MPL 33

4.4K 326 15
                                    

"Mik, pleaselah. Eleena is my friend." tutur Irah lembut.

"But I like her!" kata Mikael tak mahu mengalah.

"Like? Kau kata like? Like apa weh? Like seperti game?" kata Irah sinis.

Mikael mengeluh.

"No Ir no. I like her and I love her." Kata Mikael sambil memandang wajah Irah.

Irah tersenyum sinis.

"Dengar sini Mik. Aku boleh terima kalau kau nak gamekan banyak mana pun perempuan dalam dunia. Up to you. But not Eleena." kata Irah memberi amaran.

Mikael menggeleng kepalanya.

"Dengar sini Ir. Apa kau nak kata. Katalah! Aku tetap dengan pendirian aku. Aku tak akan gamekan dia macam perempuan lain because I love her. Lepas aku balik dari Ipoh. Aku janji dan aku nekad akan dapatkan dia. Walau macam mana pun." Kata Mikael lalu bangun dan ingin berjalan keluar dari pejabat. Namun kakinya terhenti saat Irah bersuara.

"Kau dengar sini Mik. Aku kenal sangat kau. Buaya darat! El tu da ada pakwe. Kau jangan harap dapat dia!" kata Irah dengan suara yang keras.

Mikael sekadar tersenyum sinis sebelum keluar dari pejabat tersebut.

Irah terduduk di kerusinya. Mukanya di tutup dengan tapak tangannya. Air matanya laju merebas keluar.

"Mik, Aku suka kau dari dulu. Kenapa kau tak pernah nak nampak?" Soal Irah sendirian.

Ting!

Eleena baru nak menapak masuk ke dalam lift tersebut tapi terkaku saat seseorang keluar dari lift tersebut.

"Hye Cik Eleena." Sapa Mikael lembut.

"Err hai." balas Eleena teragak-agak.

"Nak masuk kerja ke?" Soal Mikael lagi. Lupa sekejap pertelingkahan dia dengan Irah sebentar tadi.

"Haah. Terlambat sikit pula hari ni." kata Eleena lalu tersenggih.

"Ohh..Kalau kahwin dengan saya. Tak perlulah kerja lagi. Tiap-tiap nak bangun lambat pun tak apa." kata Mikael lalu tersenyum nakal.

Eleena sekadar tersenyum kelat.

'Memang tak ar saya nak kahwin dengan Encik Mikael. Sebab hati saya telah diduduki oleh seorang insan yang bernama Asyraf. Maaf ya Encik Mikael.' tutur Eleena di dalam hati.

"Okeylah Encik Adam Mikael saya nak masuk kerja dulu. Nanti kena pecat pula." Kata Eleena lalu tersenyum.

"Kalau kena pecat. Apa susah kerja je dengan saya. Jadi P.A saya. Saya boleh bayar gaji awak 2 kali ganda tau." Kata Mikael lalu tersenyum manis.

"Err..Tak apalah En--" belum sempat Eleena menghabiskan kata-katanya jari telunjuk Mikael sudah terlekap di bibirnya.

"No Encik Adam Mikael. Just call me Mika." kata Mikael lalu mengangkat jarinya.

Eleena mengangguk.

"Baiklah En..Err Mi..Mika.." kata Eleena lalu tersenggih.

"Yes, That's my girl." kata Mika lalu menyelup kedua tangannya ke dalam kocek seluarnya.

"Saya pergi dulu." kata Eleena lalu cepat-cepat berlalu dari situ. Tak nak nanti kalau berlamaan di situ jadi gosip murahan pula.

Lagi pun dia da lah isteri orang. Opss bukan isteri but bakal isteri.

Eleena pantas meletakkan barangnya di mejanya. Selepas meletak barangnya Eleena berlalu ke bilik Irah untuk melaporkan diri.

Tok! Tok! Tok!

Eleena mengetuk pintu bilik Irah.

Irah tersentak. Pantas air matanya di lapkan. Fail di atas meja di buka. Badannya di sandarkan di kerusi.

"Masuk!" arah Irah.

Eleena menapak masuk dengan senyuman di bibir. Irah pula sekadar tersenyum nipis.

Masih dia ingat kata-kata Mikael tadi. Di pandang Eleena atas ke bawah. Memang dia tak nafikan Eleena sangat cantik dan menawan. Siapa-siapa sahaja akan jatuh hati kepadanya. Termasuklah Mikael.

___________________________________

Macam pasrah juga sebab citer ni macam tak ada sambutan😹😹

Mrs Pickup LineWhere stories live. Discover now