MPL 16

4.9K 331 13
                                    

Eleena memandang pelik ke arah sejambang bunga yang berada elok di atas mejanya.

Dia mengambil bunga tersebut sebelum melabuhkan punggung ke atas kerusi kerjanya.

Bunga itu di hidu. Memang tak di nafikan bunga itu memang wangi dan wangiannya langsung tak menyakitkan hidung.

Malah itu bukan sebarang bunga.  Sebab dia tahu serba sedikit tentang bunga. Bunga yang dia dapat ini bukanlah bunga palsu tapi bunga betul. Malah sudah tentulah bunga ini mahal sebab ada kad berjenama di dalam bunga tersebut.

Kad tersebut di ambil.

To Eleena

You are very beautiful be like  princess and cute be like hmm Hamster? haha just joke. Can i meet with you? :))

M❤

Eleena terngaga membaca kad tersebut. 'M? Siapa M?' Soal Eleena di dalam hati.

Nama 'M' itu menjadi tanda tanya buatnya. Semakin musykil pula jadinya. Ke ini salah satu prank buatnya?

Untuk kali pertama di bekerja di syarikat ini. Inilah kali pertama dia mendapat bunga.

Bunga dari orang yang tak dikenalinya.

"Wahh! Dapat bunga." Tegur seseorang menyebabkan Eleena tersentak.

"Ish! Dia salah letak kot." Ujar Eleena lalu meletakkan semula bunga tersebut di meja.

Irah datang mendekati Eleena lalu mencapai bunga tersebut. Kad di ambil.

"For Eleena. E-L-E-E-N-A." kata Irah. Perkataan Eleena sengaja di eja satu persatu. Biar gadis di hadapannya ini sedar yang bunga ni untuknya.

"Err..Mungkin Eleena lain." Kata Eleena sambil menjongketkan kening.

"Nurul Eleena tiada nama orang lain selain awak di dalam syarikat saya ni." Ujar Irah sambil menggeleng.

Dia sendiri pelik. Eleena ni tak suka ke dengan bunga yang dia dapat? Orang lain berlonjak gembira dapat bunga dari secret admirer Tapi dia pula?

Susah betul nak faham kawannya yang sorang ni.

"Who 'M'? Tak gentle langsung. Tulis nama penuhkan senang!" Kata Eleena lalu mendegus.

"M? Em Minions? Mini Boy? Mail upin ipin? Minta maaflah i dont no." Kata Irah lalu tersenggih.

Dia pun da merapu bebukan. Sebenarnya dia paling lemah bab macam ni. Sedangkan kuiz di sekolah rendah dulu pun entah pape dia jawab. Inikan pula bagi clue M je? Memang dia akan melalut ke tempat lainlah jawabnya.

"Ish! Apa lah minions semua ni." Kata Eleena lalu menggeleng kecil.

Irah pula hanya mampu tersenggih.

"Err what everlah dari siapa pun." Kata Eleena lalu di letakkan bunga tersebut di atas almari kecil sebelah mejanya.

"Em untunglah orang tu kan." kata Irah lalu kakinya melangkah masuk ke dalam bilik pejabatnya.

"Untung apanya. Em lainlah kalau Ash yang kasik." Kata Eleena lalu tersenyum lebar.

Wajah Asyraf berlegar-legar di dalam fikirannya. Bila teringat sahaja wajah lelaki itu automatik berdebar-debar degup jantung Eleena.

'Makin lama makin ku rasa rindu makin lama. Makin tertarik padamu..Mungkin sajaa..Dia mencintaku..' Lagu Mungkin saja sudah bermain di dalam fikirannya.

Eleena menggeleng kecil. Haih pagi-pagi lagi dah teringat dekat Asyraf.

Ni da kategori angau da ni. Angau dengan lelaki yang bernama Tengku Asyraf bin Dato' Ariffin.

Tanpa Eleena sedar ada seseorang tak jauh darinya sedang memerhatikannya.

Lelaki itu memerhati setiap gerak geri Eleena yang sekejap-sekejap tersenggih. Sekejap-sekejap bernyanyi kecil dan kadang-kadang di letakkan kepalanya di atas meja.

Perlakuan Eleena mengundang tawa kecil dari lelaki tersebut.

"Nurul Eleena. Nice name!" Puji lelaki tersebut.

___________________________________

Pfftttt sis selalu rasa cite sis memang merepek gile. Jalan citer tunggang langgang.😑😑

Mrs Pickup LineWhere stories live. Discover now