Rahsia seterusnya

2.8K 148 3
                                    

"Siapa tu Haikal?" Bisik Akmal...lalu Haikal memberikan gelengan yang bermaksud dia pun tidak tahu.. Haikal melihat kearah Ana..lalu Ana tunduk sambil bergerak kehadapan untuk mendekati wanita yang kelihatan sedikit berusia itu..

"Kak Kila?kak Kila dah sampai?.." Ana berkata datar. Dia memeluk bahu wanita yang bernama Kila itu lalu wanita itu menangis dibahunya..

"Ma..Mai.." kak Kila mengeluarkan esakannya. Ana cuba menenangkan kak Kila yang kini sudahpun terduduk di atas lantai hospital..Doktor Ikram menurunkan tubuhnya lalu cuba menenangkan kak Kila..

"Ju,tolong bawa kak Kila pergi ruang rehat hospital.." Doktor Ikram memberi arahan.
Jururawat yang berada di situ mengangguk lalu bergegas melaksanakan tugas mereka..
Kak Kila dibawa pergi. Doktor Ikram sebenarnya sengaja membawa kak Kila jauh dari mereka,supaya dia dapat mengkongsikan keadaan Sara dengan lebih teliti kepada Ana dan kedua-dua bodyguardnya itu..
Lagipun, Doktor Ikram risau kak Kila akan meroyan lagi seperti kali pertama Sara pengsan dahulu.
Doktor Ikram memandang ketiga-tiga orang dihadapannya itu..dia memerhati pelahan dari Haikal ke Ana,dan apabila sampai ke giliran Akmal,Doktor Ikram mengeluh berat..
Akmal sedikit terkejut,yalah!ada pula tiba-tiba sahaja mengeluh dihadapannya..
Dah kenapa doktor hensem ni kan?

"Saya nak beritahu korang tentang keadaan Sara..tapi.."

"Err Doktor,kalau sebab 'saya' ada kat sini, doktor jadi ragu-ragu nak cerita. Baiklah,saya pergi luar dulu..." Akmal membuka bicara dengan menekankan perkataan saya tadi..Bukan apa,dia cuma mahu Doktor Ikram ni taklah tuduh dia bukan-bukan dan marah Haikal atau Ana kerana membawanya kesini. Jikalau benarlah,dia penyebabnya..dia rela jadi bisu buat selamanya untuk berita yang akan disampaikan nanti...

Akmal ingin berlalu pergi tapi langkahnya terhenti,taktala Ana memanggilnya..

"D.I,Ana dah lama kenal dia,dia memang boleh dipercayai. Jadi saya yakin!dia boleh simpan rahsia ni..dan boleh faham akan keadaan ini.." Doktor Ikram mengeluh kecil,jikalau sudah itu yang dikatakan oleh adik bongsunya Ana,maka betullah agaknya sebab Ana bukanlah jenis yang suka menipu. Lagi-lagi dengan keadaan Sara yang sakit itu,masih bermayakah Ana untuk menipu.?

*******

"Jemputlah duduk.." Doktor Akmal menjemput ketiga-tiga mereka untuk duduk di kerusi yang disediakan khas untuk pesakit itu. Terdapat 2 buah kerusi yang disediakan, jadi Akmal mengambil keputusan untuk mendengar penerangan Doktor Ikram sambil berdiri..alah,bukannya lama pun.

Haikal dan Ana lantas melabuhkan punggung mereka keatas dua buah kerusi tersebut.

"Jadi abang?macam mana keadaan Mai?" Ana mulai bertanya risau. Mukanya seolah-olah perkara ini baru berlaku pertama kali.. memanglah Sara pernah pengsan sebelum ini,tapi tiadalah sampai koma begini..itu yang Ana sedikit terkejut tu..sampai airmatanya juga merengek ingin turun dari kelopak matanya.

"Abang?siapa?Doktor Ikram ni abang awakkah Ana?" Akmal serba tidak tahu bertanya laju. "Mai?siapa Mai?.."Akmal masih termangu. Dia seperti orang yang..ntahlah nak cakap apa..Dia hanya mampu tercengah!cis,banyak betul yang dia tidak tahu..
Ana mengangguk geram..

"Mai tu Sara,abang Haikal..nama dia Maisara!abang takkan tak tahu.." Haikal yang turut bengang mulai memulakan bicara penutup.
Akmal yang faham akan keadaan itu lantas tunduk. Malu sebenarnya,yalah!keadaan tengah kritikal begini,boleh pula Akmal tanya macam-macam.

"Saya minta maaf..."dia berkata sambil tunduk.

"Mai sebenarnya okey je..sebab semua pesakit yang mempunyai penyakit PTSD ini kebanyakan akan pengsan dan koma apabila dia teringatkan sesuatu. Tapi,jangan risau!dia tak akan ada apa-qpa..dan.."

"Hah?PTSD? Apa tu?..penyakit apa tu?" Akmal memotong kata-kata Doktor Ikram.
Haikal dan Ana yang dari tadi mendengar penuh tekun penerangan Doktor Ikram memberikan pandangan maut kearah Akmal.Akmal tersenyum kucing..haih,dia buat hal lagi..

"Tapi,Ana..ada sesuatu yang pelik.." Doktor Ikram cuba mengembalikan mood..semua menumpukan perhatian kepada Doktor Ikram semula..

GARA-GARA SEORANG PENGAWASWhere stories live. Discover now