MPL 40

4.8K 333 19
                                    

Masuk sahaja ke dalam bilik. Mata Eleena terus tertacap pada Asyraf yang sedang membetulkan tali lehernya.

Eleena terus datang menghampiri Asyraf lalu ingin membetulkan tali leher Asyraf tapi Asyraf menepis lembut tangan Eleena.

"Tak perlu. Aku boleh buat sendiri." kata Asyraf dingin lalu keluar dari bilik tersebut.

Eleena mengeluh kecil.

"Ni ke erti perkahwinan kita? Kalau begini aku lebih sanggup kita berkawan." kata Eleena sendirian.

Asyraf yang berada di luar bilik mengeluh kecil. Bukan dia tak dengar apa yang dikatakan oleh Eleena. Dengar sangat. Tapi dia tak sanggup nak lukai Eleena. Dia perlukan sedikit masa untuk semua ini.
___

"Eh Asyraf? Pergi kerja ke hari ini?" soal Encik Esyam.

Asyraf melabuhkan punggung di atas kerusi seraya itu mengagguk.

"Ada hal sikitlah kat pejabat tu uncle." kata Asyraf lalu membetulkan duduknya.

"Apa pula uncle. Papa da lah. Kan kita da jadi satu family." tegur Puan Esha yang baru keluar dari dapur bersama pinggan yang berisi roti bakar.

Asyraf sekadar tersenyum.

Eleena yang baru datang terus duduk di kerusi berhadapan Asyraf.

"Haa El? Nak pergi mana ni? Bukan El cuti ke hari ini? Ni, Asyraf tahu tak? Dia ni da jadi suami kamu. Jadi apa-apa hal nak keluar semua kena minta izin dengan dia tau." nasihat Puan Esha panjang lebar.

"Er. El nak pergi pejabat jap. Amik barang. El da bagitahu Asyraf da tadi kat atas. Em okeylah Mama, Papa. El tak leh lama ni." kata Eleena lalu bagun dari kerusi.

Tangan Puan Esha dan Encik Esyam di salam lalu cepat-cepat Eleena ingin berlalu dari situ tapi di tahan oleh Encik Esyam.

"Asyraf El tak salam ke?" soal Encik Esyam.

Eleena memandang Asyraf yang hanya beriak tenang.

"Err. El da lambat. Bye!" kata Eleena lalu laju berlari meninggalkan dapur tersebut.

"Eleena! Bertuah punya anak!" jerit Puan Esha sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Eh Ma. Sebenarnya El da salam Asyraf tadi kat atas." kata Asyraf.

"Apa salahnya kalau salam dua kali pun." rungut Puan Esha tak puas hati.

"Mungkin dia malulah tu. Alaa biarlah. Nanti lama-lama biasalah dia tu." kata Encik Esyam lalu menghirup air kopinya.
_____

Eleena teragak-agak ingin masuk ke dalam pejabat. Yelah Irah tak benarkan dia berkerja selama seminggu. Katanya pegantin baru kena duduk rumah teman suami.

Tapi suami pun pergi kerja. Jadi tak ada benda nak di buat jadi Eleena pun datanglah kat pejabat
Eleena menghela nafas panjang sebelum masuk ke dalam bangunan tersebut.

Sampai sahaja di hadapan pintu bilik Irah. Eleena terus menerjah masuk.

"Hai Ir--" kata-kata Eleena terhenti saat ternampak seorang lelaki yang berada di kerusi menunggu.

"Maaf. Saya ganggu ke Cik Irah?" soal Eleena menggunakan panggilan formal.

"Tepat pada masanya. Thanks ya Cik Irah. I hargainya." kata Mikael lalu tersenyum memandang Eleena.

Eleena pula sekadar tersenyum kekok. Tak faham dengan situasi yang berlaku.

"Ha El. Bukankah awak cuti?" soal Irah tenang.

"Err. Memang. Tapi saya nak jumpa Cik Irah. Tu sebab saya datang." kata Eleena.

"Oh never mind. Next time jelah awak jumpa saya. Sekarang bukan waktu awak berkerja jadi saya ada meeting lepas ni." kata Irah senada.

"Maaf kalau saya mengang--" belum sempat Eleena menghambiskan kata-katanya seseorang sudah memotong.

"Maafkan saya ya Cik Irah. Awak kata bukan masa dia berkerjakan? Jadi saya bawak dia keluar ya?" kata Mikael lalu memegang lenggan Eleena yang berlapik dengan lenggan baju.

"Up to you. I dont care." kata Irah seraya itu mula menyibukkan diri.

"Ta--" Eleena baru nak buka mulut. Tetapi terasa tangannya di tarik oleh seseorang membuatkan dia terus mengikut langkah orang tersebut.
___________________________________

Tak jadi nak unpublish bila ramai sangat komen tak bagi unpublish. Yelaa I tak unpublish ya tapi promise korang kena support story ni. Bagi semangat sikit dekat sis yang nak kecundang dalam karya penulisan ni.😭😭

Mrs Pickup LineWhere stories live. Discover now