MPL 23

4.7K 365 34
                                    

Asyraf melihat pantai yang terbentang luas di hadapannya. Warna langit mula keorenan. Matahari pula makin lama makin tengelam.

Seperti hatinya sekarang. Tengelam dengan tawa riang gadis yang bernama Eleena.

Wajah Eleena masih terngiang-ngiang di fikirannya.

Bila dia melihat wajah Eleena dia rasa macam tenang sangat. Setenang air laut yang ada dihadapannya sekarang.

Angin yang menyapa lembut tubuhnya membuatkan dirinya berasa selesa. Begitu juga bila dia berada dekat dengan Eleena. Sangat selesa.

Apa perasaan yang dia tengah alami sekarang ni? Tiba-tiba Asyraf tertawa kecil. Kejadian tadi terimbau balik di ingatanya.

"Wah! Asyraf pergi sekali ke?" Soal Eleena terlebih teruja.

"Of courselah pergi! Kan Asyraf?" Soal Shah lalu mengeyitkan mata kepada Asyraf.

Asyraf sekadar mengangguk.

"Jadi? Konfom ea El?" Soal Shah.

Eleena mengangguk berkali-kali. Shah pula sudah tersenyum memandang Asyraf.

"Ha kejap tau! Aku nak call buah hati aku jap. Korang berbuallah dulu." Kata Shah dan terus menghilang diri dari pandangan mereka.

"Happynya kau." Kata Asyraf tanpa memandang wajah Eleena.

"Of courselah! Sebab saya memang suka tengok wayang. Nak-nak lagi awakkan ada." Kata Eleena membuatkan Asyraf memandangnya.

"Jangan happy sangat." Kata Asyraf mengundang tawa Eleena.

Asyraf mengerutkan dahinya. Wajah Eleena di tatap penuh kehairanan.

"Asal gelak?" Soal Asyraf.

Eleena masih gelak. Membuatkan Asyraf semakin keliru.

"Cakaplah! Apasal gelak!" Gesa Asyraf.

Eleena mengerling Asyraf. Tawanya terhenti. Nafas di tarik dan di hembuskan perlahan-lahan.

"Nak tahu kenapa?" Soal Eleena.

"Haa kenapa?" Soal Asyraf ingin tahu.

"Sebab..." Eleena mendekatkan dirinya dengan Asyraf.

"I love you!" Kata Eleena lalu mencuit hidung Asyraf.

"Comel!" Kata Eleena lalu ketawa.

Asyraf terkaku. Wajah Eleena yang sedang ketawa itu di tenung. Pandai sungguh gadis di hadapannya ini mempermainkannya.

Sungguh tak di sangka. Gadis di hadapannya ini juga licik orangnya.

Tawanya terhenti tapi senyuman tak lekang dari bibirnya.

"Comellah muka awak. Em..Macam..." Eleena meletakkan jari telunjuknya di dagu. Seolah-olah berfikir.

"Macam apa?" Soal Asyraf lalu mendekatkan wajahnya dengan Eleena. Kali ini Eleena pula terkaku dan terdiam membuatkan Asyraf menyembunyikan senyuman.

"Macam apa sayang?" Soal Asyraf penuh dengan nada yang romantik membuatkan Eleena memejamkan matanya.

Eleena menggelengkan kepalanya.

Asyraf hendak ketawa tapi di tahan.

"Rilex. Pejam je mata. Jangan buka. Kalau kau buka juga aku akan cium." Ugut Asyraf membuatkan mata Eleena makin terpejam.

Asyraf sudah tersenyum.

"Rilex. Jangan nak berkerut muka. Buat macam kau tidur. Tenang je." Arah Asyraf.

Eleena buat apa yang di katakan oleh Asyraf. Takut kalau dia tak turuti nanti Asyraf buat bukan-bukan pula.

"Good!" Puji Asyraf.

Matanya ralit melihat setiap inci wajah Eleena. Dari kening turun ke mata turun ke bulu mata turun ke hidung yang sedikit mancung dan turut pula kat bibir.

Saat itu berkocak hati Asyraf melihat bibir Eleena. Tergugat sungguh nafsu kelakiannya.

Namun cepat-cepat di tolak jauh. Dahi Eleena di tepuk menyebabkan Eleena membuka matanya.

Berkerut dahinya. "Awak tepuk dahi saya kenapa?!" Marah Eleena lalu memukul lengan Asyraf menyebabkan tawa Asyraf terhambur.

Bush!

Asyraf tersedar dari lamunannya saat air ombak menyapa  kakinya.

Kini tiada lagi matahari. Langit pula sudah menjadi gelap. Yang tinggal hanya bintang yang ingin munculkan diri sebentar sahaja lagi.

Asyraf menggeleng kecil dengan senyuman terukir di bibir. Kakinya terus melangkah meninggalkan pantai tersebut.
___________________________________

Okey, Da sampai bab 23 da. So macam mana? Dari chapter 1 smpai chapter 23 ni? Okey? Best? Or Sangat best?

Commentslah sis nak tahu juga story sis ni macam mana.😇

Mrs Pickup LineWhere stories live. Discover now