Part 42

23.8K 489 0
                                    

Rayyan tiba dihadapan rumah Mak Long dan terus menyapa Mak Long yang sedang duduk ditangga. "Mak Long , kenapa ni? Ada apa-apa yang tak kena ke?" Rayyan terus bertanya apabila wajah Mak Long dibasahi air mata.

"Hasya..Hasya kena culik!"

Terkejut Rayyan dibuatnya. Kenapa terlalu banyak dugaan yang dia lalui harini? "Dengan siapa Mak Long!!?" Bahu Mak Long dipegang dan digoyang perlahan. Apabila tiada jawapan dari Mak Long , Rayyan terus bangun dan menghampiri keretanya. Namun langkahnya terhenti apabila namanya diseru "Rayyan!"

"Kamu nak pergi mana?" tanya Mak Long.

"Saya nak cari Hasya"

"Mak Long tahu siapa yang culik"

Rayyan kembali menghampiri Mak Long untuk mengetahui siapa yang menculik isterinya. "Siapa..?"

"Zulhazri , Ayah Hasya" Sekali lagi Rayyan terkejut. Ayah culik anak? Tapi Hasya tak pernah cerita apa-apa pasal ayahnya sebelum ni. "Mak Long tahu tak kat mana dia bawa Hasya?"

Mak Long mengangguk lalu menghulurkan telefon yang tercicir tadi. Di dalamnya terkandung mesej yang juga menyatakan alamat dimana Hasya dibawa. Rayyan segera mengajak Mak Long ke sana dengan segera.

*****

Doktor yang baru keluar dari bilik kecemasan terus dihampiri Datin Maria. "Doktor macam mana dengan menantu saya?" Doktor menghela nafas panjang sebelum dia menjawab

"Pada pemeriksaan kami , kami dapati Puan Sharifah mungkin terkena keracunan makanan yang sangat bahaya. Keadaan dia sekarang sangat kritikal. Datin ada perasan apa yang dia makan harini? sebab harapan Puan Sharifah untuk selamat 50/50"

Mata Datin Maria mula berair. Tiba-tiba satu suara berlegar difikirannya

"Selamat menjamu selera dari menantu tak jadi.."

"Nasib baik ada lauk yang kawan Rayyan bagi tadi"

"Nama dia Maira kalau tak silap"

Maira? Siapa Maira? Menantu Tak jadi? Hana Humaira? Mata Datin Maria terbuntang luas. Ya Hana Humaira. Perempuan syaitan yang hampir menjadi sebahagian dari keluarganya.

"Datin?" Suara Doktor menghentikan lamunan Datin Maria.

"Maafkan saya" Datin Maria terus beredar dari situ. Sekarang apa yang perlu dicarinya adalah perempuan bangsat tu.

*****

Van diparkir dihadapan rumah yang terletak dipedalaman. Hasya dibawa masuk ke dalam rumah itu dengan mata tertutup. Keadaan Hasya sekarang sangat lemah. Dia hanya mampu berdoa agar ada yang datang menyelamatkannya.

"Nah. Perempuan yang aku cakap tu" Tubuh Hasya ditolak ke arah seorang lelaki cina.

"Hutang aku sebelum ni dikira langsai okay?" Lelaki cina tadi menayangkan senyuman senget. "Siapa cakap?" Lelaki Cina tadi membuat isyarat mata kepada anak buahnya.

Anak-anak buahnya terus mematuhi apa yang disuruh oleh ketua mereka. Zulhazri dipukul berganti-ganti dengan pelbagai barangan yang ada disitu.

***

Rayyan tiba bersama beberapa anggota polis. Anggots polis mula menjalankan tugas mereka manakala Rayyan cuba mencari Hasya. Tiba-tiba dia terdengar seperti seseorang sedang mengaduh sakit. Dia terus menghampiri sebuah rumah yang terletak berhampiran hutan itu.

Tanpa berfikir panjang dia terus menerjah masuk bersama beberapa anggota polis. Anggota polis mula memberkas penjenayah manakala Rayyan menghampiri lelaki cina tadi bersama Hasya di sampingnya. "Lepaskan dia!" jerkah Rayyan.

Lelaki cina itu hanya tertawa "Kalau aku taknak" Baru sahaja Rayyan hendak bertindak , tiba-tiba sebatang kayu hingap dikepala lelaki cina tadi.

Mak Long!

Lelaki itu jatuh tersungkur. Hasya yang berada disampingnya turut terjatuh namun sempat disambut oleh Rayyan. "Hasya okay?" soal Rayyan namun tidak dijawab kerana dia terlalu lemah. Mereka bertiga terus keluar dari rumah itu dan menyerahkan segalanya kepada pihak polis. Hasya dibawa ke hospital yang berdekatan.

*****

Kereta yang dipandu Raykal berhenti dihadapan rumah orang tua Nadhirah tadi. Pintu kereta dibuka lalu kakinya melangkah keluar. "Terima Kasih sebab sanggup hantar saya sampai depan rumah" Dhira bersuara.

Raykal tersenyum "Tak ada apa la. Benda kecil je. Telefon awak tu nanti saya uruskan.Kalau tak ada apa saya balik dulu?" Dhira mengangguk sebelum kereta yang dipandu Raykal hilang dari pandangan.

*******
TBC

sikit lagiiii😪












Secret WifeWhere stories live. Discover now