Part 20

22.3K 818 10
                                    

Beberapa buah beg dimasukkan ke dalam bonet kereta sebelum Datin dan Dato' bersalaman dengan Hasya dan Rayyan. Raykal macam biasa lah , tidur mati. Datin Maria memandang Rayyan.

"Rayyan , Kamu sebagai abang kena jaga adik-adik kamu ni. Terutamanya Hasya. Raykal takpe , dia dah besar." pesan Datin Maria kepada Rayyan.

Rayyan menjulingkan matanya , "Iyalah Datin" Datin Maria lantas meluku kepala anaknya. Ha perli lagi!

Dato' Iqmal tersengeh sebelum dia turut bersuara "Adik kamu tu bila nak balik U?"

"Minggu depan , pa"

Dato' Iqmal tersenyum "Baiklah. Nanti terlepas flight pula. Kami pergi dulu , Assalamualaikum" Mereka masuk ke dalam perut kereta sebelum kelibat kereta hilang dari pandangan.

Hasya masuk semula ke dalam rumah. Baru saja selangkah dia masuk ke dalam rumah , namanya dipanggil. Hasya menoleh kepada empunya suara.

"Kau nak pergi mana?" soal Rayyan

Hasya menghela nafas panjang , "Nak masuk bilik"

Rayyan tersenyum senget , "Sebelum tu , kau buatkan aku kopi. Hantar dekat bilik aku" Hasya ternganga dengan permintaan Rayyan.
"Tapi kan..."

"Now" arah Rayyan lagi.

Hasya mengeluh "Ok Fine!" Lalu dia menghilangkan diri ke dapur.

******
Sudu dipusing secara berulang dari kiri ke kanan. Lalu sudu kecil itu diletak di dalam sinki. Secawan kopi dilapik piring dibawa Hasya. Perlahan-lahan dia membawa supaya tidak ada yang tertumpah.

Tiba di hadapan bilik Rayyan , Hasya menarik nafas dalam-dalam sebelum tombol pintu dipulas dan ditolak. Hasya masuk sambil membawa secawan kopi yang dipinta Rayyan tadi. Cawan tersebut diletakkan di atas meja berhampiran katil Rayyan.Tiba-tiba pintu bilik ditutup.

Ya itu Rayyan.

Tetiba je muncul.

Hasya menoleh lalu secara sendirinya dia berdiri tegak. Jantungnya bagaikan hendak tercabut keluar. Tapi dia cuma berfikiran positif , "Ehem..Sya dah buatkan..kopi" katanya sambil menunduk.

Rayyan tidak menjawab tetapi matanya masih memandang gadis dihadapannya.

Hasya mengangkat sedikit pandangannya. 'Dia tengah tengok aku ke?' Jantungnya makin lama makin laju. Takut jika Rayyan bertindak seperti sebelum ini. "Saya...keluar dulu" Hasya cuba keluar dari bilik puaka itu.

Tangannya ditarik Rayyan. "Aku suruh keluar ke?" soal Rayyan dengan suara yang mendatar. Hanya air liur yang mampu ditelan Hasya sekarang. Iyalah , nak telan apa lagi? Air kopi tu? ke nak suruh dia telan Rayyan?

Rayyan mendekatkan mukanya dengan Hasya. Pergerakkan Hasya dikunci apabila Rayyan melekapkan kedua-dua belah tangannya pada pintu. Kini jarak wajah mereka hanya beberapa inci sahaja. Bibir Rayyan bergerak menghampiri telinga Hasya yang masih berlapik dengan tudung.

Nafas Hasya semakin laju. 'Ya Allah , selamatkan aku!' Dia berdoa di dalam hati apabila merasakan Rayyan begitu rapat dengannya sehingga dia dapat merasakan hembusan nafas Rayyan ditelinganya.

"Tolong basuhkan baju-baju aku tu" Bisik Rayyan tepat ditelinga Hasya. Hasya yang terkejut , terus menolak dada Rayyan dengan kuat.

"Kalau nak mintak tolong tu cakaplah elok-elok tak perlu nak bisik!!!" marah Hasya lalu mencapai sebuah bakul yang dipenuhi dengan baju Rayyan yang perlu dibasuh. Tanpa berlengah lagi , dia terus keluar dari bilik Rayyan.

*****
"Kau takde jumpa dengan Sya ke cuti-cuti ni?" Soal Airil kepada sepupunya yang juga sebaya dengannya.

Hanani memandang Airil seketika lalu pandangannya dialih semula menghadap ke arah televisyen , "Tak. Kenapa?"

"Aku tanya je. Dia nampak makin pelik" Airil cuba untuk mengumpan sepupunya itu supaya bawa dia berjumpa Hasya. Ya , Dia rindukan gadis itu.

Dahi Hanani berkerut , "Pelik? Maksud kau?"

"Mungkin dia sakit. Haritu kau ajak dia datang sini pun dia tak nak kan? Kau tak pernah terfikir ke?"

Hanani ligat berfikir. Iyalah , dua hari lepas Hasya menolak pelawaan Hanani. Padahal Hanani cuma mengajaknya datang ke rumah. "Betul jugak kan? Dah tu nak buat macam mana?"

"Kau kan kawan dia. Mesti kau tahu rumah dia kat mana kan? Apa kata kita pergi rumah dia"

"Tapi betul ke dia sakit?" tanya Hanani lagi.

"Sebab tu lah kita kena pergi ziarah dia. Tanya khabar. Kalau kita tak pergi macam mana kita nak tahu." jelas Airil panjang lebar. Padahal niatnya sekadar ingin melepaskan rindu pada Hasya.

"Ye lah-ii" jawab Hanani ringkas sebelum dia kembali fokus kepada kaca tv yang sedang menyiarkan kartun Upin & Ipin.

**********
TBC

ATTENTION!

Okay. Dear readers , Author awak yang chumils ni akan sambung next chapter if votes dah 1k. Maklumlah , Author busy😭 So author akan sambung terus kalau votes cukup 1k. Macam mana nak cukupkan votes? First , Share dekat memboi-ii korang utk baca story author yang tak seberapa ni. Second , cer tengok balik kot-ii korang terlepas vote chapter lain. Third , Silent readers. Derma lah vote😭 I need your vote😿

Yang sentiasa vote tu thank you. I LOVE YOU GUYS SO MUCH😘

And thanks for 10k readers

Secret WifeWhere stories live. Discover now