Rancangan Haikal..

2.5K 143 0
                                    

"Tak guna punya Haikal!hissh..kalau kau nak bermanja pun carilah tempat lain !ingat kalau kau buat depan aku,aku akan cemburulah macam tu?" Ana ketawa galak..lalu dia memandang ke arah cermin tandas itu kembali dengan pandangan dingin..

"Aku takkan cemburu!" Kata Ana lalu keluar dari tandas wanita itu..sebelum keluar,dia mengambil beberapa helai tisu dan menyapu tisu tersebut ke seluruh wajahnya..

"Ana..sayang..." panggil Haikal taktala kelibat Ana sudah kelihatan..Ana terkejut. Dah kenapa Haikal boleh ada kat sini,kalau dia menunggunya maksudnya Nurin..

"Haikal!mana Nurin?apasal kau tak teman dia?kau dah dapat ke jawapan bagi soalan Akmal semalam..?"bertalu-talu soalan keluar dari mulut kecil Ana. Haikal tergelak kecil sebelum dia mendekati Ana dan mengetuk pelahan kepalanya..

"Hish, budak betuah ni..takkanlah sayang nak lepaskan semua tanggungjawab tu demi nak jaga perasaan baby.." Ana memberikan satu pandangan menyampah..

"Habis tu?awak dah selesaikan tugasan awak?" Ana bertanya dingin. Kepalanya dia pegang kerana tetiba merasakan ada kutu yang sedang berkeliaran. Setahunya,dia bukanlah jenis yang berkutu..

"Ha ah.." Haikal berkata singkat..

********

"Haikal!huuuu..penat.." Akmal menarik nafas sedalamnya..laju jugak dia berlari tadi demi mengetahui apa kaitan Hud dengan Syikin,kakak Sara..

"Abang duduklah dulu.." Haikal yang mulai bimbang itu memberikan kerusinya kepada Akmal yang masih kepenatan. Huh,siapa suruh lari?Haikal suruh cepat je pun..

"So,apa maklumat yang kau dapat tu sampaikan kau nak bawa kitaorang ke gudang lama ni..?" Akmal masih tersedak kerana aturan jantungnya tidaklah seperti biasa..lajunya,mengalahkan kelajuan jantung apabila berjalan..-_-

"Syikin.."

"Kenapa dengan Syikin?" Ana yang dari tadi sibuk memerhati kawasan gudang lama itu pantas menumpukan perhatiannya kepada Haikal.

"Menurut Nurin kakak senior tu,Syikin merupakan pelajar cemerlang sekolah ni dahulu dan merupakan rakan sekelasnya dari tingkatan 1. Tapi hubungan mereka sedikit renggang sebab, Hud sukakan Syikin dan pernah meluahkan perasaannya kepada Syikin.."

"Habis tu? Syikin terima tak?" Akmal memotong cerita Haikal sehingga membuatkan muka kacaknya itu berubah menjadi cemberut.

"Kejaplah,kan Haikal tengah nak cerita tu." Ana menegur Akmal sehinggakan dia tersengih malu..hehehe..

"Syikin dan rakan-rakannya yang lain memang dah lama sukakan Hud..jadi peluang datang macam ni, Syikin terimalah Hud. Jadi start dari hari tu,kedua-dua mereka bercinta.." Haikal menerangkan penuh kusyuk. Akmal membulatkan matanya. Dia berfikir lama,andai betul apa yang Haikal sampaikan itu,tak mustahil jikalau Hud ada kena mengena dengan kisah silam Sara..dan kalau Hud merupakan kekasih kepada arwah Syikin,tak mustahil juga kalau dia....

"Jadi apa sebabnya kau bawa kitaorang kat dalam gudang lama ni?" Soalan Ana mengejutkan Akmal..lalu dia menumpukan perhatiannya kembali..

"Ha'ah,sebab apa?" Tanya Akmal lalu dahinya dia kerutkan sambil memandang ke seluruh ruangan gudang itu..

Haikal menarik nafas lalu dihembusnya sambil tersenyum manis..

"Sebab Haikal nak culik Hud..!!" Haikal sudah tersengih. Akmal dan Ana saling berpandangan. Huh?apa?culik?dah kenapa si Haikal ni..!!

"Culik?kenapa Haikal nak culik Hud?" Akmal bertanya Haikal pelik..dahinya pula semakin banyak kerutnya..Ana hanya menggelengkan kepalanya. Ada-ada sahaja Haikal ni..

"Humm,abang!kawan sendiri pun abang tak kenal ke?orang macam Hud tu memang jenis yang takkan bagitahu rahsia dirinya macam tu je! Tapi masalahnya,kita perlukan kenyataan dia untuk tahu apa kaitan dia dalam cerita silam Sara..jadi,Haikal nak.."

"Haikal nak guna cara paksaan supaya dia bagitahu perkara sebenar?" Haikal sudah mengangguk bangga. Bagus!katanya dalam hati..Ana memberikan pandangan mengejek ..

"Apasal kau pandang aku macam tu?" Ana terus ketawa,eleh!baru usik sikit dah resah semacam haha..Haikal sudah menjeling Ana. Akmal pula masih berasa takut!takut yang dia akan membenci sahabat seperjuangannya itu..

GARA-GARA SEORANG PENGAWASWhere stories live. Discover now