Aku nak tolong dia

4.2K 210 2
                                    

Akmal hanya mampu terdiam taktala teringat semua kejadian tadi..
Dia seperti merasa berada dalam satu dunia baharu..sungguh pelik..Dia tersenyum seketika tapi senyumannya bertukar geram taktala skrin ingatannya menayangkan wajah Haikal..

"Hishh!siapa sebenarnya Haikal pada Sara..!!!geramnya aku!!!berani dia buat Sara macam tu!.." kata Akmal lalu menghempas bantalnya ke arah pintu biliknya dan seraya itu seseorang sedang membuka pintu bilik Akmal,lalu dengan tak semena-menanya bantal lembut Akmal hinggap di atas muka si pembuka pintu..

"Mama?" Akmal lantas bangun dan berjalan laju ke arah wanita yang menjadi mangsa lemparan Akmal tadi..
"Mama..abang..minta maaf..abang tak sengaja."Akmal memohon maaf lalu dia menjemput ibu kesayangannya itu untuk masuk ke dalam biliknya..

Puan Nurul,Ibu Akmal hanya mampu menggelengkan kepalanya lalu mengatur langkahnya ke dalam bilik anak lelakinya itu..

"Abang tengah buat apa??"tanya Puan Nurul seraya punggungnya selamat hinggap di atas katil bujang milik Akmal..

"Takde apa..abang just think tentang future abang?hehe..about the spm mom.."tambah Akmal lalu duduk di sebelah ibunya sambil tersengih..

"Ouh..spm..emm abang?boleh mama tanya something tak?" Puan Nurul sudah mula menunjukkan sebabnya untuk datang ke bilik terunanya itu..

"Tanya apa Ma?"Akmal menggaru kepalanya sambil fikirannya serabut memikirkan,apa agaknya soalan yang ingin ditanya oleh ibunya itu..

"Takde..tadi pak Kamal cakap abang suruh pak Karim hantar kawan abang pergi Hospital Taman Mutani,dan pak Karim cakap kawan Akmal tu perempuan..siapa?"tanya Puan Nurul agak sinis tapi ada sengihan di akhir ayatnya..Akmal mengeluh seketika,humm nak mengusik abanglah tu..dia berkata dalam hatinya..

Akmal mengambil tempat di sebelah ibunya lalu menceritakan segalanya tentang gadis pengawas Sara yang baru dikenalinya itu..
Akmal bercerita penuh kusyuk dari awal pertemuan mereka sehinggalah sekarang dan Puan Nurul pula sudah panjang sengihannya..geli hati Akmal dibuatnya..lain sahaja difikir oleh wanita umuran 40-an itu..

********

"Assalammualaikum awak!hai,good morning..tengok saya bawa apa.." Akmal berkata manja taktala melihat keadaan Sara yang semakin pulih,alhamdulillah..

"Waalaikumsalam.." seperti biasa,Sara menjawab salam Akmal dingin.
Akmal sedikit kecewa,namun dia senyum kembali dan mendekati katil Sara sambil membawa bungkusan makanan yang sememangnya untuk Sara..
Dia mencapai salah satu kerusi di dalam wad itu lalu duduk menghadap Sara yang masih dalam keadaan baring dan memandang ke arah tingkap. Jujur hati Akmal pada mulanya sedikit sakit dengan perangai Sara yang sering mengendahkan orang disekelilingnya itu. Tapi,setelah dia mengenali Sara dengan lebih dekat,dia akhirnya faham bagaimana keadaan Sara sebenarnya..
Lantaran itu,dia juga sudah malas mau memandang tinggi terhadap perkara itu..

"Akmal..saya nak teruskan cerita boleh?" Kata Sara senada tanpa memandang ke arah Akmal.

"Boleh."ringkas Akmal lalu Sara mengalihkan pandangannya ke arah Akmal..

☏☎☏☎☏☎☏☎

"Aku mengandung Sara..." kata Ana sambil tersedu.. Sara terdiam seketika,dia cuba untuk menghadam apa yang dikatakan oleh rakan baiknya itu..
Dia seakan-akan tidak percaya akan kenyataan yang timbul dari mulut kecil sahabatnya itu. Dia bangun lalu satu gelak kecil dia lepaskan sebagai tanda dia masih tidak percaya akan hakikat itu..
Ana tunduk,kawasan lorong gelap itu sepertinya menambahkan lagi kerumitan antara mereka berdua..

"Sara...aku tak pernah minta untuk kau percaya. Tapi,itulah hakikat yang sebenarnya..aku mengandung.." seperti memahami reaksi Sara,Ana berkata dalam tangisannya..
Dia sudah tidak peduli apa yang Sara akan lakukan..apa yang dia tahu, dia hanya mahu meluahkan segala masalahnya kepada seseorang yang bergelar sahabat..

Sara memandang Ana buat sekian kali..dia memandang tajam ke arah wajah Ana yang kini kelihatan lebih tua dari umurnya..

"Siapa?siapa yang buat.." Sara berkata dalam esakannya. Dia seperti tidak percaya benda seperti ini terjadi kepada seorang pelajar tingkatan 1 yang baru mahu mengenali apa itu dunia.. Dia sebenarnya kesal tapi dalam masa yang sama,dia merasa serba salah kerana tidak berjaya melindungi sahabatnya itu..

"Haikal.."

☎☏☎☏☎☏☎☏☎

Sara terdiam.

"Jadi apa yang buat awak teriak hari tu?" Akmal cuba untuk memecahkan kesunyian antara mereka..
Sara memandang Akmal sambil wajahnya perlahan-lahan mengukir satu senyuman hiba..

"Saya fikir...Ana seorang je yang dah jadi mangsa Haikal,tapi bila saya tengok kejadian tu sendiri di hadapan mata saya..Haikal..Haikal nak..ro.." Sara menangis..dia tidak sanggup untuk teruskan dia tak kuat..dia tidak kuat untuk mengharunginya lagi.
Akmal berfikir sejenak..Haikal?kejam macam tu?getusnya di dalam hati...

"Err..jadi sebab tu awak teriak?dan pengsan?" Sara mengangguk..lalu dia mengalihkan kembali pandangannya ke arah tingkap semula..
Lantaran itu Akmal masih meragui kenyataan yang Sara berikan berkaitan Haikal..setahunya,Haikal seorang yang agak baik.
Hum,pelik..

------
Vanila_Latte

GARA-GARA SEORANG PENGAWASWhere stories live. Discover now