Arghhhhh

4.2K 231 1
                                    

"Sara..awak okey ke?" Akmal bertanya pantas taktala dilihatnya Sara sudahpun sedar dari pengsannya..

"Saya kat..humm..klinik sekolah lagi ke?" Sara mengeluh berat..

"Ha'ah..awak okey tak..ada sakit kat mana-mana bahagian ke?" Tanya Akmal risau..jujur dia amat risau tika ini..melihat keadaan Sara hari tu dan hari ni..amatlah menyakitkan hatinya..nampak sangat apa yang Sara tanggung itu teramatlah berat sehinggakan dia tidak kuat..walau hanya untuk mengingati semua memori perit itu..

"Akmal...sa...saya rasa..saya nak teruskan.." Sara berkata dalam nada pelahan. Sebenarnya dia tengah cuba menahan sebaknya.. namun tiada apa yang dapat menghalang air suci yang keluar laju dari matanya. Dia menangis.

"Takpalah..habis sekolah nanti awak teruskan..awak penat ni..nanti,saya ambil awak kat sini..saya masu.."

"Jangan tinggalkan saya!awak..ja..jangan..tolongla.." Sara menangis semakin kuat dia menarik hujung lengan baju Akmal..walhal Akmal masih di sisinya..
Akmal terdiam seketika..dia melihat tajam ke arah wajah merah Sara yang masih menangis tika ini..

'Apa yang tak kena dengan dia ni..siapa yang sanggup..sanggup seksa dia macam ni..'hati Akmal berbicara pelahan..hatinya semakin benci akan perbuatan orang yg menyebabkan Sara begitu..lihatlah,hanya dengan melihat keadaannya saja orang di sekelilingnya sudah ikut sakit hati..

"Baiklah..saya temankan awak..tapi awak kena janji..yang awak akan tidur..." ugut Akmal tapi dalam nada bergurau..Sara mengelap airmatanya pelahan lalu dia tersenyum manis..sambil mengangguk ..
Dia memejamkan matanya pelahan-lahan taktala tangan Akmal naik untuk mengusap kepalanya yang beralaskan tudung sekolah itu...
Dia tertidur..

********

"Huh?aduhh kepala aku..haih..aik aku kat klinik?ouh ya.."Akmal tersedar dari tidurnya,dia menyapu kepalanya berkali-kali...sakit..ntah,apa yang menghempapnya sewaktu tidur pun dia tak tahu..taktala dia masih bingung akan keadaan dirinya yang lemah itu,dia teringat sesuatu..

"Sara."katanya pelahan..matanya liar melihat ke arah ruangan klinik yang semakin pelik baginya itu..

'Sara...tiada...'dia pelik..hatinya semakin sangsi mana dia pergi ni..getusnya dalam hati berkali-kali..aduh!kepalanya sakit lagi..dia cuba mengingat apa yang telah berlaku..seperti tayangan filem,satu paparan menyapa pandangan Akmal..tidak lama selepas itu pandangan itu hilang..Akmal terduduk..

"Sa...sa..sara.."Akmal mulai gusar..dia berdiri laju lalu berlari keluar dari klinik itu..

*********

"Akmal!!!!!!"Sara menjerit ke arah Akmal yang tika ini berada hanya beberapa langkah darinya..Sara menjerit sekali lagi,tapi kali ini jeritannya terganggu dek kerana ada tangan yang menekup mulutnya..tapi dia masih berusaha,berusaha menjerit walaupun suaranya semakin tidak didengari..dan dalam pada itu,Akmal menoleh..dan memberikan sepenuh harapan kepada Sara..Akmal berlari menuju ke arah Sara yang kini berada dalam dakapan seorang lelaki yang amat dikenali olehnya..tak salah lagi!itu Haikal!dia berkata geram..

********

"Berhenti!berhenti.."jerit Akmal geram taktala melihat Haikal semakin bertindak kasar terhadap Sara..dia menampar Sara kerana asyik meronta dalam dakapannya..
Sampai sahaja dihadapan kedua-duanya Akmal menghadiahkan satu tumbukan keras pada muka jahat Haikal. Dia tersungkur.
Akmal cuba memberi satu tumbukan lagi tapi langkahnya terhenti taktala melihat Sara jatuh pabila dia memberikan tumbukan kepada Haikal tadi..

"Saraaa...."jeritnya lalu menghentikan semua langkahnya dan menuju ke arah Sara yang kini banyak darah pada kepala,muka dan bahagian lengannya..hatinya sebak..

Haikal pula?dia sudah lari dari situ..risau agaknya Akmal akan melapor ke pihak berkuasa tentang kelakuannya itu..sekejap sahaja..sekejap sahaja dia hilang dari pandangan mereka..dan Akmal mulai takut..takut..kehilangan Sara..dia cuba menyapu darah yang masih ada pada wajah Sara lalu dia memeriksa keadaan nadi Sara..
Selepas pasti akan semuanya,dia mengangkat Sara dan membawanya ke hospital selepas menelefon Pak Karim,pemandunya..
Lantas,kedua-dua mereka bergegas ke hospital..


GARA-GARA SEORANG PENGAWASWhere stories live. Discover now