Culik Hud!

2.8K 147 3
                                    

Akmal dan Ana masih memeriksa mikrofon yang akan mereka gunakan untuk menakut-nakutkan Hud..

"Test mic..test mic.." gelombang bunyi itu sememangnya hebat!Ana yang berada di tingkat bawah memberikan satu jempol ke arah cctv di situ. Dia tahu,pasti Akmal dapat melihatnya dari situ..kemarin,ketiga-tiga mereka memasang beberapa kamera cctv di ruangan gudang yang digunakan itu..Akmal tersenyum melihat isyarat tangan jempol yang dihadiahkan oleh Ana..tidak lama selepas itu,dia memegang bahagian dadanya yang semakin kuat berdebar. Dia sepertinya risau dan takut akan kenyataan yang bakal didengarnya hari ini..

*******

Haikal melihat ke skrin telefonnya..sesekali dia menstalk instagram milik Ana dan melihat gambar-gambar kucing yang Ana post..

"Dia ni,takde kamera ke nak berselfie pastu post kat insta?hishh..asyik gambar kucing je dari tadi.."

"Tuan Muda? Hud dah keluar dari sekolah.." Haikal tersentak lalu dia pantas memakai penutup mulut supaya Haikal tidak mengenalinya..telefonnya dia letak di dalam poket sebelah kanannya..semua orang suruhan Haikal juga mula mengambil posisi masing-masing.. Haikal mengambil pistol mainan yang kelihatan seperti betul itu dan memacunya ke lantai..

"Start!" Kesemua orang suruhan Haikal melaksanakan tugasan mereka tanpa sebarang cacat celanya.. dari jauh Haikal melihat Hud meronta-ronta minta dilepaskan. Haikal tersenyum di sebalik topeng mukanya..Hud dilempar kasar ke dalam kereta mewah milik ayah Ana..
Perfect!semua rancangan perfect sehinggalah.

"Lepaskan akulah.." Hud semakin meronta lebih galak. Nasib baiklah orang suruhan Haikal lebih kuat,lengan Hud mereka genggam kasar.. Haikal memacukan pistol mainannya itu ke kepala Hud..
Hud terdiam..lalu dia ketawa..Haikal memandangnya pelik..

"Woi apasal kau ketawa hah?!!" Haikal cuba menggaraukan suaranya..

"Tuan,pistol tuan terbalik.." Haikal melihat ke arah pistolnya..lalu dia tersengih..
Haha..dia nak bunuh diri ke..darah panas mulai membahang di pipinya,haih,lagaknya yang ingin kelihatan seperti gengster itu terbatal..dia menghadap ke hadapan kereta yang semakin laju memecut ke arah gudang lama tempat Hud akan dikurung..dan tempat Hud akan membongkarkan semuanya..
Hud masih meronta..jeritannya juga semakin jelas kedengaran. Haikal memasukkan tangan ke dalam telinganya lalu dia memberi isyarat supaya Hud di berikan proses separa sedar..haih,tulah..bising lagi...

********

-baby dah ada kat depan pagar..- mesej Haikal,Ana baca pelahan..lalu matanya terbeliak dan pergi ke arah Akmal..dan menyuruhnya untuk bersedia..

"Aku dah lama bersedia Ana!.."Akmal lantas memerhati setiap video cctv yang berada di dalam bilik tempat kami berada sekarang. Bilik itu sepertinya bilik pengurus yang sudah lama kerana terdapatnya meja dan kerusi macam dalam pejabat ceo kat tv tu..cuma bezanya lama dan baru je..Ana pula sudah bersedia memakai headphone yang dipasang untuk mendengar serta merakam terus apa yang dikatakan oleh Hud nanti... sebenarbya alat perakam dan pembesar suara mini itu dipasang di bawah kerusi tempat yang bakal Hud duduki..

Pintu gudang lama yang tak ubah seperti pagar utama sekolah itu terbuka luas.

*******

"Woi!lepaskan akulah..lepaskan akulah!!" Hud menjerit takut taktala melihat keadaan sunyi gudang yang dia berada sekarang..suaranya bergema..
Hatinya semakin gusar..hari pula semakin gelap. Dia melihat ke arah dirinya. Terikat. Dan dia kini berada seperti di tengah-tengah gudang itu..dia semakin takut..lama dia teriak tapi tiada siapa yang terdengar..

"Hahahahahahahaha..." Hud dikejutkan dengan suara yang menakutkan itu..dia melihat ke atas..kosong..hanya siling je yang dapat dilihatnya..

"Si..siapa tuu...!!"

*******

"Memang...memang aku yang rosakkan Syikin dan taknak bertanggungjawab atas apa yang aku buat tu..aku buntu weii..aku buntuu..aku tak tahu apa yang aku nak buat..aku dahla tak kaya..macam mana aku nak sara Syikin dan anak aku nanti..lagipun Syikin dah pindah sekolah kan..rasanya dia mungkin sudah selamat melahirkan.."

"Dia dah meninggallah bodoh!!"rakaman itu Ana hentikan lalu dia memandang serius ke arah Haikal,begitu juga Akmal..

"Ehehe..aku terlampau terikut perasaan hari tuu..hihi"kata Haikal lalu dia memalingkan wajahnya. Malu rasanya wei..

Alat rakaman itu dihidupkan semula..

"Hah?dah meninggal?"suara tangisan galak kedengaran selepas sahaja ayat tadi berakhir.

"Aku minta maaf Ikin..aku jahat!Ikinn!!!"

"Dah terlambatlah!!!" Ana menghentikan rakaman itu sekali lagi dan sekali lagi dia dan Akmal memandang ke arah Haikal serius. Dan seperti tadi,Haikal juga tersengih.

Sekali lagi rakaman dihidupkan..tapi sudah tiada suara kedengaran..dah habis rupanya..
Akmal mulai lega,akhirnya rancangan Haikal berjalan dengan lancar..
Bagus Haikal!bagus! Tapi,dalam masa yang sama hatinya juga sakit!sakit kerana tidak menyangka Hud sekejam itu..kalau ikutkan hatinya mahu sahaja dia memberikan penumbuk kepada Hud hari tu..budak tu..hish..Haikal masih ditumbuk oleh Ana taktala itu telefon Ana berbunyi. Dia melihat skrin telefonnya lalu mengangkatnya taktala nama Doktor Ikram tertera di skrin itu..

"Assalammualaikum bang..ye,kenapa?" Ana seperti lama menjarakkan suaranya bagi mendengar penjelasan Doktor Ikram..

"Ya Allah yeke?alhmadulillah..ok..kitaorang datang sekarang.." Haikal dan Akmal yang dari tadi mendekatkan telinga mereka ke Ana lantas kembali ke posisi asal..

"Korang.."

"Kenapa?" Haikal dan Akmal bertanya serentak..

"Sara dah sedar..."Ana tersenyum girang lalu Haikal dan Akmal terkejut..tapi di hati mereka tidak henti bersyukur kepada Allah yang maha esa..



GARA-GARA SEORANG PENGAWASWhere stories live. Discover now