MPL 32

4.5K 304 10
                                    

Eleena berjalan menuju ke kereta. Namun langkahnya tiba-tiba berhenti bila ternampak figura yang sangat di kenalinya.

"Ash? Apa dia buat kat sini?" soal Eleena sendirian.

Asyraf yang sedang bersandar di kereta Eleena sambil menundukkan wajahnya mengangkat dan berpaling memandang Eleena. Senyuman meleret di hadiahkan.

Eleena menelan air liur berkali-kali. Entah kenapa gemuruh yang bukan kepalang menyerbu dirinya. Dengan keberanian yang sedia ada Eleena melangkah jua ke arah keretanya.

"Asal lambat balik?" Soal Asyraf lembut.

"Err..Kunci tertinggal kat atas." kata Eleena lalu tersenggih.

Asyraf sekadar mengangguk.

"Esok aku datang rumah kau. Hantar rombongan meminang." ujarnya bersahaja.

Melopong mulut Eleena saat terdengar 'meminang'.

"What?!" soal Eleena sedikit menjerit.

Asyraf masih dengan wajah selamba badaknya.

"Itu je aku nak bagitahu. Okey! See you tomorrow." kata Asyraf lalu menghilang dari pandangan Eleena.

"Gila!" gumam Eleena lalu memboloskan dirinya ke dalam kereta.

"Assalammualaikum!" kendengaran suara Eleena di luar.

Puan Esha yang sedang ralit menonton televisyen berlari anak menuju ke pintu untuk menyambut anak perempuan yang sorang tu.

Encik Esham yang sedang duduk di sofa hanya menggeleng. Manakala Ezri sudah mencebik.

"Anak manja!" kata Ezri kepada Eleena yang sedang menuju ke arah mereka bersama Puan Esha.

"Alaa biarlah." kata Eleena lalu menjelirkan lidahnya.

"Ish apa ni Ez. Menyakat adik pula." tegur Puan Esha menyebabkan Eleena tersenyum kemenangan.

"Werk!" Eleena menjelirkan lidahnya.

Encik Esyam sekadar menggeleng.

"Ha El. Macam mana kerja kat situ semua okey?" Soal Encik Esyam.

"Best!" kata Eleena sambil membuat thumbs up.

"Semua okey. Kerja okey, Bos okey, Staff okey, Ash okey." kata Eleena. Tanpa sedar di tersebut sekali nama Ash.

"Ash? Siapa Ash?" Soal Puan Esha.

Eleena tersenyum kambing.

Kantoi!

"Err..Ash? Siapa tu? El ada sebut ke?" Soal Eleena buat-buat tak tahu. Padahal dia yang bocor rahsia tadi.

"Haaa! Ada pakwe! Kantoi!" kata Ezri lalu jari telunjuknya di tunjukkan sambil di angkatkan ke atas dan kebawah.

"Ish mana ada!" kata Eleena lalu bantal di sebelahnya di baling ke arah Ezri.

Namun Ezri cekap menangkap bantal tersebut.

"Cuba jujur dengan Papa siapa Ash?" Soal Encik Esyam.

Eleena sudah mengetap bibirnya. Dalam hatinya sudah bercelaru mahu jujur ataupun tipu.

Kini 6 biji mata sedang memandangnya.

"Eer..." Eleena sedikit teragak-agak ingin memberi tahu.

"Papa nak El jujur ke bohong?" Soal Eleena.

Encik Esyam menghela nafas panjang.

"Kalau papa pilih bohong?" Soal Encik Esyam. Melayankan sahaja kerenah anaknya itu.

"Ash tu perempuan. Dia just kawan El. El tak suka dia pun." kata Eleena memberitahu perkara bohong.

Ezri tersenyum meleret.

"Mananya kalau jujur. Ash tu lelaki. Dia pakwe El. El suka dia. Kan?" Soal Ezri lalu tersenyum nakal.

Beronar merah wajah Eleena. Habislah pekung sendiri sudah di buka.

Wajah Encik Esyam sekadar beriak tenang. Baginya itu sesuatu yang bagus. Kerana anak perempuannya itu memang patut pun kahwin dengan umurnya yang sekarang sangat sesuai.

"Bila dia nak masuk meminang El?" Soal Puan Esha.

"Eer..esok." jawab Eleena perlahan namun dapat di dengari mereka bertiga.

Encik Esyam dan Puan Esha langsung tak terkejut. Mereka sekadar mengangguk.

"Wow! Patutlah dari tadi abang baru nasi minyak. Rupanya." Ezri sudah tersenyum nakal. Suka benar menyakat adiknya itu.

"Haa yang kamu ni Ez. Asik nak kata adik kamu je. Kamu tuh bila nak kahwin? Umur da 27 tahun depan da 28. Jangan kata nasi minyak. Batang hidung menantu pun tak nampak lagi." perli Puan Esha.

Ezri sudah masam mencuka bila bab kahwin di kaitkan dengannya.

Eleena pula sudah menyembunyikan gelaknya. Geli hatinya melihat perilaku Ezri yang seperti cacing kepanasan bila kena bebel bab kahwin

___________________________________

Promote!

Ego tapi cinta eyzaismail

Mrs Pickup LineМесто, где живут истории. Откройте их для себя