MPL 50

4.4K 241 3
                                    

"Happy birthday sayang. May god bless you always." kata Asyraf lalu mencium dahi Eleena.

Saat bibir Asyraf menidih dahi Eleena. Eleena mula memejamkan matanya.

"Sorry sayang." kata Asyraf selepas mencium dahi Eleena.

"Shhh!" Eleena meletakkan jari telunjuknya di bibir Asyraf sambil menggeleng.

"Thanks for everything." kata Eleena sambil memandang Asyraf.

"Sayang tahu?" soal Asyraf tiba-tiba.

"Tahu apa?" soal Eleena lalu memandang wajah Asyraf yang sangat dekat dengannya.

"Baru abang tahu. Yang bidadari syurga wujud. Buktinya? ni, depan abang." kata Asyraf lalu tersenyum manis.

Eleena tersenyum lalu menggeleng.

Flashback.

"Eh kenapa berhenti ni bu--" Kata-kata Izah terhenti apabila melihat figura yang berada di hadapannya sekarang ini.

Serta merta air mata Eleena jatuh saat ternampak. Asyraf bersama seorang perempuan dan orang yang dia langgar tadi adalah Asyraf.

Eleena terus berpaling dan berlalu dari situ. Dia tak betah nak tunggu lama-lama di situ. Hatinya sakit. Sakit melihat Asyraf bersama orang lain.

Izah dah tergamam.

"Asyraf? Apa ni?" soal Izah lalu memegang dahinya.

"I can explain." Kata perempuan yang berada di sebelah Asyraf.

"Asyraf. Kau pergi cari Eleena. Isteri kau tu." Kata perempuan itu siap memberi isyarat mata supaya Asyraf mengejar Eleena.

"Thanks Farah." kata Asyraf seraya itu mengejar langkah Eleena.

Eleena berjalan laju dengan air mata yang mengalir lebat di pipi. Dia sendiri tidak tahu dia ingin ke mana. Yang pasti dia ingin pergi jauh. Jauh dari Asyraf!

"Sayang!" panggil Asyraf yang sedang mengejar langkah Eleena.

Eleena tanpa menoleh kebelakang terus berjalan laju. Tak mahu melihat wajah lelaki itu.

"Sayang! I can explain. Awak da salah faham ni." ujar Asyraf lalu mengeluh.

"Leave me alone!" kata Eleena lalu berjalan lagi laju.

Tanpa dia perasan ada kereta yang sedang laju ke arahnya.

"Sayang!!" panggil Asyraf.

"Kan a--" belum sempat Eleena menyambung kata-katanya.

Pinnn!!

Bunyi hon kereta yang kuat dan laju ke arahnya menyebabkan Eleena terkaku di situ.

Bushh!

Eleena memejamkan matanya saat terasa tubuhnya di tolak.

Dengan perlahan-lahan Eleena membuka matanya saat terasa ada hembusan nafas di wajahnya.

"Haihh." Kedengaran keluhan kecil dari Asyraf sebelum dia bangun dari menindih badan Eleena.

Eleena terdiam saat ternampak ada darah mengalir di dahi Asyraf. Rasa sebersalah mula menyelubungi dirinya.

Tanpa membuang masa Asyraf terus menarik tangan Eleena untuk mengikut langkahnya.

Eleena terdiam seribu bahasa. Kakinya tetap juga melangkah mengikut Asyraf.

Asyraf membawa Eleena ke parking bawah tanah di Cafe tadi.

Sampai sahaja di hadapan kereta Honda Civic berwarna merah. Eleena sudah mengerutkan dahinya. Ini bukan kereta Asyraf.

Asyraf menolak lembut tubuh Eleena ke pintu belakang kereta tersebut.

"Buka." Arah Asyraf dingin.

Eleena mengikut arahan Asyraf dengan membuka pintu belakang kereta tersebut.

Buka sahaja pintu kereta tersebut.

Terdapat teddy bear besar berwarna merah jambu dan sebuah kotak hadiah besar di kaki teddy bear tersebut.

Di tangan teddy bear tu pula terdapat kad besar tertulis

HAPPY BIRTHDAY SAYANG ❤️

From,
Your lovely husband💕

Eleena tergamam.

Dia memandang Asyraf. Asyraf sudah menunduk sambil menolak rambut depannya ke belakang.

"Sorry. Abang ingatkan nak bawak kereta ni balik. Nak surprise kat sayang. Tapi sayang dah bagi surprise kat abang dulu. Abang tak boleh imagine kalau tadi. Haih. Anyway, perempuan tu, sepupu abang dari australia. Dia baru sampai dua hari lepas dan abang yang minta dia settelkan beli kereta, teddy bear dan hadiah tu. Abang tak sempat sayang nak beli tu semua. Lagi pula abang tak nak sayang syak apa-apa. A--" kata-kata Asyraf terhenti saat jari telunjuk Eleena mengena di bibir Asyraf.

Eleena menggeleng sambil menanggis lalu memeluk tubuh suaminya itu.

"Sayang." Panggil Asyraf lalu membalas pelukkan Eleena.

"Im so sorry." kata Eleena sambil menanggis.

"No sayang. Salah abang sebab--"

"No! Stop talking." kata Eleena masih di dalam pelukkan Asyraf.

Asyraf menolak lembut tubuh Eleena lalu mengesat air mata Eleena.

"Happy birthday sayang. May god bless you always." kata Asyraf lalu mencium dahi Eleena.

End Flashback.

______

Lol, Rancang lain. Tulis lain. Inilah manusia. huhu.😂

Mrs Pickup LineDonde viven las historias. Descúbrelo ahora