Kisah tentang dia..

3.1K 164 7
                                    

"Humm..bosannya...memang sekolah ni bosan sangatlah.." Haikal berkata sendirian di dalam dewan sekolah yang tak ubah seperti pasar ikan itu..ingin tahu kenapa permandangannya tak ubah seperti pasar?mestilah sebab mulut pelajar yang tidak henti bercakap. Mentang-mentanglah hari ni merupakan hari pertama mereka menjejaki kaki di sekolah menengah itu..yah,Haikal merupakan pelajar tingkatan 1.
Minggu ini merupakan minggu orientasi..dan setiap pelajar perlu sentiasa berkumpul di dewan itu sebelum memulakan sesi pembelajaran mereka pada minggu hadapan..apa orang arab kata sesi taaruf?hehe..seperti itulah..

Haikal yang semakin bosan dengan keadaan sekelilingnya,mengambil keputusan untuk keluar dari dewan itu dan berjalan mengelilingi sekolah baharunya itu. Dia terus sahaja berjalan sehinggalah sampai ke kawasan padang sekolah..dia melihat kearah astaka yang berada tidak jauh darinya kini..kakinya melangkah laju kearah astaka itu lantas dia mengambil tempat di salah sebuah kerusi di situ..matanya terus sahaja memerhati sekeliling padang yang sunyi dan kosong tanpa makhluk manusia itu.
Tenang. Perasaan Haikal kini semakin tenang. Angin sepoi-sepoi yang menemani Haikal tika ini pun memberikan lagi sepenuhnya ketenangan kepadanya. Sungguh!sungguh,dia rasa nyaman di sini....

"Mai!!!Mai...janganlah macam ni...Maisara!"Haikal terbangun taktala terdengar jeritan yang amat kuat.
Dia membuka matanya pelahan. Dia sepertinya geram akan suara tersebut,apa tidaknya dia baru mahu memasuki zaman mimpi yang pastinya dapat melenakannya  tapi sudah dikejutkan oleh raksasa pendengki yang menjerit tadi..menyampah
Haikal membuka matanya luas. Dia memerhati sekeliling,mencari arah suara tadi. Namun,hampah!tiada langsung bentuk tubuh yang menunjukkan ada manusia di situ..tiba-tiba sahaja badan Haikal terasa seram sejuk..yalah,keadaan yang dia lihat kini tak ubah seperti keadaan padang itu waktu dia baru sahaja datang tadi..

"Siapa tu!..." Haikal menjerit. Nada suaranya sedikit menggeletar..nampak sangat dia tengah takut sekarang.

"Ehey...tak..tak..tak perlulah main-main.." Haikal sudah gagap!tidak lama selepas itu terdapat seorang pelajar perempuan yang keluar dari semak yang disebelahnya ada meja cendawan dan kerusinya,comel sangat!tapi meja cendawan itu agak terselindung. Sepertinya itu merupakan tempat rehat tersembunyi yang hanya orang yang tidak mahu diganggu sahaja akan berada di situ..pelajar perempuan tadi baru sahaja keluar dari situ dalam keadaan yang marah!..Haikal melihat kearah pelajar tersebut,matanya langsung tidak berkelip..senyuman di bibirnya juga pelahan-lahan terukir. Hatinya mula membisik ayat-ayat cinta yang membuatkan Haikal tersengih malu..masa juga sepertinya memberikan kerjasama dan mulai menjadi pelahan..pelajar perempuan tadi terus sahaja berjalan melalui Haikal yang masih terpaku akan kecantikannya..Haikal terduduk lalu dia mengejar pelajar perempuan tadi.

********

"Maisara!.."akhir ayat Ana mengejutkan Sara yang sememangnya takut tika itu. Sara melihat kearah Ana. Matanya seolah-olah meminta simpati dari Ana..

"Syikin..tak payalah nak jerit-jerit macam ni..Sara takutlah..Sara takut nak hadapi diaorang kat dalam tu..Sara masih belum sedia akak.." Sara menangis. Ana yang merasa sedikit simpati akan keadaan Sara itu segera duduk di sebelahnya..

"Sara..Sara tak bolehlah macam ni..kesian kat akak..macam mana akak nak masuk kelas..jangan risau kakak akan teman Sara sepanjang minggu orientasi ni.." Ana cuba memujuk..Sara terdiam. Lalu dia menggeleng,dan membuatkan Ana mula merasa pelik..

"Sara nak balik." Sara berkata nekad. Ana yang mendengar ayat akhir Sara itu segera tunduk dan mengeluh kecil. Budak ni..dia berkata dalam hati..

"Kalau macam tu Sara balik sendiri biar akak stay kat sekolah.." Ana sedikit geram lalu dia berlalu dari situ..

******

'Hehehe..tak sangka aku satu kelas dengan dia..inilah agaknya orang katakan jodoh...'Haikal tersengih..sambil memandang ke arah Ana..Ana pula masih lagi melihat kearah padang dan tidak lama selepas itu..seseorang memasuki kelas yang sedia bising itu..oleh kerana minggu orientasi sudah berakhir,jadi semua pelajar pun diagihkan ke kelas mengikut keputusan UPSR mereka...
Ana melihat kearah pelajar yang baru sahaja masuk tadi.
"Sara!!!mari..mari duduk dekat akak.." Ana teruja,akhirnya Sara mengambil juga keputusan untuk kembali ke sekolah. Sara yang melihat gelagat Ana itu tersenyum lalu dia mempercepatkan langkahnya untuk duduk disebelah Ana..

"Ouh..dia rapat dengan budak tu..ok!sasaran seterusnya budak Sara tu.." Haikal berkata sendirian sambil tersenyum girang. Lepas ini,bolehlah dia berkenalan dengan budak perempuan kegemarannya itu..

"Macam tu je?..."tanya Akmal yang masih tidak tahu bagaimana Haikal berkenalan rapat dengan Ana dan Sara. Haikal yang dari tadi bercerita sedikit geram,apa tidaknya ceritanya belum habis sudah Akmal memotongnya. Haih,kekejaman apakah ini??..

"Abang ni!belum habis lagilah.." Haikal sudah merajuk..dia memeluk tubuhnya..

"Oklah..oklah..abang fikir dah habis dah..hahaha" Akmal ketawa taktala perangai Haikal yang manja dulu kini kembali. Sungguh!sungguh,dia rindukan Haikal..
Haikal tersenyum manja lalu meneruskan penceritaannya..

GARA-GARA SEORANG PENGAWASWhere stories live. Discover now