Part 28

21.6K 548 6
                                    

Kereta milik Rayyan diparkirkan di hadapan sekolah menengah itu. Dia kemudian membontoti Hasya sehingga ke tempat yang dituju. Apa salahnya dia jadi bodyguard Hasya , lagipun memang Hasya dibawah tanggungjawabnya.

Tiba sahaja , Hasya menolak Rayyan supaya berhenti mengikutinya. Dahi Rayyan dikerutkan , "Kenapa?" Masih tidak faham dengan apa yang ingin Hasya sampaikan.

"Tak payah lah ikut dah. Nanti diorang semua cakap apa pulak" Jelas Hasya , matanya dilirik ke sebelah kiri di mana pelajar-pelajar lain sedang menunggu giliran masing-masing.

Rayyan mengendahkan apa yang diberitahu Hasya , dia tetap mengikut Hasya. Sekali lagi tangan lembut Hasya menolak dada bidang Rayyan supaya menjauhinya.

Tangan Hasya dipegang dan digenggam , "Dengar sini. Aku suami kau. Kau dah jadi tanggungjawab aku. Jadi ke mana je kau pergi , aku kena ikut" Balas Rayyan dengan nada marah tetapi masih perlahan. Tangan Hasya yang digenggam dilepaskan dengan kuat.

Biasalah lelaki , Ego tinggi. Benda kecil pun kepala dah nak meletus.

Perjalanannya diteruskan tanpa menghiraukan Rayyan yang berada dibelakangnya. Dia terkejut dengan bahasa yang digunakan Rayyan tadi. Kenapa 'Aku'? Sedangkan tadi dia gunakan 'Abang'. Tanpa disedari mereka , sepasang mata sedang melihat dari jauh.

*****
"Hana..." Suara seorang lelaki berbaju biru. "Bangun sayang. I janji I akan jaga You. I takkan biarkan Rayyan bahagia. I akan balas segalanya , ya sayang?" Tangan kecil Hana dicium lembut. Kepalanya diusap berkali-kali.

Sayu sungguh hatinya apabila Hana masih tidak sedarkan diri. Jasad yang masih bernyawa itu ditatap berkali-kali. Hampir setiap hari , Faris akan datang untuk menjenguk keadaan Hana. Dia mahu menjadi orang yang pertama dilihat Hana , bukan Rayyan.

Hari ini , genap 4 hari Hana terlantar di hospital. Dan Faris , masih setia menunggunya.

"Ray..yan..." Suara serak memenuhi gendang telinga Faris. Kepalanya diangkat untuk melihat keadaan Hana. Matanya dibuka perlahan-lahan. Nama Rayyan disebut berkali.

Hatinya makin panas. Egonya seakan tercabar apabila Hana tidak henti-henti menyebut nama lelaki yang paling dibencinya. Malas hendak bertengkar pada waktu ini. Kerusi bersebelahan katil yang didudukinya ditolak ke belakang sebelum dia menghilangkan diri dari wad tersebut.

*****
"Assalamualaikum" Hasya menoleh setelah terdengar seseorang memberi salam dari belakangnya.

"Waalaikumsalam. Cik ni siapa ya?" soal Hasya.

Gadis itu tersenyum , "Boleh kita bercakap sekejap?" Gadis itu meminta Hasya mengikutnya ke tempat yang lebih tersembunyi untuk bercakap soal peribadi.

Saat ini juga , Rayyan tiada dengannya. Baru sebentar tadi , Rayyan meminta untuk ke tandas sebentar , tapi sekarang hampir 3 minit , batang hidung pun tak nampak. Sesat agaknya!

Hasya mengangguk walau sebenarnya dia tidak setuju kerana Rayyan tidak bersamanya. Tetapi dari segi pandangan Hasya , gadis dihadapannya itu nampak baik dan sopan. Mungkin gadis itu tidak berniat jahat.

Tiba di sebuah pondok kecil berdekatan padang sekolah , Hasya melabuhkan punggung disebelah gadis itu. "Apa hubungan awak dengan Rayyan eh? Awak ni adik dia ke? Rayyan ada adik perempuan?" soalan bertubi-tubi dari gadis itu membuat Hasya tersentak.

Mana dia kenal Rayyan dan apa yang perlu aku jawab? Itu sahaja soalan yang terlintas di fikiran Hasya sekarang. Siapa pula gadis ini? Dia kenal Rayyan?

"Cik ni siapa? Macam mana cik kenal Rayyan?" tanya Hasya kembali sebelum menjawab pertanyaan gadis itu.

Tangannya dihulurkan untuk berjabat tangan , "Saya Nadhirah , panggil je Kak Ira." Tangan Dhira dicapai "Saya...bekas kekasih Rayyan"

"Apa?"

********
Tbc...

Maaf seribu kali maaf. Lepas ni tak pasti akan update ke tak hari cuti. 👌

Ranking dah menurun guys😭 Moh ler menaikan semula.

Thanks for 30k readers!!

Secret WifeWhere stories live. Discover now