Siapa Mai?

3.8K 192 8
                                    

"Saraaa!!!!kau apasal nii..."jerit Akmal lalu dia menggerakkan bahu Sara kasar kerana Sara seolah-olah kehilangan nafasnya..
Risau juga dia dengan keadaan Sara tika itu..Sara menarik nafasnya lama,selepas itu baru dihembusnya..Pelik..
Sara boleh diandaikan seperti seseorang yang baru sahaja dirasuk oleh makhluk halus,tingkahnya juga kelihatan begitu..
Tidak lama selepas itu Sara menjadi normal kembali dan melihat Akmal yang kini berada di hadapannya sahaja..dia seolah-olah terkejut melihat Akmal. Dia mencapai telefon bimbitnya yang berada di atas lantai kerana terjatuh taktala dia terduduk tadi..

Tangannya laju mencari nama kenalan yang dia amat perlukan sekarang.
'Syikin.' Dia mendail nama kenalan itu sambil tangannya menolak Akmal lalu dia mengambil beg pakaiannya dan keluar dari wad itu sambil berlari..
Akmal terdiam. Dia masih keliru dengan keadaan yang baru berlaku tadi. Apa?..apa sebenarnya..dia semakin gagap dalam bicaranya..
Taktala itu,memorinya sewaktu berbual bersama Hud tadi menyapa.
Lantas dia termenung buat seketika..

"Ish kau ni!relakslah..nilah aku mau cerita ni..gelabah sungguh.." Hud sedikit marah. Nampak sangat sahabatnya itu tidak sabar untuk mendengar isu yang bakal Hud utarakan itu..buktinya Hud sendiri sanggup digertaknya,haih..kuasa cintakan..
Akmal terdiam.

"Baiklah."dia akur lalu Hud memulakan bicaranya..

"Aku ada dengar cerita diaorang..cerita pasal Sara,kau tahu tak Sara tu sebenarnya jahat?" Hud sedikit berbisik taktala perkataan jahat ingin dilontarkannya..

"Weyhh..kau jangan nak memandai eh. Ada pulak kata Sara macam tu..dia baiklah..kau mana tahu!" Akmal cuba membetulkan situasi..yalah,dia perlu mengubah persepsi orang yang salah tentang Sara..Sara dahla cukup sengsara dengan isu rakan baiknya itu..ditambah pula dengan gosip-gosip murahan yang sememangnya akan menyakitkan telinga Sara bila dia dengar kelak..

"Hish..kau dengarlah dulu!aku pada mulanya tak percaya,yelah!kau kan selalu ngan Sara tu tapi bila aku dengar sebab mereka panggil Sara jahat,aku sedikit was-was.."Hud merendahkan nada suaranya..

"Apa sebabnya.."entah kenapa Akmal juga memperlahankan suaranya. Haih,dah terjebak dengan budak Hud nilah..tak guna..

"Apa yang aku dengar..Sara tu sebenarnya seorang yang obses..obses dengan ranking pelajar kat sekolah ni..kalau boleh dia nak dia je no. 1,walaupun dia memang dah jadi pelajar tingkatan 3 yang terpandai..dia tetap tak puas hati!dia nak jadi pelajar terpandai,tercemerlang kat seluruh sekolah ni..kau tahu!aku ada dengar cerita yang Sara sanggup buat apa sahaja supaya dapat jatuhkan pelajar yang berani buat dia jadi yang kedua ataupun apa sekalipun..humm,kau ingat tak Lina?kau tahu apa jadi ngan dia?"
Hud berhenti seketika untuk memberi soalan kepada Akmal yang kelihatannya amat berminat dengan ceritanya itu..

"Lina yang dapat no.2 kat kelas waktu kita form 4 tu?bukan dia dah pindah sekolah ke?" Akmal mengangkat keningnya..dirinya mulai pelik,apa pulak kaitan c Lina tu dengan isu yang sibuk mereka bualkan ni?haih..ada-ada jelah si Hud ni..Akmal menggeleng lemah..

"Ya..memang betul dia dah pindah sekolah..tapi,kau tahu tak sebab apa dia pindah?"Hud bertanya lagi,kali ini Akmal menggeleng kepalanya laju..

"Hah!ni yang aku nak cerita ni..kau tahu? Sara kenakan dia..dengan cara buat budak Lina tu tertarik nak dengar cerita kisah silam Sara yang entah apa-apa tu..lepas tu mulalah Lina lalai dalam pelajaran kerana sibuk nak tolong Sara yang kononnya hidup dalam kesedihan tu..lepas tu dia merosot..dan sebab dia tak tahu macam mana nak terangkan ngan Sara supaya tak payah nak ganggu dia lagi!dia pindah..jadi sekarang Saralah yang dapat tempat kedua seluruh tingkatan..dan sekarang!aku nampak dia rapat semacam je dengan kau..jadi tulah aku..."Hud cuba untuk mengeluarkan niat sebenar dia menceritakan hal Sara..bukannya apa,dia cuma tidak mahu Akmal salah faham akan niat baiknya itu..

Akmal terdiam buat seketika..

"Jikalau betul apa yang Hud cakap tu..aku kiranya mangsa seterusnyala ni..humm..harap-haraplah tak betul..." Akmal berkata dalam kesunyian wad Sara itu lalu dia melepaskan keluhannya berat..Akmal mengemas katil yang hanya berada di sebelahnya itu. Sewaktu Sara berlari tadi dia membiarkan katil dalam keadaan yang tak terurus..haih, Sara..taktala tangan Akmal lincah mengemas seluruh ruangan katil itu,tangannya tersentuh sesuatu di balik bantal yang ingin dia kemas..

"Ini kertas.."pada mulanya Akmal tidak terkejut,tapi matanya lantas terbeliak taktala melihat isi kertas kecil itu..

"Aisya✅,Malik✅,Nurul✅,Lina✅,Akmal(otw)" tergagap-gagap Akmal membaca isi surat..tersebut..
Lalu dia menjerit kuat!

"Tak gunaaaaa!!!!!"....

GARA-GARA SEORANG PENGAWASWhere stories live. Discover now