Part 1

65.6K 1K 8
                                    

Mata yang penuh sinaran memandang tepat pada wajah Wanita berusia 50-an dihadapannya. Sambil tangannya sibuk mengurut, gadis berusia 17 tahun itu memanggil Wanita dihadapannya. "Mak Long...". Terdengar suara lembut anak saudaranya itu, dia pun menyahut panggilan tersebut "Ya sayang?".

Dengan perasaan gementar dia bertanya, "Kalau Sya nak kerja...boleh ke?".

"Kerja? Tak perlulah. Sya muda lagi, Sya belajar je biar Mak Long cari duit." Jawab emak saudaranya itu sambil mengusap – usap rambut Hasya.

"Tapi...Sya kesian tengok Mak Long. Kalau Sya kerja sekurang – kurangkan Sya dapat tanggung sendiri perbelanjaan sekolah." Rayu Hasya sebolehnya. Dia tidak sanggup melihat Mak Long bekerja mencari rezeki untuk menampung hidup mereka.

Mak Long memegang tangan Sya dan menggenggam erat, "Tak apa, Sya. Mak Long diamanahkan oleh arwah emak kamu untuk jaga kamu sebaiknya. Ini tanggungjawab Mak Long." Kata Mak Long kepada Hasya. Mak Long telah berjanji dengan Arwah emak Hasya bahawa dia akan menjaga segala makan minum Hasya.

Hasya menahan air matanya "Tapi-" belum sempat dia menghabiskan kata – kata, Mak Long mengesat air matanya, "Tak apa. Mak Long sihat je." Mak Long menarik kakinya yang sedang diurut Hasya "Kaki Mak Long dah tak sakit. Hasya pergilah belajar."

Lantas Hasya bangun dan membawa minyak angin yang digunakannya tadi bersama. Hasya terus melangkah masuk ke dalam biliknya. Rumah Mak Long tidaklah besar tetapi mereka masih bersyukur kerana mempunyai tempat untuk berteduh.

Semasa Hasya berada di dalam bilik, matanya tterlihat sebuah bingkai gambar di atas meja. Gambar itu ditenung lama dan dipeluknya erat "Emak, Sya rindu Emak..."

***

"Abang nak ke mana?" tanya Siti Rasnah sambil melihat sebuah beg besar yang dipegang oleh suaminya. Sejak dua menjak ini suaminya sering berkelakuan pelik dan gelisah.

Suaminya, Zulhazry meluru kearahnya sambil menunding jari telunjuk ke muka Siti Rasnah, "Kau jangan sibuk hal aku ! Kalau samseng – samseng tu cari aku, kau cakap je aku dah mati!" kata Zulhazry kepada isterinya dengan kasar.

"Apa abang cakap ni? Sanggup abang tinggalkan saya dengan Hasya? Mana tanggungjawab abang sebagai seorang suami dan ayah?" Siti Rasnah meninggikan nada suaranya.

Pang !!

Bunyi tamparan yang diberikan kepada Siti Rasnah. Dia jatuh tersungkur ke atas lantai. "Aku dah malas nak hadap muka kau dengan anak kau! Mulai hari ini, Siti Rasnah binti Zakaria, aku ceraikan kau dengan talak tiga !!" Zulhazry melafazkan talak dihadapan Siti Rasnah dan anaknya.

Jantung Siti Rasnah berdegup dengan laju dek kerana terkejut dengan apa yang baru sahaja didengarinya sebentar tadi. Air matanya mula membasahi pipi dan segera memeluk kaki bekas suaminya itu. "Abang, jangan tinggalkan kami !! Jangan tinggalkan anak kita!!"

Zulhazry menendang Siti Rasnah "Tepilah! Kau dengan aku dah tak ada kena mengena !!" Zulhazry terus melangkah keluar dari rumah itu.

Anak mereka hanya melihat perlakuan Ayah terhadap emaknya dari dalam bilik. Siti Rasnah telah melarang anaknya daripada keluar kerana bimbang suaminya akan melakukan hal yang sama kepada anaknya itu.

"Mak!" anaknya berlari memeluk Siti Rasnah setelah ayahnya pergi. Kini, Siti Rasnah hanya ada anaknya, Hasya Nur Athirah.

***

Tuk! Tuk! Tuk!

"Hasya?"

Bunyi ketukan pintu menyedarkan Hasya dari lamunan. Dia segera mengelap air mata dan bergerak membuka pintu. "iya Mak Long?"

"Sekejap lagi Mak Long nak ke rumah Datin Maria, kamu ikut Mak Long ya?"

Hasya mengerutkan dahinya, "Mak Long nak buat apa kat sana ?"

Mak Long menunjukkan kuih yang dihasilkan "Mak Long nak hantar kuih yang dia pesan."

Baru Hasya sedar, emak saudaranya bukan sahaja bekerja di bawah cahaya matahari malah mengambil upah membuat kuih. "Baik, nanti Sya bersiap dulu" katanya lalu menutup pintu biliknya.

***

"Rayyan!"Sergah Datin Maria apabila melihat anaknya sedang leka bermain dengan telefon bimbit miliknya. Rayyan memandang ibunya. "Yen tu dah kenapa tersenyum sorang – sorang? Dah dapat menantu untuk mama ke?" Perli Datin Maria. Anak sulungnya itu sudah berumur 26 tahun tapi belum kahwin.

Rayyan mula menunjukkan reaksi rolled-eye. "Why ma? mama tegur Yen tetiba je. Mesti ada apa – apa kan?" balas Rayyan dengan muka ingin tahu.

Datin Maria tersenyum lebar, "Pandai! mama sebenarnya..."

***************
To Be Continue...

Ya part ni agak bosan. Sekadar pengenalan sahaja okay?

Thanks read and vote❤


Secret WifeWhere stories live. Discover now