Part 18

23.2K 614 20
                                    

Datin Maria melihat kelibat Mak Yam turun dari tangga. Mak Yam terus disoal , "Mana Hasya?" Mak Yam menghampiri Datin Maria dengan menatang sedulang air anggur. "Dia cakap nak tidur. Penat katanya."

Datin Maria mengangguk. Dia mula untuk menjamu selera manakala Dato' Iqmal dan Rayyan sudah melantak. 'Like father , like son' getus hati Datin Maria. Raykal? Mana nak lekat kat rumah dia tu.

Rayyan mula berdehem untuk bersuara , "Ma , jadi ke pergi bangkok next week?"

Datin Maria baru sahaja ingin membalas kata-kata Rayyan , tapi Dato' Iqmal laju memotong , "Tak. Next week papa dengan mama kena pergi sarawak. Ada kerja perlu selesaikan."

"What!?" Datin Maria bersuara. Tersedak Rayyan dengar suara Datin Maria. Kalau ada sakit jantung , mau nya mati kat situ. "Abang tak bagitahu saya pun? Kenapa tiba-tiba je? Habis tu , macam mana dengan holiday kita?" sambung Datin Maria.

"Abang pun baru tahu. Holiday tu kita postpone dulu. Lepas balik kita pergi" Balas Dato' Iqmal tidak beriak. Datin Maria sudah sentap. Manakala Rayyan masih menjamu selera.

🌸🌸🌸

Raykal pulang apabila menjelang subuh. Baru sahaja diruang tamu , Raykal terbaring di atas sofa. Rayyan terus memapah Raykal untuk ke biliknya. Dia tahu Raykal mabuk. Sebenarnya dari semalam dia berjaga semata-mata menunggu Raykal pulang. Walau bagaimana pun perangai Raykal , Raykal tetap adik kandungnya.

Pada masa yang sama Hasya keluar dari biliknya dengan bertelekung. Langkahnya yang baru sahaja ingin menjejak tangga terhenti apabila melihat Rayyan memapah Raykal yang juga ingin menaiki tangga.

Hasya masuk semula ke dalam biliknya. Pintu ditutup rapat. Hatinya tertanya , Kenapa dengan Raykal? Dia sakit? Dia langsung tidak tahu. Dia risau akan Raykal. Dia membiarkan segalanya menjadi tanda tanya pada dirinya.

Telekung dibuka lalu Hasya melangkah ke bilik mandi sebelum bersiap-siap untuk ke sekolah.

*
Rayyan melangkah ke dapur untuk melegakan tekaknya yang haus. Langkahnya terhenti apabila Datin Maria menahannya. "Rayyan sayang. tolong mama please!"

"tolong apa?" Rayyan mengerutkan dahinya.

"Tolong hantar Sya pergi sekolah. Pak Cik Man tak sihat." pinta Datin Maria separuh merayu. Rayyan sudah menjulingkan matanya. Tetapi permintaan Datin Maria belum terjawab. Datin Maria memegang muka anaknya dengan kedua-dua belah tapak tangannya , "Please...Kali ni je."

Rayyan mengeluh , "Iyalah." Datin Maria bersorak gembira lalu memanggil Hasya yang dari tadi berada di ruang tamu. Hasya cepat-cepat datang apabila namanya dipanggil.

"Jap lagi Sya pergi dengan Rayyan ye?" Jelas Datin Maria. Hasya ternganga , 'Raykal takde ke? Kenapa Rayyan?' monolognya sendiri. Sudahlah Rayyan selalu membulinya.

"Raykal tak boleh hantar , dia tidur. Pak Cik Man pulak sakit." balas Rayyan. Aduhh macam mana dia boleh dengar apa yang Sya cakap? Padahal dalam hati je. Terror siaa mamat ni.

Hasya kembali ternganga. Datin Maria mula menjampuk , "Dah dah , pergi cepat nanti lambat pula." Hasya bergegas mengambil beg sekolahnya lalu digalas dibelakang. Bahagianya dia hari ini hari terakhir persekolahan. Esok dah cuti. Tahun depan pula perlu fokus dengan SPM. Haih!

Hasya masuk ke dalam perut kereta apabila Rayyan telah menghidupkan enjin keretanya. Rayyan terus menuju ke jalan perkarangan sekolah Hasya.

*
Seperti biasa. Keadaan kereta tetap sunyi. 'Ada chance ni' Bisik Rayyan sendiri. Dia memandang Hasya sekilas. Hasya hanya melemparkan pandangan diluar tingkap.

Rayyan berdehem. Hasya tersentak lalu memandangnya. ,"Kau..tak bosan ke?" Hasya mengerutkan dahinya. Bosan? Apa yang bosan? Nak tak nak dia perlu menjawab soalan Rayyan. Dia tidak mahu perkara yang lalu terjadi lagi.

"Bosan kenapa?"

"Ye la. Senyap je kereta ni."

"Dah tu awak nak suruh saya buat apa? Menyanyi? Menari?" Tegas Hasya dengan sedikit sindiran. Rayyab tergelak kecil tetapi cepat-cepat dia sembunyikan.

"bagus juga kalau nak menari.." Balas Rayyan perlahan namun Hasya masih dapat menangkapnya.

"Apa!?"

Rayyan tersentak. "Tak. Aku cakap , bagus juga kalau kau nak menanyi. Haa , nyanyilah. Radio pun rosak ni."

Hasya membuat muka seposen or oqang utagha cakap , Sekupang. "Kalau Encik Rayyan nak nyanyi , nyanyi je lah. Tak payah ajak saya"

Ting! Lampu menyala disebalik kepala Rayyan. Ewah! Rayyan mendapat idea untuk mengenakan Hasya. Dia berdeham sekali lagi , "Kau nak menyanyi atau nak pergi sekolah jalan kaki?"

Terbuntang mata Hasya , 'Mamat ni tengah ugut aku ke apa?' Hasya menarik nafas perlahan , cuba untuk menenangkan dirinya. "Ok fine!" balas Hasya. "Tapi kalau tak sedap jangan gelak eh?" sambungnya lagi. Rayyan mengangkat bahu sambil tersenyum tanda setuju.

Bintang malam setia seperti dirimu,
tetap pudar menghilang , tiada gantimu
Dan ku masih terasa degupan jantungmu
Tanpa mu ku kan Rapuh..

[Rapuh - Nastia]

Rayyan tercengang , 'Merdu jugak suara budak ni.' Rayyan terus mengawal riak wajahnya apabila Hasya memandang ke arahnya. "Lagu lain?" pinta Rayyan. Hasya meletakkan jari di dagu lagak sepertu orang berfikir , nafasnya ditarik sebelum menyanyi.

Mengertilah,
Kasih kita sempurna,
Biar masa terhenti,
Rindu ku masih ada,

Walau malam berganti,
bahagia menanti lenamu,
kerna esok,
Diriku masih Ada...

[Esok Masih Ada - Hannah Delisha]

"Lagi?"

Benar,
Ku hanya sayang padamu,
Bukannya takdirku,
Untuk bersamamu..

[Aiman Tino - Ku hanya sayang padamu]

"Ji.." baru sahaja Hasya hendak menyambung nyanyiannya , Rayyan terlebih dahulu menghalang , "stop!" Hasya memandangnya pelik. "Kenapa pula? Tadi awak suruh saya menyanyi.." Rayyan cuba menenangkan dirinya , "Tak. Tak payah."

Entah kenapa dia kurang selesa dengan lirik lagu terakhir yang Hasya nyanyikan sebentar tadi. 'Bukannya takdirku , Untuk bersamamu' Dia tak suka Hasya sebut perkataan itu. Kenapa? Entah. Cinta mula berputik kot. hehe.

************
To Be Continue...

Typo ke apa mohon abaikan. Jangan lupa bukak youtube dengar lagu fav author tu HAHAHAHAAHAH!

Secret WifeWhere stories live. Discover now