Rahsia seterusnya 2

2.7K 146 1
                                    

"Pelik?apa yang pelik?" Akmal bertanya serius. Kali ini, Haikal dan Ana tidak memandang Akmal lagi,maklumlah pertanyaan Akmal kini boleh diterima dek akal..

Doktor Ikram menarik lama nafasnya sebelum menghembuskannya dan memulakan bicaranya..

"Ana,awak tahu kan abang memang selalu salin nama yang Sara sebut,setiap kali dia meroyan kan?" Doktor Ikram berhenti seketika seperti memberi ruang untuk Ana mengingat semula. Ana mengangguk. Baru dia ingat,memang setiap kali Sara meracau,abangnya akan mencatat nama yang keluar dari mulut Sara.

"Tapi,ada satu nama yang baru abang dapati..."Doktor Ikram segera mencapai buku notanya..

"Nama baru?siapa doktor?" Haikal pantas menyoal.

"Hud!" Doktor Ikram berkata keras.

Akmal sedikit terkejut lalu dia mengembalikan fikirannya.
'Tak mungkin Hud tu..'dia risau. Tapi,dia cuba bersangka baik kerana baginya terlalu banyak orang mempunyai nama yang sama di dalam dunia ini.
Tak mungkin!tak mungkin sahabatnya itu..

"Kenapa Akmal?awak kenal ke?"soalan Doktor Ikram itu membuatkan Akmal tersentak. Wajahnya berkeringat..dia memandang sekeliling..kelihatan Ana dan Haikal dari tadi melihatnya. Waktu itu barulah dia tahu yang sudah agak lama jugalah dia mengelamun..
Akmal menggeleng laju..

"Korang berdua kenal ke?..."soalan seterusnya beralih ke Haikal dan Ana.
Dan seperti Akmal kedua-dua mereka turut menggeleng. Doktor Ikram mengeluh kecil,lalu dia menyandarkan dirinya ke kerusi yang dia duduki kini.

"Baiklah..korang boleh keluar.." Doktor Ikram berkata sambil wajahnya berkerut memikirkan siapa Hud yang Sara sebut.
Ana dan Haikal lantas bangun lalu ingin beredar..namun,

"Eh,Akmal kejap...!tak pa-tak pa..korang dua boleh keluar..Akmal stay kejap." Kata Doktor Ikram pantas.
Akmal sedikit terkejut,taktala itu Ana dan Haikal sudah pun berlalu dari bilik Doktor Ikram tersebut.
Akmal masih terkejut tapi hakikatnya dia duduk juga di hadapan Doktor Ikram.
Doktor Ikram memandangnya tepat ke dalam anak matanya yang dari tadi turun naik seperti seseorang yang tidak senang. Yalah,siapa yang senang kalau dipandang sebegitu rupa?

"Akmal..saya,mungkin tak kenal kamu!tak tahu apa kaitan kamu dengan Mai..dan apa yang buat Ana dan Haikal sangat percayakan kamu..tapi!kamu kena ingat yang saya bukanlah jenis orang yang cepat percayakan orang yang baru sahaja saya kenali..lagi-lagi orang seperti kamu.."

"Orang seperti saya?kenapa?kenapa dengan orang seperti saya doktor?"Akmal sudah bengang. Yalah,dahla dari tadi Doktor Ikram tak pernah senang terhadap dirinya,ditambah lagi dengan ayat 'orang seperti kamu' yang baru sahaja disebut oleh Doktor Ikram tadi sememangnya membuat Akmal jadi sakit hati..

Doktor Ikram berdiri. Dia meneruskan langkahnya laju sahaja ke arah tingkap dan membelakangi Akmal.

"Tak payah nak banyak tanya. Sebab aku yakin kau lebih kenal dan tahu siapa diri kau yang sebenarnya kan?jadi,tak perlulah aku bagitahu kau,orang yang macam mana.." Doktor Ikram sudah tersenyum sinis.

"Seperti yang aku cakap tadi,aku ni bukanlah seorang yang cepat percayakan orang macam kau ni..
tapi,ekspresi,kebimbangan dan perasaan ingin tahu yang kau tunjukkan buat aku penasaran...buat aku rasa yang kau perlu tahu semuanya. Semuanya tentang Sara..." Akmal yang tadi ingin bangun dan menumbuk wajah kacak Doktor Ikram itu berhenti serta merta..dia kembali duduk.

"Semuanya tentang Sara?kenapa dengan Sara..?" Akmal bertanya hairan. Doktor Ikram yang dari tadi kusyuk memandang kearah tingkap lantas mengalihkan pandangannya ke arah Akmal lalu tersenyum penuh makna.

********

"Hud?haih..siapa dia tu hah?takkanlah kita nak siasat setiap nama Hud di dunia ni.." Ana mulai kusut lalu dia duduk kasar di atas kerusi yang berada di ruangan menunggu di hadapan wad Sara.
Haikal pula masih lagi menumpukan sepenuh perhatiannya kearah telefonnya..

"Woi Haikal!"

"Ya baby?"Ana membuat muka..memang tak sah budak Haikal ni..kalau tak cari pasal dengan dirinya..

"Haha..janganlah buat muka sembelit macam tu..takde,sayang tengah search pasal penyakit PTSD yang Sara tengah alami sekarang ni.."dia berhenti seketika sambil mulutnya terkumat-kamit membaca informasi internet yang dia cari dari tadi.

"So sayang,eh sayang pulak..so baby?eh baby..hishh..so Haikal!apa maklumat yang kau jumpa.."Ana bertanya sambil matanya dialihkan ke tempat lain. Wajahnya?haha jangan tanyalah..andai kata ada buah epal disebelahnya kini,pasti sudah dapat di samakan dengan wajah merah Ana. Macam mana boleh tersasul pulak ni..Ana mengutuk dirinya.

Haikal tersengih lalu dia memandang ke skrin telefonnya kembali.

"Humm,ada satu maklumat yang saya rasa dapat melegakan hati awak.."Haikal memandang Ana..yang dari tadi memerhatinya?Ana lantas memandang lantai..
Sekali lagi Haikal tersengih..

"Err..ada satu prof ni buat kajian yang kalau pesakit PTSD ni koma,maknanya dia mempunyai peluang yang cerah untuk sembuh..sebab dia akan ingat semuanya.." Haikal membaca setiap bait-bait ayat di atas skrin telefon bimbitnya itu..lalu dia memandang Ana yang masih memandang lantai..
Haikal tersenyum seketika.lalu..

"Saya pun suka awak.." Haikal berkata laju di telinga Ana lantas dia berlari dari tempat duduknya..

"Eh,saya tak suka awaklah..ja..jangan salah fahamlah.."Ana turut mengejar langkah Haikal..lalu kedua-dua mereka sambil berkejaran..

-----
Vanila_Latte

GARA-GARA SEORANG PENGAWASWhere stories live. Discover now