Part 22

21.6K 625 16
                                    

"Jap!" jerit Rayyan. 

Rayyan merapatkan wajahnya dengan Hasya. Hasya kaku. Pergerakkannya juga telah dikunci Rayyan. Hatinya berombak. 'Ya Allah! Apa ni!' Jerit Hasya hanya dalam hati. Matanya dipejam rapat.

"Asal kau pejam mata?" soal Rayyan dengan suara sengaja dilembutkan. Hasya terus menolak Rayyan kuat apabila merasakan badan mereka hampir bersentuhan.

Hanya dengan satu tolakkan , Belakang badan Rayyan terkena dinding. "Aduh.." Dia mengaduh kesakitan. "Kau dah kenapa tolak aku?"

"Awak tu yang kenapa! Nak cakap pun kena dekat-dekat. Saya tak suka lah!" Suara Hasya sedikit meninggi.

"Jaga sikit eh mulut kau! Jangan nak tinggi suara dengan aku! Kau tu orang luar , Aku ni tuan rumah! Hormat sikit. Sedarlah kau tu cuma menumpang je kat rumah aku. Dah takde mak bapak buatlah cara takde mak bapak! Aku rasa mak kau pun macam ni jugak kot dulu , kan?" Marah Rayyan sambil menyindir. Habis timbul urat-urat dilehernya akibat terlalu geram.

Hasya hanya diam. Sakit hatinya bila orang menghina arwah emaknya. Matanya mula berkaca. Malas hendak memanjangkan pertengkaran. Dia terus menuju ke biliknya.

Pintu ditutup perlahan lalu dikunci. Dia terus menghempaskan badannya ke katil. Bingkai gambar ibunya diambil lalu dipeluk seeratnya. "Mak...Sya tak suka kehidupan macam ni. Sya nak mak. Sya nak tinggal dengan mak macam dulu..." Tanpa disedari air matanya mula membasahi wajahnya. Matanya kian memberat sebelum semuanya gelap.

*****
Rambutnya diraup ke kasar. Dia duduk di sofa yang sedia ada di ruang tamu sambil mengingatkan hal tadi. Tak tahu kenapa dia rasa bersalah sangat cakap macam tu.

"Apa aku dah buat tadi!?" Dia tak tahu bagaimana ingin memohon maaf. Akhirnya Rayyan mengambil keputusan untuk ke bilik Hasya dan memohon maaf atas kekasarannya tadi.

Tiba di depan pintu bilik , Dia teragak-agak untuk mengetuk pintu. Nak ketuk ke nak terjah je? Dia seolah menyoal diri sendiri.

Ketuk

Terjah

Ketuk

Terjah

Ket..?Alah terjah je lah.

Tombol pintu dipulas , perlahan-lahan dia masuk ke dalam dan menutup pintu semula. "Beraninya tak kunci pintu minah ni." monolognya perlahan. Apa yang pertama sekali dilihatnya , adalah Hasya. Ya Hasya yang sedang tidur di atas katilnya.

Rayyan menghampirinya perlahan. Dia tidak mahu Hasya terjaga. Dia duduk di atas lantai bersebelahan katil. Bingkai gambar yang berada dalam pelukan Hasya ditariknya secara berhati-hati. Gambar didalamnya ditatap.

Gambar seorang wanita berusia 30-an mengendong seorang bayi perempuan serta seorang lelaki dalam lingkungan 3 tahun berada disebelahnya. Rayyan tersenyum melihatnya 'Mesti mak dia ni..' kata hatinya.

Wajah suci Hasya ditenung lama , "Aku minta maaf. Aku tak sengaja terkasar dengan kau tadi. Aku...tak berniat nak hina keluarga kau." Rayyan bersuara walaupun dia tahu Hasya sedang tidur. "Pasal syarat tadi , aku cuma nak kau anggap aku sebagai majikan kau. Tapi....tak perlu kot. Maafkan aku eh.."

Rayyan bangun , lalu meletakkan bingkai gambar di atas meja solek. Langkahnya diatur keluar dari bilik Hasya sebelum pintu ditutup semula.

"Oii!" Rayyan mengalihkan pandangan apabila seseorang menyapanya. "Kau buat apa dalam bilik Hasya?" sambungnya lagi.

Kepalanya yang tidak gatal digaru. "Emm , aku nak...pulangkan barang" jelasnya pada Raykal yang sedang berdiri disebelahnya. "Kau nak pergi mana ni?" sambungnya lagi supaya Raykal menukar topik.

"Oh. Aku ingat nak ajak Hasya keluar" Tombol pintu dipegang. Tangan Rayyan lebih pantas didaratkan diatas tangan Raykal. Raykal membulatkan mata lalu menarik tangannya. "Kau apahal! Kalau iya pun tak suka perempuan , jangan jadikan aku mangsa kau!" Raykal memeluk badannya.

Bahu Raykal ditumbuk , "Eee kau ingat aku hadap ke dengan kau? Kalau ye pun aku gay , aku cari yang boek punya. Bukan macam kau. Noob!"   Rayyan mula menyindirnya. Saja nak bergurau dengan adik sendiri. Yang bawah umur tu , mintak jangan faham eh maksud Rayyan tu -_-

"Bodoh lah kau!" Raykal terhibur dengan gurauan abangnya. "Dah lah tepi. Kang lambat pulak nak pergi date " Tangannya menolak Rayyan.

Rayyan segera menghalangnya. "Eh! Aku baru teringat yang Hasya tidur. Tak payah lah ganggu dia. Dia penat sangat tu."

"Penat?" Raykal menjungkitkan kening sebelah kirinya.

Kepala Raykal diluku , "Ish kau ni! Otak tu cuma positif sikit. Dia penat buat kerja dapurlah"

"Tapi-"

"Takde tapi-tapi... Jom pergi date dengan aku." bahu Raykal dipeluk lalu memaksa Raykal untuk beredar dari ditu , "Biy bawak anje pergi mamak pun takpe. Anje tak kisah"

Raykal meleraikan pelukan Rayyan , "Geli bodoh!" Sebelum kedua-duanya terbahak ketawa.

**********
TBC...

Guys , Yang belum baca 'Kau First Love Aku' Author harap korang boleh pergi baca. Cerita dia en , buat Author menangis tiga hari 😭 10 kotak tisu habis tau! Hingus habis leleh atas phone author! Eh! Tak tak! Jangan percaya. Se-loqlaq author pun , author masih sopan😂 Baca tau!

Kau First Love Aku
By : CikTomato

Next update maybe 29 dis. Tapi tak janji eh! hahahaha

Secret WifeWhere stories live. Discover now