Kisah Silam Sara 2

2.7K 149 2
                                    

Doktor Ikram memandang Syikin yang dari tadi tidak keluar dari tandas yang berada dalam wad Puan Maimon..Doktor memandang penuh sangsi..Dari hari pertama Puan Maimon masuk ke dalam hospital sehinggalah sudah 1 minggu,Syikin masih lagi berkelakuan seperti itu..muntah!sedangkan dulu Syikin tidaklah alah sangat dengan bau ubat di hospital ini. Lagipun,bilik puan Maimon sebenarnya sudahpun dipasangkan wangian..supaya bau ubat hospital yang menusuk ke hidung itu..langsung tidak akan menganggu keadaan Puan Maimon.

Doktor Ikram mulai bimbang. Bukan apa,manalah tahu, Syikin mengalami keracunan makanan ka apakah...atau lebih teruk pun mengandung..Doktor Ikram tersentak. Dia semakin bimbang,yalah Syikin pun dia sudah anggap seperti adiknya Ana sering bermain bersama Sara dan Syikin.
Doktor Ikram mendekati tandas bilik itu yang sudahpun tertutup rapat..
Taktala kaki Doktor Ikram semakin berada tepat di hadapan tandas tersebut,pintu tandas itu terkuak luas..dan kelihatan Syikin keluar dari pintu itu sambil mukanya dilapkan olehnya menggunakan sapu tangan miliknya.
Dia tercengah seketika melihat Doktor Ikram yang sudahpun berdiri tegak di hadapannya..

"Kenapa abang?" Syikin bertanya pelik. Tiada jawapan. Doktor Ikram langsung tidak menjawab persoalan Syikin tapi matanya langsung tidak henti memandang ke arah Syikin.

"Abang?abang ni dah kenapa perhatikan Syikin macam tu.."

"Syikin ikut abang.."

"Eh, kejap!ikut abang pergi mana?" Syikin menarik lengannya yang ditarik sebentar tadi oleh Doktor Ikram.
Doktor Ikram tidak menjawab tapu terus sahaja menarik tangan Syikin dan membawanya ke pejabat miliknya..

"Abang!kenapa dengan abang ni.."Syikin menarik tangannya kasar. Dia ingin keluar,tapi ditahan oleh Doktor Ikram.

"Syikin..!abang bukannya nak buat apa-apa dengan Syikin!abang cuma nak tahu!kenapa Syikin sering saja muntah dan merasa mual..abang cuma nak periksa samaada Syikin keracunan makanan atau.."

"Atau mengandung?" Syikin bertanya dingin. Airmata Syikin pantas mengalir deras. Doktor Ikram tercengah. Dia masih terpinga-pinga taktala suara esakan Syikin semakin kuat.

"Syikin kenapa ni...?" Doktor Ikram semakin risau. Tapi,otaknya ligat memikir sebab kenapa Syikin menangis begini.

"Abang...Syikin..mengandung..." Syikin mengeluarkan ayat itu takut-takut. Suaranya juga kedengaran bergetar. Syikin tahu apa yang dia luahkan itu sememangnya mengejutkan semua orang yang mendengarnya. Yalah,Syikin baru tingkatan 2 tapi sudah menghadapi masalah sosial yang sebegitu rupa. Doktor Ikram terdiam. Syikin yang sedar akan reaksi itu pantas terduduk sambil menangis.Doktor Ikram turut mengalirkan airmatanya. Tapi wajahnya masih seperti orang yang ter..kilan..


*******

"Abang...Syikin mengandung.." suara Syikin itu menyebabkan Sara yang dari tadi tekun mendengar terduduk. Walaupun Sara baru berumur 12 tahun tapi hal seperti itu sudah mampu Sara hadam dengan baik.

*******

Sejak dari hari Sara terdengar kenyataan yang Syikin mengandung,Syikin tidak lagi menunjukkan dirinya di hospital mahupun di rumah..tapi,tu tak pelik sangat!yang peliknya Encik Khabir langsung tidak peduli akan hal tersebut..dan semakin lama semakin kerap Encik Khabir menghabiskan masa di pejabat berbanding menjaga Puan Maimon di hospital. Sara sunyi. Tiada siapa yang dapat menemani,selama dia mengharungi saat sulit sebegini..dahla tahun ini dia akan menduduki Ujian Pernilaian Sekolah Rendah(UPSR)..
Sara cuba menolak soal hidupnya sejauh-jauhnya dan kembali fokus ke buku latihan matematiknya yang tidak pernah lekang dari tangannya sedari tadi..

GARA-GARA SEORANG PENGAWASWhere stories live. Discover now