MPL 35

4.6K 365 8
                                    

Eleena sudah berpeluk tubuh sambil memuncung. Asyraf pula tenang sahaja memandu.

"Potong bibir tu kang. Muncung da kalahkan itik tahu dak?" Kata Asyraf lalu mengerling ke arah Eleena.

"Biarlah." kata Eleena sepatah.

Dia sebenarnya merajuk sebab tak dapat Cheese Cakenya tadi. Alasan Asyraf nak cepat nak beli cincin. Macam satu pula kedai cincin dalam dunia ni.

"Kau merajuk eh?" Soal Asyraf lalu mengerling ke arah Eleena.

"Malas nak layan awak." kata Eleena lalu berpaling ke arah pintu dan menutup mata.

'Tidur lagi bagus.' gumamnya di dalam hati.

Asyraf pula sekadar menggeleng. Tangannya sebelah kiri memegang streng kereta manakala sebelah lagi menyentuh dahinya.

Kadang-kadang dia sendiri tak faham tentang layanannya terhadap Eleena yang sentiasa berubah-ubah.

Stereng kereta di pusing ke arah kanan. Sepatutnya ke arah kiri untuk masuk ke dalam parking bawah tanah. Namun di batalkan niatnya.

Ada misi dia perlu jalankan.

"Oi! Bagunlah!" suara Asyraf sedikit meninggi.

Eleena menggosok matanya dengan terpisat-pisat.

Bila matanya terbuka luas. Rupanya pintunya telah di buka sedari tadi dan Asyraf sudah berdiri tegak di luar pintu.

Eleena memandang Asyraf dengan mata yang terkebil-kebil. Mungkin masih blurr.

Asyraf menghela nafas panjang.

"Keluarlah Tuan Puteri." kata Asyraf lalu memberi sedikit ruang untuk Eleena keluar dari perut kereta itu.

Eleena hanya menurut. Di pandang sekeliling.

"Eh." Eleena sedikit pelik. Sepatutnya dia kini berada di kedai cincin. Tapi yang peliknya kini dia berada di hadapan cafe.

"Da jom." kata Asyraf menyentak lamunan Eleena.

Eleena sekadar berdiam diri dan mengikut langkah Asyraf. Masuk sahaja di dalam cafe tersebut. Haruman kek, muffin, donut, dan pelbagai dessert menyapa rongga hidung Eleena.

Sedar-sedar je dia kini sudah berada di meja makan.

"Cheese cake 1. Teh ais lemon 2." kata Asyraf membuatkan Eleena mendongak memandang Asyraf.

"Kenapa kita ke sini?" Soal Eleena setelah pelayan itu pergi dari situ.

"Sebab kaulah." kata Asyraf sepatah membuatkan Eleena terdiam dan cuba mencerna kata-kata Asyraf

"Sebab saya?" soal Eleena.

"Diam, tak nak cakap, memuncung, tunjuk protes merajuk semuanya semata-mata tak dapat cheese cake. Then aku rasa tempat ni mampu buatkan semua benda tu hilang dalam sekelip mata." kata Asyraf tanpa memandang wajah Eleena.

Eleena terdiam. Namun hatinya betul-betul terharu dengan kelakuan Asyraf.

Tack.

Eleena tersentak dari lamunannya apabila pelayan itu meletakkan sepinggan cheese cake di hadapan Eleena.

Air liurnya mula nak meleleh namun di tahan. Laju tangannya mencapai garfu dan sudu lalu di di potong kek tersebut menjadi serpihan kecil lalu di sua ke dalam mulut.

Penuh berselera Eleena makan sampai tak perasan Asyraf asik memandangnya.

'Misi complate.' bisik hati kecil Asyraf. Senang hatinya bila melihat Eleena makan penuh berselera.

Dia tahu bertanpa gembira gadis itu dapat makanan yang diidamkan sedari tadi.

"Sedap?" soal Asyraf.

Eleena menghabiskan serpihan kek yang tinggal.

"Sedap." kata Eleena dengan kek penuh di dalam mulut sambil mengangguk.

Asyraf menggeleng kecil.

"Kunyah dulu sampai habis." arah Asyraf.

Setelah kek tersebut habis dikunyah Eleena menyedut minumannya pula.

"Terima kasih. Sedap sangat." kata Eleena lalu tersenyum gembira.

Asyraf pula sekadar memberi pandangan mendatar lalu menyedut minumannya.

"Da jom. Cincin tak cari lagi." kata Asyraf lalu bangun meninggalkan Eleena.

Eleena tersenyum.

"Eleyh. Muka je dingin tapi hati selembut kapas." kata Eleena lalu mengatur langkah mengikut Asyraf.

___________________________________

Hollaaaa..

Firstly, Sorry late update. Mood mengarang tak ada bape hari ni. Hari ni barulah ada mood nak mengarang.😹

Anyway, Sis ada publish citer baru. Jemputlah baca😚 Baru publish tadi🙈 Bolehlah tengok kat profile sis ye😹

Okey byeeeee😚💕

Mrs Pickup LineWhere stories live. Discover now