11

2.2K 357 1
                                    

taehyung

Aku cuba untuk duduk sediam yang mungkin dalam beg Seomin. Aku dah kata biar aku jalan kaki je,dalam beg ni sempit! Tapi dia nak jugak aku duduk dalam beg dia,apakah punya manusia begitu babo.

"Hoi!!" Aku terpelanting ke arah belakang Seomin. Belum sempat aku proses apa yang jadi, aku rasa seperti beg ini ditarik dan seterusnya dicampak ke tanah. Aku cuba untuk buka zip beg tapi tak mampu.

"Apa lagi kau nak ni? Aku tak ada duit lah!" Itu macam suara Seomin. Siapa yang mintak duit dari dia?

"Ah,kau!! Nak menipu aku!" Suara itu mula meninggi.

"Kau ni, jangan lah kedekut sangat!" Suara yang lain pula berkata dengan sinis.

Seterusnya, kedengaran seperti bunyi Seomin sedang bergelut. Aku rasa,aku tak perlu masuk campur?

"Yah!!! Bagi balik duit aku!!!" Seomin menjerit.

Senyap.

Beberapa ketika selepas itu, aku rasa seperti beg telah diangkat. Dah selesai mungkin.

Aku teragak-agak samada mahu berubah bentuk atau duduk diam dalam ni. Kalau dia dah mati macam mana? Ugh. Terpaksa-

Aku melihat sekeliling. Oh, tercampak kat lorong manalah ni- nasib baik bukan kat loji. Tak mungkin ada orang nampak aku tadi, kan?

Aku membetulkan robe supaya tidak menampakkan badan mahupun sayap aku sebelum keluar mencari Seomin. Tak lama, keluar sahaja dari lorong ni aku nampak dia sedang berpeluk tubuh di tepi lorong ini.

"Hoi manusia-" aku terdiam apabila dia memandang aku dengan mata yang berair. "Apa jadi? Kenapa kau mena-" dia memeluk aku erat.

"Diorang ambil duit belanja aku untuk bulan ni... Hukhuk" aku terpaku tanpa penukul. Tak tahu nak respon apa- perlahan-lahan aku menepuk bahunya. Dia meraung dengan lebih kuat.

"Ar- dahdah. Nanti aku cari diorang... Ya? Sekarang jom balik, " aku menarik tangannya perlahan. Seomin masih lagi tersedu-sedan. "Beg aku... " katanya perlahan. Aku kembali ke lorong tersebut dan mengangkat begnya.

Hari hampir lewat malam bila kami sampai di rumah Seomin. Sebaik sahaja Seomin ingin membuka pintu rumahnya, pintu itu telah dibuka terlebih dahulu oleh seseorang-

"Seomin lambatnya kamu- Si-siapa dia ni, Seomin? " aku dan Seomin berpandangan. Habislah aku-

Sorry lah sebab jarang update

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sorry lah sebab jarang update. Hakak busy lah rumah sukan lah hw lah tusyen lah haih

Enjoy your school days HAHAHA

satan in loveWhere stories live. Discover now