Special Part

19.1K 364 9
                                    

Hampir dua tahun berlalu selepas kejadian hitam itu. Sejak Hana dikhabarkan telah dihukum gantung , kehidupan Hasya dan Rayyan semakin bahagia. Mereka juga telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Zafran Hayyan.

Kini Hasya boleh menghembus nafas lega. Rayyan juga sudah memulakan kerjanya seperti biasa.

Hasya's POV

"Hasya , tolong mama kejap" pinta Datin Maria.

Aku pula mengakur sahaja. "Ya?"

"Tolong siapkan bunga coklat tu. Mama banyak benda lagi nak buat"

Aku mengangguk. Meriah betul rumah Datin Maria harini hanya sebab Akad Nikah Raykal akan diadakan esok. Macam ni lah bila kerja last minit.

Aku mula mengambil satu persatu bunga coklat dan mencucuknya pada tempat yang betul.

"Haiii Kak Sya!"

"OII MARIA DAH KURUS!!" Dan tanpa disedari AKU terlatah. Aku tersebut nama mama ke? Aiyooo. Aku memandang Datin Maria. Dia hanya ketawa. Fuh , nasib baik.

Aku memandang pula Raykal yang baru je buat aku melatah. "Ha? Nak apa?"

Raykal tertawa kecil "Saja je. Akak buat apa tu?"

Sejak dia nak kahwin ni kerap pula dia panggil aku kakak sedangkan dia lebih tua dari aku. Mungkin dia cuba untuk...lupakan kenangan kami. Uhukss.

"Dah..shuh. Orang nak buat kerja lah" Datin Maria mengusirnya.

Raykal mencebik.

"Pakcuu , Pakcuu!" suara kanak-kanak itu mengalihkan perhatian Raykal. Raykal mendukung kanak-kanak itu.

"Eh , Hayyan. Pergi mana tadi? Penat paksu cari Hayyan"

Hayyan tersengih menampak dua batang gigi yang baru hendak tumbuh "Adii , papa awak ayan gi tedai. Ayan eli ulat untuk pakcu" (Yang faham je faham)

Raykal mengerutkan dahinya "Ayan beli ulat untuk paksu?"

Hayyan menayangkan muka marah. "Ish ayan eli ulat laa ukan ulat"

Raykal pula langsung tidak faham. Aku hanya tertawa.

Raykal's POV

Budak Hayyan ni ulang benda yang sama je. 'Beli ulat'. Dia ingat aku burung ke?

"Ohh ulat. Mana?" Buat-buat faham je lah.

Hayyan memegang perutnya. "Ni. Dalam peyut"

Haha lawaknya. Pandai budak ni kenakan aku , nasib anak sedara je. Kalau bukan dah lama aku sekeh kau.

*SKIP ESOK*

Harini hari bahagia aku. Ye bahagia sangat sebab dah nak kahwin. Tapi rasa nervous aku mengalahkan orang perempuan weh!!!

"Kal. Kau tak siap lagi ke?" Tanya Rayyan.

"Bebb..belum. kau ada nampak tongkok aku tak?" Sudah. Dia dah datang dah gagap ni.

"Tongkok? Apa benda tu?"

Aku sebut tongkok ke tadi? Banyak berkawan dengan Hayyan lah ni! "Ish songkok lah!"

Rayyan tertawa dan menghulurkan songkok yang ada dibelakangnya kepadaku.

"Cepat sikit. Selalunya pengantin perempuan yang lambat. Tapi ini terbalik pulak. Kau makeup ke apa?" Perli Rayyan.

Aku menjeling "Ish bodohlah. Dah la , aku turun dulu"

Hasya's POV

Haa dah turun pun si Raykal tu. Dah dekat setengah jam orang tunggu dia. Ish ish teruk anak teruna ni.

Setelah Raykal duduk dihadapan kadi. Majlis dimulakan.

...

"Aku terima nikahnya Nur Nadhirah binti Amir dengan mas kahwin Lima ratus ringgit tunai"

"Sah"

Alhamdulillah. Semuanya telah berjalan dengan lancar. Raykal telah pun diijab kabulkan.

Kini , semuanya berakhir. Dan aku bersyukur telah dikurniakan seorang suami dan seorang cahaya mata yang menyinari hidupku hari demi hari.

*******
So it's the end of Secret Wife Special Part. Thank You for supporting Secret wife. LY❤
Sincerily ,
Tehaa

Secret WifeWhere stories live. Discover now