MPL 5

5.6K 392 19
                                    

Ting!

Eleena keluar dari lift tersebut.

Kelihatan beberapa orang pekerja lelaki dan perempuan berjalan ke hulur ke hilir membawa fail.

Eleena membetulkan sedikit begnya dan berjalan ke arah satu meja yang tidak jauh darinya.

"Hai." Sapa Eleena mesra.

Orang tersebut hanya membalas dengan jelingan.

Eleena rasa nak hempok je perempuan kat depan dia ni. Tapi di batalkan niatnya.

Senyuman cuba di ukir walaupun sakit hatinya dengan perempuan sombong nak matey di depannya sekarang ni.

"Saya nak interview ni. Boleh tunjukkan tak kat mana pejabat Bos?" Soal Eleena lembut. Suaranya juga di kawal. Agar kedengaran sopan.

Perempuan tersebut merengus kasar sebelum memberi jelingan buat Eleena.

"Kau tengok meja ni. Ada kaunter pertanyaan ke!?" Soal Perempuan tersebut. Suaranya sedikit meninggi.

Eleena tersentak.

Orang sekeliling memandangnya.

"Ma..maafkan saya. Saya just nak tanya pejabat bos kat mana." Kata Eleena sambil menunduk.

Dalam hati da sumpah seranah kat perempuan depan dia ni.

"Eii! Perempuan ni kan! Kan aku da kata aku bukan kaunter pertayaan! Apa bodoh sangat kau ni!" Kata perempuan tersebut. Mukanya kelihatan marah.

Eleena yang tak tahan dengan hamburan perempuan tu. Terus membuka mulut.

"Memang muka kau macam kaunter pertayaan. Tu aku tanya." Kata Eleena slumber.

'Kau cari pasal dengan salah oranglah!' Desir hati Eleena.

"Apa kau cakap!!" Perempuan tersebut seperti hilang kawalan. Dia terus merentap rambut Eleena.

"Argh!" Eleena menjerit kesakitan.

Yang lain tak berani nak masuk campur.

"Padan muka rasakan!" Kata perempuan tersebut.

"Alia!!" Jerit seseorang membuatkan perempuan tersebut melepaskan rambut Eleena.

Wajah perempuan tadi atau dikenali sebagai Alia bertukar pucat serta merta.

"Da..dato." Itulah yang terkeluar dari bibir Alia.

Pekerja yang lain semua da berlalu dan duduk tempat masing-masing.

"Pejabat saya sekarang!" Arah Dato' Azam.

Alia terus berlalu masuk ke dalam pejabat Dato' Azam.

Manakala Eleena terkial-kial mengutip failnya yang terjatuh tadi.

"El kan?" Soal Dato' Azam.

Eleena sekadar mengangguk. Kalau tak silap dia. Inilah kawan Encik Esyam atau dikenali papanya.

"Maafkan pakcik ye El. Pekerja pakcik memang macamtu. Mari. Kita bincang pasal kerja. " Ajak Dato' Azam.

Eleena sekadar mengangguk dan berlalu mengikut langkah Dato' Azam.

Masuk sahaja di dalam pejabat Dato' Azam kelihatan Alia sudah duduk di kerusi yang tersedia.

"El duduk dulu kat sofa. Pakcik nak cakap dengan Alia ni dulu." Kata Dato' Azam.

Eleena sekadar mengangguk dan duduk di sofa yang berwarna merah itu.

"Alia. Berapa kali saya da kata. Jangan buat hal di pejabat saya!" Kata Dato' Azam.

"Budak tu yang mulakan dulu Dato." Kata Alia slumber.

Eleena yang berada di sofa tu rasa nak hempuk je perempuan yang bernama Alia tu dengan fail di tangannya ini.

Namun cuba di kawal emosinya.

"Saya tak percaya. Ni last warning ya Alia. Sekali lagi perkara macam ni belaku. Saya tak teragak-agak nak pecat awak." Kata Dato' Azam.

Alia sekadar mengangguk tanda faham.

"Bagus. Awak boleh keluar." Arah Dato' Azam.

"Saya minta diri dulu." Kata Alia lalu berlalu keluar dari pejabat tersebut.

Sebelum keluar sempat dia hadiahkan jelingan buat Eleena dan Eleena sekadar buat tak tahu.

Dalam hati Eleena.

'Kisah apa aku.'

___________________________________

Done chapter 5🙌

Apa-apa yang kurang or whatever. Just bagitahu jrlah ye :))

Mrs Pickup LineWhere stories live. Discover now