10

2.5K 386 22
                                    

taehyung

Orang macam dia ni pun ada yang minat ke? Kesiannya.

Bukan lawa mana. Bukan taste aku. Nampak sangat manusia ni low standard semua.

Hidung dahla tak mancung. Pipi tembam. Mulut kecik. Mata dia... bersinar. Ha tu je la kot lebihnya.

Tiba-tiba aku teringat kejadian pagi tadi. Ah. Lupakan Satan! Eh, Taehyung.

Bila fikir balik memang buruk nama Satan tu. Well, nampaknya aku akan sukakan nama Taehyung tu. Hmhm.

"Oi, cepatlah makan. Aku nak masuk kelas balik. Kalau lambat nanti susah," aku menoleh ke arah Seomin yang sedang mengutip sampah serta roti aku yang jatuh tadi.

Kenapa dia rajin sangat nak kutip sampah bagai? Biarkan je lah sampah tu semua. Nanti makcik cleaner tak ada kerja pulak.

Aku mengunyah cebisan roti terakhir yang ada di dalam mulut. Sedap jugak makanan manusia ni.

XxXxXxXxXxXxX

Aku berguling-guling di bawah meja Seomin sementara menunggu waktu baliknya. Syok jugak jadi teddy bear ni boleh gerak senang-senang.

Aku menutup mulut aku selepas menguap untuk kesekian kalinya. Ah,tidur pun bagus jugak.

XxXxXxXxXxXxX

Aku berjalan ke arah tirai sutera yang berwarna putih yang terletak beberapa langkah di hadapan aku. Jantung aku berdegup laju.

Apa agaknya yang ada disebalik tirai ni? Kenapa aku rasa tak sedap hati?

Aku menolak kedua-dua belah tirai tersebut. Aku agak terkejut dengan wajah aku sendiri yang menyapa. Cermin rupanya.

Nanti,ada yang tak kena. Mana... Sayap aku? Aku cuba untuk meraba belakang aku.

Licin. Tiada sayap.

Aku tidak puas hati! Mana mungkin dia hilang macam tu je!

Aku berpusing supaya belakang badan aku menghadap cermin. Aku menoleh ke arah bahu,tiada. Ia tiada di situ.

"Hahaha,cari apa? Young master- ani. Kau bukan kerabat lagi. Hahaha" satu suara tiba-tiba muncul entah dari mana. Tapi aku tahu tu suara siapa.

satan in loveWhere stories live. Discover now