Part 19

22.3K 567 12
                                    

"Hasya!"

Hasya mempercepatkan langkahnya , malas hendak melayan figura yang sedang mengejarnya. Makin laju langkahnya , makin laju lelaki dibelakang mengejarnya.

"Sya!" Bahu Hasya dipegang segera ditepis. "Awak nak apa!" soal Hasya tegas.

"Saya nak minta maaf pasal semalam."

Tanpa mengendahkan pohon maaf lelaki itu , Hasya meneruskan perjalanannya.

"Sya , tunggulah."

"Apa lagi!"

"Awak maafkan saya?"

Hasya mengeluh , benci dengan manusia yang berada dihadapannya ini , "Okay Airil. Saya maafkan awak but please go." Hasya terus beredar dari situ.

Airil menghantar pemergian Hasya dengan pandangan sinis , "soon or later , you will be mine , Hasya."

🌸🌸🌸

Hana yang masih dalam pelukan seorang lelaki , bangun lalu menyarungkan pakaiannya. Lelaki yang masih lagi terbaring di atas katil dibiarkan. Hana keluar dari bilik dan menuruni satu per satu anak tangga. Langkahnya diatur ke dapur.

Peti sejuk dibuka lalu sebotol air dituang ke dalam sebiji gelas. Air di dalam gelas diteguk perlahan sambil sebiji buah anggur yang terisi di dalam sebuah bekas di atas meja , dimasukkan ke dalam mulut.

Tiba-tiba seseorang memeluknya dari belakang , "Thanks for last night honey" bisik lelaki itu tepat ditelinga Hana.

Hana menjulingkan mata ke atas , "I have done my jobs , so where is my payment?" Hana menghadap supaya bertentangan dengan lelaki itu lalu menghulurkan tangan dihadapannya.

Poket seluar di sebelah kiri di seluk lalu dikeluarkan sebuah dompet kepunyaan lelaki. Beberapa not 50 dikeluarkan lalu diletakkan di atas tapak tangan Hana.

Duit bertukar tangan. Hana tersenyum , "Hantar I balik" pinta Hana sebelum dia ingin melangkahkan kaki ke anak tangga. Tangannya dipegang , "Wait!"

Hana menepis tangan lelaki itu , "What?"

"Hana , kenapa you tak boleh terima I dari dulu lagi? Kenapa you tak pernah nampak yang I betul-betul cintakan you?" soal lelaki itu.

Hana tersenyum sinis , "Kau tanya kenapa? Daniel Faris , aku tak akan terima mana-ii lelaki selain Rayyan. Sebab cinta aku hanya untuk Rayyan dan Rayyan cuma milik aku." Hana menolak kasar dada lelaki yang bernama Faris itu. "Tak payah hantar , aku balik sendiri" Langkahnya diatur keluar dari rumah itu.

Walau berkali nama Hana dipanggil , dia langsung tidak menghiraukan panggilan itu , malah meneruskan perjalanannya.

Faris memandang pemergian Hana 'Aku janji aku akan dapatkan kau Hana dan Lelaki sial tu aku akan bunuh' getus hatinya geram. Ini sudah kali ketiga Hana menyebut nama Rayyan dihadapannya. Tetapi dia langsung tidak mengenali siapakah gerangan lelaki bernama Rayyan itu.

🌸🌸🌸

Mata Hanani meliar mencari kelibat Hasya di kantin sekolah 'Mana pulak budak ni?' soalnya sendiri. Selalunya Hasya akan menunggunya di kantin , tetapi batang hidung pun belum nampak.

Hanani mengambil keputusan untuk mencari sahabatnya itu di dalam kelas. Mungkin Hasya sedang mengulang kaji. Dia berlari anak untuk ke kelas 4 rose iaitu kelas mereka.

Setibanya di sana matanya tertumpu pada Hasya yang sedang menyiapkan kerja sekolahnya seorang diri. Hanani menghampiri meja Hasya , "Kau tak turun makan?" soal Hanani.

Hasya menggeleng tanpa memandang muka Hanani.

"Petang ni nak study tak?" pertanyaan Hanani membuatkan Hasya menghentikan kerjanya.

Dia memandang Hanani dengan serius , "Kita berdua je?"

"Airil sekali"

Dengar sahaja nama lelaki itu , Hasya cuba mencari alasan untuk mengelakkan mereka mengulang kaji bersama , "Emm petang ni tak boleh lah. Aku kena teman Mak Yam pergi pasar."

Hanani mengeluh , "Tak apa lah. Esok boleh?"

"Esok aku....ada dinner dengan family"

"lusa?"

"lusa kan dah cuti"

"Eh iyalah , lupa pulak. maaf ya" Hanani tergelak kecil manakala Hasya menghela nafas lega.

*******
TBC

Abaikan segala typo😪

Secret WifeWhere stories live. Discover now