MPL 21

4.7K 315 8
                                    

Masuk sahaja di dalam restoran tersebut. Asyraf dan Shah terus mengambil tempat kosong.

Selepas mengorder. Shah memulakan perbualan bagi memecahkan keheningan yang terjalin.

"Muka janganlah stress sangat. Small problem je tu." Ujar Shah bersahaja.

"Small problem kau kata? Kau senang ah! Ada Izah. Paksa kahwin esok pun tak apa kan?" Ujar Asyraf lalu membuang pandangan keluar tingkap.

"Jangan kata esok! Sekarang pun ana setuju." Seloroh Shah lalu ketawa.

Asyraf sekadar menghela nafas panjang. Makin serabut pula jadinya bila dia keluar dengan si Shah ni. Fikirkan boleh selesaikan masalah. Tapi sebaliknya.

Tak sampai beberapa minit. Seorang pelayan datang membawa makanan dan minuman yang di tempah oleh mereka tadi.

Selepas pelayan itu beredar. Shah memulakan perbualan yang terhenti tadi.

"Okey. Aku tahu kau serabut. Dont worry i will help you." Kata Shah lalu menghirup air jus applenya.

"Thanks." Ujar Asyraf bersahaja lalu turut menghirup air teh ais lemonnya.

"Kau nak perempuan yang macam mana?" Soal Shah tiba-tiba membuatkan Asyraf mengangkat wajahnya.

"Luaran ke? ataupun dalaman?" Soal Asyraf sambil menyuapkan nasi goreng cina ke dalam mulutnya.

"Luaran dulu." Jawab Shah.

Asyraf mengangguk sambil mengunyah nasi gorengnya.

"Luaran aku tak kisah sangat. Yang paling paling penting jangan seksi. Aku tak naklah dia tu jadi tatapan mata lelaki. Aku tak suka share barang aku." Ujar Asyraf penuh dengan makna yang tersirat.

Shah hanya mengangguk faham. Dia pun lelaki jadi dia faham sangat dengan keinginan Asyraf, Keinginan lelaki yang tak suka barang 'kesayangannya' di kongsi sesuka hati.

"Dalaman pula?" Soal Shah sambil memandang Asyraf yang sedar tadi asik mengunyah nasi goreng cinanya.

"Dalaman? Em. I dont to explain. Tapi aku nak dia tu jenis yang happy-go-lucky. Periang kalau boleh atau mungkin aku perlu kenal dia dulu." Ujar Asyraf dengan riak wajah yang tenang.

"Okey, Agak perfect jugalah pilihan kau ni." Kata Shah sambil mengangguk.

"Of course. Aku nak suri rumah yang perfect. Bukannya 'Bad'." Kata Asyraf bersahaja.

"Tapi.." Shah terdiam sekejap. Cuba menyusun ayat yang sesuai untuk di utarkan bagi tidak membuatkan Asyraf terasa dengan kata-katanya.

"Tapi apa?" Soal Asyraf.

"Em..Macam mana perasaan kau nanti?" Soal Shah membuatkan dahi Asyraf berkerut seribu.

"Perasaan apa?" Soalan Shah di balas dengan soalannya.

"Maksud aku. Cinta. Ya cinta. Kau pasti ke cinta tu akan hadir nanti?" Soal Shah membuatkan Asyraf terdiam.

"Cinta?" Soal Asyraf.

Shah mengangguk.

Asyraf hanya terdiam. Dia sendiri tidak pernah merasa perasaan cinta. Bagaimana dia ingin tahu rasa itu?

"Tapi aku rasa kau patut berkenalan dulu. At least kau ada calon sebelum hujung bulan ni." Kata Shah membuatkan hati Asyraf sedikit lega.

"Emm..Ba--" Belum sempat Asyraf menghabiskan kata-katanya.

"Shah!" Panggil seorang perempuan sambil melambaikan tangannya.

Shah memandang gerangan orang tersebut. Senyuman terukir di bibirnya.

"Aku rasa aku da jumpa calon bakal isteri yang sesuai untuk kau." Ujar Shah sambil matanya tak lekang dari melihat gadis tersebut.

Bibirnya juga tak lekang dari senyuman. Dia pasti seratus peratus Asyraf tak akan menolak mentah-mentah punyalah.

Asyraf mengerutkan dahinya. Dia benar-benar tak faham dengan apa yang di katakan oleh Shah.

Lalu kepalanya di pusingkan melihat orang yang sedang kawanya perhatikan sedari tadi.
____________________________________

Huh! Makin hambar.😑


Mrs Pickup LineWhere stories live. Discover now