Sara dah sedar..

4.2K 156 12
                                    

Langkah Akmal dia atur laju..hatinya tidak henti mengungkapkan ucapan alhamdulillah..ya Allah Sara dah sedar..
Bersyukur sungguj dia..buah tangan yang baru di belinya dia pandang sekilas sebelum kembali meneruskan perjalanannya ke arah lif..Haikal dan Ana pula sudahpun berada di tingkat atas,di wad Sara.

*******

Akmal memusingkan tombol pintu itu pelahan sebelum kepalanya menjenguk ke dalam bilik tersebut..haih..dia gementar sebenarnya sebab setahunya Sara belum tahu yang dia sudah tahu tentang keadaan Sara..erk?macam pelik je ayat nii..whateverlah..

Dia tersenyum taktala melihat Ana dan Haikal tersenyum girang sambil berbual bersama Sara..lalu dia mulai memasuki ruangan wad itu sambil langkahnya dia atur mendekati katil Sara. Sara menoleh ke arahnya lalu dia terus melihat ke sisi lain.

Akmal pula sudah membuat muka. Humm,baru nak menyapa,Sara sudah berperangai begitu..kenapa eh?aha...

"Kalau Sara rasa serba salah dengan apa yang Sara dah buat dekat Akmal tu..ehemm..Akmal dah maafkanla.." Akmal berkata datar..Sara melihat ke arah Ana di sebelahnya lalu memandang ke arah Haikal pula..Haikal memberi isyarat tangan seperti..
'Ayoo..tak tau..ayoo..' Ana pantas memukul kepala Haikal lalu Haikal ketawa..Sara pula semakin menunduk..semakin takut sebenarnya. Sejak dia sedar dari koma kemarin,dia mulai mengingati semuanya semula..dari A sampailah Z..dia juga sudah tahu apa kaitan Kila dalam ceritanya. Selepas memarahi Kila kemarin,hatinya semakin tenang..dan Hud? Hud sekarang telah berpindah ke hospital sakit jiwa kerana dia merasa amat bersalah atas kematian Syikin dan anaknya..huh,baru nak menyesal?
Sara juga tahu yang Akmal juga merupakan penyumbang kepada proses memgubati sakit PTSDnya itu..kerana itu juga dia malu untuk mendepani Akmal sekarang. Sudahlah dia telah melakukan macam-macam dengan Akmal dulu..tapi Akmal masih lagi ingin membantunya..malu weii..malu..

Akmal yang merasakan Sara takkan melihat ke arahnya itu lantas menghadapkan dirinya ke hadapan Sara.
Dia memberikan buah tangan yang dibelinya tadi.

"Kalau Sara nak Akmal maafkan Sara,bukankah lebih baik kalau Sara pandang Akmal dan terima buah tangan ni?" Sara pantas memandang ke arah Akmal lalu Akmal tersenyum. Pada mulanya, Sara ingin senyum takut..tapi melihat mimik muka Akmal yang seperti tak kesah itu,dia lantas tersenyum manis..

********

"Hish..mana dia ni?" Seorang pelajar graduasi Universiti Malaya itu tidak henti menekan skrin telefonnya..nombor yang di dailnya dari tadi langsung tidak berjawab. Dia mulai sakit hati. Dia lantas meletakkan telefonnya ke dalam begnya.

"Pedulilah!nanti kalau dia ingat,tahulah dia nak cari aku.."pelajar perempuan itu semakin sakit hati. Tak guna punya lelaki. Dia menggetuskan ayat itu berkali-kali..lalu dia memandang ke arah sijil tamat sekolahnya yang dia pegang kini.

'Graduan Perubatan Psychology' perkataan terbesar itu dia tatap lama lalu airmatanya mengalir. Andai saja ayah,ibu dan kak Syikin ada untuk tengok semuanya ni..budak perempuan tadi menggosok wajahnya yang sudahpun basah menggunakan hujung bajunya..

"Ehey..no..no..no..budak hingusan ni,ada pulak lap airmata guna hujung lengan baju je?" Suara seorang lelaki dewasa mengejutkan pelajar perempuan itu.

"Abang...Akmal?" Pelajar perempuan itu terus membuat muka..berani lelaki di hadapannya itu mungkir janji,kata nak datang awal..tapi,hampeh..

"Sara..maafkanlah abang..abang ada patient tadi,so abang lambatlah..nak belikan hadiah Sara lagi..tahu tak semua tu susah..sebab Sara ni.." Akmal terdiam taktala Sara sudah memukul lengannya kasar tapi tidaklah sakit. Maklumlah..

"Eh,sorry ganggu korang..tapi kitaorang datang ni nak!tahniah Sara sebab dah graduate.." Sara tersenyum lantas memeluk wanita di hadapannya itu yang turut bergraduasi sama dengannya tapi dalam bidang yang berbeza. Lelaki di sebelahnya pula Sara hanya berikan pandangan kagum..

"Tahniah jugak.."

"Ouh...terlupa pulak aku dan Haikal dah nak ada cahaya mata pertama dah.." Ana terus menyapu-nyapu perutnya..Sara terus tersenyum girang..ouh,baru Sara teringat yang kawan mereka itu sudah berkahwin pada permulaan awal tahun keempat..huih cepat,nak tahu kenapa?sebab Haikal taknak orang lain kebas..humm...

Haikal dan Akmal bersalaman.

"Tahniah bro," Haikal hanya tersenyum melihat ke arah Akmal..dia mengangguk.

"So,kitaorang ingat nak beli barang baby,nak ikut..abang boleh tak dorang ikut alaa..bolehlah..bolehlah.." Ana menarik tangan   Haikal lalu menggoncang-goncangkannya..Haikal mengangguk laju..

Jom..katanya..

Sara dan Akmal pun tiada apa-apa perancangan..lalu kedua-dua mereka hanya menurut saja..Haikal dan Ana terus hilang dari pandangan mereka. Mesti sudah masuk ke dalam kereta mereka tu kira Sara..
Sara ingin berlalu pergi tapi...

"Sara..sara tahu tak kenapa abang lambat.." Sara menggeleng taktala lelaki di hadapannya ini menahan tangannya dan mengujarkan ayat tadi.

"Sebab..abang sebenarnya.." Akmal sudah mengeluarkan sebuah kotak merah yang berada di dalam poketnya..Sara menutup mulutnya kerana terkejut. Akmal pula hanya tersengih tapi dia tetap berusaha untuk buat walaupun dia geli,tapi oleh kerana Sara suka,dia pun teruskanlah..dia melutut..tangan Sara masih dia pegang lalu kotak merah tadi dia buka dan mengeluarkan sebentuk cincin berlian yang kelihatan indah sekali.
Sara sepertinya ingin menangis..semua oranf menumpukan pandangan ke arah mereka kini..

"Will you marry me?" Airmata Sara mengalir deras taktala ayat itu selamat Akmal keluarkan.

"Yes.."jawab Sara dalam keadaan mulutnya ditutup. Cincin berlian itu lantas Akmal sarungkan ke jari manis Sara..lalu dia mengambil sapu tangan di poketnya lantas mengelap airmata Sara..

TAMAT..

GARA-GARA SEORANG PENGAWASWhere stories live. Discover now