MPL 13

4.9K 372 19
                                    

"Eh..ehem!" Izah berdehem sedikit menyebabkan Eleena dan lelaki di hadapannya itu tersentak.

"Errr.."Eleena seperti kehilangan kata-kata.

Krek!

Eleena bangun dari duduk.

"A..aku nak gi tandas." Ujar Eleena sedikit kelam kabut dan berlalu dari situ.

Lelaki tersebut hanya melihat pemergian Eleena.
____

Eleena melihat dirinya di pantulan cermin. Rambutnya di betulkan sedikit.

Lengan bajunya di tarik ke atas sedikit. Ada kesan melecur di lengannya.

Kesan lecur itu di sentuh sedikit. Tiba-tiba kejadian semalam muncul di ingatannya.

Di mana Asyraf menolongnya dan dia telah berduaan dengan Asyraf di dalam kereta! Siap berpickup line lagi.

Eleena meraup wajahnya. Rasa malu mula menyerebu dirinya. Tulah suka sangat bagi pickup line sampai terpickup hati si dia sekali.

Eleena menggeleng kecil bagi menghilangkan segala apa yang di fikir ye sekarang.

Eleena menarik nafas dan menghembuskannya perlahan-lahan. Perkara itu di ulang sebanyak tiga kali.

Bila da ada keyakinan. Laju kakinya melangkah keluar dari bilik air tersebut.

Keluar sahaja dari tandas tersebut. Termagu sekejap apabila melihat Asyraf sedang bersandar sambil berpeluk tubuh di dinding yang tidak jauh dari tandas tersebut.

Eleena berkira-kira mahu masuk semula atau jalan menonong tanpa hiraukan lelaki tersebut.

Akhirnya dia mengambil keputusan untuk jalan je terus tanpa menghiraukan lelaki tersebut.

Namun baru melepasi satu tapak tiba-tiba lengannya di tarik oleh seseorang.

Siapa lagi kalau bukan Asyraf.

"Auch!" Pantas Eleena menarik tangannya apabila Asyraf tersentuh di tempat lukanya.

Walaupun berlapik dengan lengan bajunya namun masih terasa kesakitannya.

"Err..Sorry!" Ujar Asyraf sedikit sebersalah.

Eleena sekadar menggeleng. "No, Its okey." Ujar Eleena sekadar tersenyum.

"Tangan tu da okey tak?" Soal Asyraf prihatin.

"Err..sikit." Balas Eleena.

"Da sapu cream?" Soal Asyraf lagi.

Eleena sekadar mengangguk.

"Ohh baguslah. Tak sangka pula aku terjumpa dengan Mrs Pickup Line kat sini." Ujar Asyraf lalu menggosok kepala Eleena.

Habis serabai rambutnya akibat Asyraf.

"Da bye. Jumpa nanti." Kata Asyraf lalu mengangkat tangannya dan berlalu dari situ.

Eleena menyetuh kepalanya. Tiba-tiba senyuman terukir sehingga ke telingannya.

Ini menunjukkan perkembangan positif buatnya. Nampaknya lepas ini dia tidak perlulah bertepuk sebelah tangan.

Sebab akan datang dia akan bermain tepuk amai bersama Asyraf.

Namun tiba-tiba keluhan kecil terlepas dari bibirnya. Senyumannya serta merta hilang.

Dia lupa satu.

"Syok sendiri betul kau ni El." Ujar Eleena sendirian.

Dia akui yang dia da syok sendiri sekarang ni. Bukan apa dia tak nak terlalu yakin sebab nanti takut kecewa di kemudian hari.
____

Asyraf meraup rambutnya kebelakang. Kepalanya di hentak perlahan di stereng kereta.

Gilalah dia kalau nak hentak kuat-kuat. Silap hari bukan duduk hospital mental pula.

"Kenapa kau perlu buat macam tu Asyraf!" Kata Asyraf sendirian lalu menghentak lagi kepalanya ke stereng.

Asyraf menyandarkan badannya. Matanya di pejam. Dia sendiri pelik. Kenapa dia perlu layan gadis itu seperti ini?

Dia bukannya kenal sangat dengan gadis itu. Namun cara dia layan gadis itu seolah-olah mereka mengenali antara satu sama lain.

Yang lagi pelik dia lebih prihatin dengan gadis itu. Siap suruh sapu ubat bagai. Haih!

"Kau memang gila Asyraf." Ujar Asyraf lalu menggeleng.

Hand break di turunkan. Break di tekan dan gear pada 'P' di tukar kepada 'R' untuk reverse terlebih dahulu sebelum keretanya meluncur di atas jalan raya.

__________________________________

Acah je tu hand break bagai padahal bawak kereta pun terkial-kial. Nasib tak langgar tiang lampu.😹😹

Anyway! Sorry late update😩

Semuanya di sebabkan...

Busy! Busy! Busy! 😭😭





Mrs Pickup LineWhere stories live. Discover now