Part 17

23.4K 621 14
                                    

Hasya Pov

Apa yang dikeluarkan dari mulut Rayyan masih terngiang-ngiang di fikiranku. "Dia milik aku" Apa maksud Rayyan? Please lah jangan buat dia mengelamun macam drama 7 petang tu.

Keadaan didalam kereta diam membisu. Aku pun tak nak dan tak akan bercakap dengan Rayyan. Semuanya sebab kejadian haritu. Aku masih tak boleh lupakan. Aku rasa terhina. Wajah Rayyan pun aku tidak pandang.

"Takyah lah cuak sangat. Aku cuma nak selamatkan kau tadi." Suara garau Rayyan memecah kesunyian dalam kereta. Aku mengangguk tanpa memandang wajahnya. "Aku minta maaf pasal haritu" sambung Rayyan lagi.

Aku? Hanya diam membisu tanpa sebarang persoalan mahupun jawapan. Rayyan mengalihkan pandangan ke arahku. "Kau asal? Dah bisu?" soal Rayyan dengan sindiran. Cakap lah apa pun , Ada aku kisah?

Rayyan memberhentikan keretanya ditepi jalan. Keningku dikerutkan. Tangan Rayyan terus memegang kedua-dua belah bahuku lalu badanku dialihkan ke arahnya supaya aku bertentang mata dengannya.

Aku menelan ludah. "Kau nak cakap ke tak?" tanya Rayyan dengan nada perlahan tetapi tegas. Aku lantas menggeleng sambil kening dikerutkan.

Rayyan mendekatkan lagi jarak wajahnya dengan ku. "Kau nak aku buat macam haritu?" kalini Rayyan mengugut pula. Tanpa disedari aku mengangguk. Lalu pantas sahaja kepala ku menggeleng.

Dada Rayyan ditolak supaya menjauhi aku. "Saya tak sukalah! Jangan dekat dengan saya!" akhirnya aku bersuara. Rayyan tertawa kecil. "Boleh bercakap rupanya. Ingatkan dah bisu" sindir Rayyan. Aku hanya membiarkannya. Biarlah dia nak gelak ke nak mati ke. Kesah apa aku!

🌸🌸🌸

Hanani berlari ke arah Airil. Sekarang yang berada di hadapan sekolah hanyalah Dia dan Airil. "Mana Hasya?" soal Hanani.

Airil cuba lagak seperti tiada apa berlaku , "Dah balik." Hanani hanya mengangguk. "Sorry lah lambat sikit. Tadi aku pergi block C sebab nak ambil buku tertinggal. Lepas tu nak letak buku tu kat library , tak sangka library dah tutup. Dah tu aku singgah tandas jap. Hehe" jelas Hanani panjang sambil tersengih.

"Kau ni kalau tak tunjuk perangai tak senonoh kau tu tak sah kan?" sindir Airil. Hanani ketawa. "Eh bapak aku dah sampai ahh! jom lah balik sekali." pelawa Hanani. Dengan muka tak tahu malunya , Airil mengangguk lalu membontoti Hanani masuk ke dalam kereta. Alah rileks lah , cousin dia.

🌸🌸🌸

Setibanya dirumah aku terus ke bilik tanpa menghiraukan orang sekeliling. Beg sekolah diletakkan di atas meja belajar lalu badanku dihempas ke atas katil. Jam dikerlih(?) seketika. Hampir pukul 7 , solat asar pun aku belum tunaikan. Aku bangun dari pembaringan lalu mencapai tuala dan terus ke bilik mandi.

*
Selesai solat Asar , aku terus merebahkan diri di atas katil. Telekung yang ku pakai tidak dibuka. Penat. Mataku mulai berat sebelum semuanya gelap.

Hasya , Airil dan Hanani melangkah keluar dari sekolah. Kini mereka bertiga berada di tempat menunggu ibu bapa. Di situ telah tersedia dengan kerusi batu yang panjang. Hasya melabuhkan punggung di atas kerusi batu , diikuti dengan Hanani disebelahnya dan Airil pula disebelah Hanani.

Tiba-tiba Hanani bangun dari tempat duduknya , "Weh jap. Aku terlupa nak pulangkan buku rujukan haritu lah. Aku pergi ambil sekejap ye." Hanani terus berlari ke dalam bangunan sekolah semula.

Keadaan mulai janggal apabila di tempat menunggu hanya ada Hasya dan Airil. Airil berenjak supaya lebih rapat dengan Hasya. Hasya yang menyedari terus menjauhi Airil.

"Hasya , boleh saya tanya sesuatu?" Suara Airil memecah kesunyian. Hasya mengangguk tanpa memandang wajahnya. "Kalau saya cakap saya suka awak , awak akan suka saya tak?" sambung Airil lagi.

Hasya bangun kerana tidak selesa , "Tak. Sebab saya tak kenal awak dan awak tak kenal saya." Balas Hasya sambil berdiri. Kini Airil juga turut berdiri. Tangan Hasya dipegang erat. "Tapi saya suka awak. Dan kita dah kenal kan? Kenapa susah sangat awak nak suka saya?"

"Sakitlah!! Lepas!" pinta Hasya. "Selagi kau tak terima aku selagi tu aku tak lepaskan kau." Balas Airil kasar. Oh shit mamat ni dah gila ke? "Saya tak nak!" jerit Hasya. Pengawal pun entah kemana. Meronda ler tu.

Dalam masa yang sama , Rayyan datang lalu menolak kasar dada Airil , "Apa kau cuba buat ni?"

Airil tersenyum sinis , "Aku nak buat apa pun ada kena mengena dengan kau ke?"

"Ada. Sebab dia isteri aku.."

"Sya! Sya!" Aku terjaga selepas Mak Yam mengejutkannya. Aku bangun lalu menggosok-gosok mata ku, "Kenapa Mak Yam?"

"Datin suruh turun makan." jelas Mak Yam. Aku mengerutkan kening , "Tak naklah. Sya nak tidur. Penat."

Mak Yam mengangguk , "Iyalah. Kalau ye pun bukalah telekung tu dulu."

Aku tersengih lalu mengangguk. Mak Yam melangkah keluar sebelum pintu bilikku ditutup rapat. Aku membuka ikatan telekung dan melucutkannya , lalu telekung disangkut di tempatnya.

Aku kembali duduk di atas katil dan cuba mentafsir satu per satu mimpi tadi. Mimpi kah? Aku rasa mimpi tu sama je dengan kejadian kat sekolah tadi cuma...

Sebab dia isteri aku..

Perkataan itu lain. Yang disebut Rayyan , dia milik aku bukannya dia isteri aku. Apa motif sebenar mimpi ni? Aku mengeluh setelah penat berfikir. "Lantaklah." Dengan senang hatinya , aku menyambung kerja yang terbengkalai tadi. Iaitu tidur.

***********
To Be Continue...

Secret WifeWhere stories live. Discover now