MPL 15

4.8K 358 12
                                    

Asyraf memandang pelik screen telefonnya. Siapa pula menelefonnya malam-malam macam ni? Tak tahu ke dia tengah stress?!

Setelah berkira-kira mahu mengangkat panggilan itu ke tak. Akhirnya, dia membuat keputusan untuk angkat sahaja panggilan tersebut.

Angkat sahaja panggilan tersebut "Awakkk!" Terjerit suara seseorang di hujung talian menyebabkan Asyraf menjarakkan sedikit telefon dengan telinganya.

"Siapa ni?" Soal Asyraf.

Diam.

"Hello!" Sapa Asyraf sedikit kuat.

Diam.

"Kalau tak nak cakap. Aku Tutuplah." Ugut Asyraf.

Belum sempat lagi Asyraf hendak menekan warna merah di screennya.

"Eh jangan!" kedengaran suara di hujung talian awal-awal lagi sudah membantutkan niatnya.

"Okey." Balas Asyraf sepatah.

"Em..Tak save number sayalah tu." Kata seseorang di hujung talian. Ada nada merajuk dalam percakapannya.

"Kalau tak save pun. Tak membawa apa-apa kerugian pada saya pun." Ujar Asyraf bersahaja.

Kedengaran keluhan kecil di hujung talian.

"Ya i know." Balas orang yang berada di hujung talian.

"Apa yang kau tahu?" Soal Asyraf.

"Saya tahu bahawasanya saya amat menyukai awak." Jawapan dari gadis itu membuatkan Asyraf terdiam.

Asyraf tahu satu benda bahawasanya hanya ada sorang gadis sahaja yang bagi ayat kalahkan gula, pickup line yang awesome, luahan perasaan yang sering di perkatakan.

Siapa lagi kalau bukan Nurul Eleena binti Esyam. Masih dia ingat nama penuh gadis itu. Mana mungkin dia lupa. Dialah yang memaksa gadis itu untuk memberitahu nama penuh.

Sampai gelabah gadis itu di buatnya. Itulah yang telah mencuit hati lelaki yang bernama Tengku Asyraf bin Dato' Ariffin.

"Awakk!!" Jerit Eleena dihujung talian menyetakkan lamunan Asyraf.

"Pehal?" Soal Asyraf senada.

"Ish!" Eleena mengeluh kecil di hujung talian.

Dia pun pelik dengan sifat Asyraf yang tidak pernah dapat di jangka. Kadang kala baik, kadang kala caring, kadang kala dingin dan macam-macamlah.

Itulah sebab Eleena meletakkan Asyraf ni kategori pelik dan menjengkelkan. Sebab tak pernah faham betul dengan perangai yang di tonjolkan.

Diam.

Bila suasana jadi diam buat ketika. Eleena melepaskan keluhan kecil.

"Awakkkk..." Panggil Eleena dengan suara yang meleret dan lunak.

"Em." Balas Asyraf membuatkan Eleena mengukirkan senyuman segaris.

Sekurang-kurangnya eloklah juga Asyraf jawab macam tu daripada tadi ayat yang boleh buat orang terasa hati je.

"Awak tahu tak apa beza awak dengan burung?" Soal Eleena ceria.

'Dia da mula da.' Desis hati Asyraf. Dia memang tak suka dengan pickup line.

Baginya itu ayat untuk mengayat sahaja dan bukannya lahir dari hati yang suci murni. Ceh!

Dia beranggapan juga yang Eleena mungkin terpengaruh dengan trend sekarang. Iaitu pickup line.

Namun dia tak nafikan, Setiap kali Eleena membuatkan pickup line hatinya bagai jatuh merundum.

Cair dengan kata manisnya.

"Awak tahu tak?" Soal Eleena bila Asyraf hanya berdiamkan diri.

"Tak." Jawab Asyraf malas.

"Burung berterbangan di langit. Tapi awak berterbangan di dalam hati dan fikiran saya. Itulah sebab fikiran saya asik terbayangkan awak dan hati saya asik menyayangi awak." Kata Eleena penuh dengan perasaan.

Mungkin sedang mendalami ayat pickup linenya.

Asyraf terasa teruja. Namun bila perasan kehadiran keterujaan itu. Pantas dia menggeleng kecil bagi menghilangkan rasa yang kurang enak tu.

Otaknya laju mencerna dan menyusun ayat yang sesuai untuk di balas.

"Oh tak sangka pula kau bezakan aku dengan burung dan untuk pengetahuan kau. Aku manusia okey, bukan burung." Balas Asyraf.

"Ya i know my future husband! Ops! Bye! I love you!" Ujar Eleena lalu mematikan talian.

Eleena melihat screen telefonnya sebelum menghela nafas panjang. Dia merebahkan diri di atas katil.

Belum sempat Asyraf nak buka mulut panggilan sudah di matikan. Di lihat screen telefonnya lama sebelum dia meraup wajahnya.

Kesal!

___________________________________

Im so sorry cause late update.😭

Thank you untuk you all yang setia menunggu sis update. Im very happy. Nak nangis!
Huwaaaaaaa😭💕

Mrs Pickup LineWhere stories live. Discover now