16

1.9K 298 16
                                    

taeHYUNG

"Kau nak dibuang negeri ke? " aku memandang lelaki tersebut. Dialah sahabat aku sejak kecil. Sejak keluarganya mati dan dia tinggal sebatang kara. Justin Nochu.

Aku kadang-kadang cemburu dengannya. Nama dia sedap dan dia ada banyak bakat. Kadang-kadang ayahanda aku sendiri melebihkan dia daripada aku.

"Tapi Justin, apa aku nak buat? Kita dua-dua tahu yang Jin tu ada rancangan tak baik. Melainkan kalau ayahanda aku pilih aku sebagai gantinya, " walaupun secara amnya, memang anak sulung yang akan dipilih.

Lagipun aku terlalu muda untuk naik takhta. Jin, on the other hand dah pun berumur 25 tahun.

Justin menepuk bahu aku dengan satu senyuman. "Kita tak tahu apa yang tuanku fikirkan. Maybe kau yang akan dipilih? " Keningnya terangkat.

Aku?

Klankkk!!! Aku dan Justin tersentak lalu melihat ke arah bunyi itu datang.

"Putera! Tuanku sedang tenat dan ingin berjumpa dengan tuanku berdua, segera! " beberapa orang pengawal datang menerpa ke dalam kamar rehat aku.

Justin terus berlari keluar ,dan diikuti aku.

Di tepi kamar ayahanda, Jin sedang bercekak pinggang. Dahinya berkerut setelah mata kami bertentangan. "Kau! " dia mencengkam kolar aku.

"Apa ni?! " aku yang berdarah muda melawannya semula namun tiada jaya dek kerana perbezaan kuasa kami.

"Jin... Satan.. " serentak kami memandang ke arah ayahanda dan Jin melepaskan aku.

"Ayahanda? " Jin mendekatkan dirinya dengan ayahanda setelah ayahanda memberi isyarat padanya.

Ayahanda membisikkan sesuatu padanya. Aku tak pasti apa tapi Jin terus memandang ke arah aku, lama dan beralih ke Justin.

"Satan, " aku terus menerpa ke arah ayahanda.

"Kau..."

Aku membuka mata secara mengejut lantas bangun dari posisi baring. Peluh membasahi seluruh badan aku. Dada aku pula berombak.

Ayahanda...

Aku mimpi benda tu lagi. Memori lama aku yang hilang. Aku tak ingat apa yang ayahanda aku cakap. Aku cuma ingat bila aku bangun tu aku dah ada dekat dunia ni.

Aku meramas kepala aku dan mula memikirkan semua kejadian yang terjadi dekat aku dalam masa hampir tujuh bulan ni.

"Forever... We are young... "

Aku terdengar satu suara menyanyikan irama yang familiar tersebut. Lagu tu...

Aku terus bangun dan berlari ke arah tingkap, ke arah suara tu. Aku dapat lihat beberapa kerdipan berterbangan di udara. Justin?

XxXxXxXxXxXxX
Aye guys
Sorry sepatutnya chapter dh diupdate beberapa malam yg lepas, tpi author tkde idea lol

And QnA otw nak jawab hahahaha
Kelakar soalan korang HAHAHA kbye
Btw follow my ig; @ orijeonalytae

satan in loveWhere stories live. Discover now