MPL 34

4.6K 465 23
                                    

Eleena gugup. Di pandang kasut yang berada di hadapan rumahnya itu dengan pandangan yang sukar di tafsirkan.

Gelisah, gugup, takut, risau semua menjadi satu.

Setelah lama Eleena terkaku di situ. Akhirnya dia memutuskan untuk masuk sahaja ke dalam rumah.

Lagipun apa yang nak di takut. Inikan rumahnya bukan rumah orang lain.

Baru sahaja beberapa tapak kedengaran suara orang gelak ketawa di ruang tamu. Nampak seperti ramai.

Eleena memusingkan badannya. Dia perlu patah balik semula.

"E..ehem!" Hasratnya terhenti saat terdengar orang berdehem. Dengan perlahan-lahan Eleena menoleh.

Kelihat Asyraf sedang berdiri tegak sambil tersenyum sinis. Eleena sekadar tersenggih seperti kerang busuk.

Jalan mati. Memang dia tak boleh nak patah balik walau macam mana pun.

"Nak pergi mana sayang?" soalnya dengan nada yang lunak.

Eleena tersenggih sambil menggeleng.

"Tak pergi manapun." jawab Eleena.

"Oh baguslah. Meh saya nak kenalkan awak dengan mak mertua awak." kata Asyraf dengan senyuman meleret.

Eleena pula bagaikan di awangan bila Asyraf berlembut dengannya. Dengar sahaja arahan dari suara lembut milik Asyraf itu automatik kakinya bergerak dengan sendiri.

Sedar-sedar sahaja Eleena kini sudah berada di hadapan keluarganya dan keluarga Asyraf.

Eleena sekadar mengukirkan senyuman kepada firgura di situ. Namun saat matanya tertacap pada abangnya, Ezri sudah tersenyum nakal.

Eleena sekadar membalasnya dengan roll eyes. Menyampah!

"El. Kenalkan ni Mama dan Papa saya." kata Asyraf lalu tersenyum.

Eleena tersenyum dalam kepelikkan. Yelah pelik dari tadi Asyraf layan dia baik-baik. Macam bukan Asyraf pun ada. Namun bila tersedar yang ibu bapa Asyraf ada di hadapannya.

Pantas Eleena bersalam.

"Cantik betul menantu Mama ye Raf. Pandai pilih." puji Datin Haminah.

Apa lagi kembang kepislah hidung Eleena bila kena puji. Manakala Puan Esha pula sudah mengukirkan senyuman bangga.

Yela mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Ye dok?

"Haa El, Pergi buatkan air untuk Asyraf. Dia baru datang tu." arah Encik Esyam.

Eleena sudah mengangguk dan meminta diri ke dapur. Asyraf pula mengambil kesempatan ini untuk mengekori Eleena.

"Nak air apa?" soal Eleena saat mereka sudah ke dapur.

Bukan Eleena tak tahu yang Asyraf mengekorinya ke dapur tadi. Sahaja je dia buat tak tahu.

"Milo." jawab Asyraf sepatah lalu menarik kerusi dan duduk di meja dapur itu.

"Okey." Eleena mula membancuh air milo tersebut.

"Nyah." Eleena menghulurkan secawan air milo kepada Asyraf dan secawan lagi di teguknya.

Asyraf mengambil dan meminum air tersebut.

'Sedap juga.' puji Asyraf dalam hati.

"Sedap?" Soal Eleena.

"Hm. Bolehlah." kata Asyraf acuh tak acuh. Padahal dalam hati punyalah puji sampai ke bintang.

Namun apa yang keluar dari mulut lain pula dengan dalam hati itu.

Ego!

"Awak suka milo tak?" soal Eleena sambil menongkat dagu menggunakan tangannya.

"Suka." jawab Asyraf sepatah lalu menghirup semula airnya.

"Ohhh." Eleena mengangguk tanda mengerti.

"Kau suka?" Soal Asyraf.

Eleena mengangkat wajahnya.

"Hm suka. Tapi bukan milo ni." kata Eleena membuatkan dahi Asyraf berkerut.

"Habis milo apa?" soal Asyraf ingin tahu. Setahu dia jenama 'milo' ni satu jelah dalam dunia ni. Mana ada milo lain?

"(Milo) MeLove you." kata Eleena lalu tersenyum-senyum.

Asyraf sudah menggeleng. Eleena tak habis-habis membuatkan hatinya terusik.

'Ya, Love you to.' ujarnya di dalam hati.

___________________________________

Mana comments? Mana vote? Mana readers? 😵😵

Makin hari makin hambar da cerita ni.😩😩

#HilangSemangat😿

Mrs Pickup LineWhere stories live. Discover now