kiri, dan terpandang seorang lelaki berjaket kulit hitam dengan topi dan kaca mata hitam.

Setelah dia menyedari aku nampak dia, terus dia menoleh dan beredar.

Justin? Aku berlari ke arah pagar sekolah tempat lelaki itu berdiri tadi, tapi kelibatnya langsung tidak kelihatan. Seperti dia gunakan magik.

Justin, kau ke tu?

XxXxXxXxXxXxX

"Ya, kan hensem tu? AHAHAHA" Seomin bermain-main dengan rambut aku sambil ketawa. Aku hanya memerhatikan sahaja dia daripada cermin kedai.

Semuanya salah cikgu Hoseok boroi bersuara kuda. Tak pepasal rambut ori aku kena warnakan hitam.

"Hahaha, tapi rambut kau ni panjang lak.. Kena potong ah" Jimin memandang pekerja di salon ni. Dia hanya mengangguk.

"Boleh tak kita pergi-"

"Tak! Duduk sini! " aku memotong kata-kata Seomin. Aku dapat rasa darah Seomin membuak-buak. Aku ketawa kecil.

"Pergilah, aku gurau je. Jangan marah" giliran Jimin pula ketawakan Seomin. "Jaga dia baik-baik, " aku membisikkan pada Jimin. Dia hanya mengangguk.

"Ha, ngumpat"

"Mana ada- dah pergi beli ais krim Magnum red velvet kau tu"

Jimin menarik Seomin untuk keluar dari salon. Maka tinggal lah aku dan akak pemotong rambut.

"Nak style apa? " dia menunjukkan aku sebuah majalah. Aku memikirkannya lama. Akhirnya, senyuman terukir di bibir aku.

XxXxXxXxXxXxX

seomin

Yiiii berjalan bersama Jimin. Tapi anehnya, aku dah tak rasa seronok macam dulu lagi. Macam dah tak rasa apa bila ngan Jimin.

Perasaan aku memang macam buaian ke? Alah biasalah, remaja. Right?

Aku memandang Jimin dan dia rupanya sedang memandang aku. Dia agak terkejut bila aku mengangkat kening.

"Mianhae, hehe" Jimin membetulkan rambutnya sambil tersengih. Aku tertawa kecil dengan kerenah Jimin. Comel jee.

Bup! Jimin terlanggar seorang lelaki. Lelaki itu terjatuh.

"Awak tak apa-apa ke? " segera aku menghulurkan tangan bila aku tengok Jimin seperti terpaku.

"Hmm, tak apa" lelaki itu menyambut tangan aku dan bangun. Aku dapat rasakan aura negatif di sekeliling tatkala mata lelaki itu dan Jimin saling berpandangan. Macam aku tak ada kat situ. Kenal ke?

"Er, maafkan kawan saya. Kami tengah bersembang tadi... Mianhae! "Aku menunduk meminta maaf bagi Jimin. Mungkin dia marah sebab dia jatuh tadi. Jimin ni pulak boleh membatu ugh.

Lelaki itu memandang aku seketika lalu menunduk dan berlalu pergi. Jimin hanya memerhatikannya. Matanya terbuntang luas. Aku memandang ke arah lelaki tadi tapi dia sudah hilang di balik-balik manusia yang ramai di mall ni.

"Er, Jimin? " aku menepuk bahu Jimin perlahan. Dia tersedar dan memandang aku kembali.

"Ah, ya? "

"Jom? " Jimin tersenyum dan menarik tangan aku ke kedai aiskrim berdekatan. Yesss aiskrim!

XxXxXxXxXxXxX

Ya hello! Guys follow my new ig jeonsa7  😘

Korang ship siapa? JiSeo, or TaeSeo? Or Taeizz or Jungizz- okno ahahaha yeh #TeamJimin or #TeamTaehyung?

satan in loveWhere stories live. Discover now