Part 21

21.1K 660 6
                                    

Lelaki tua yang berbaju kemeja lusuh , berjalan di sebuah kawasan perumahan. Matanya meliar mencari mangsa seterusnya. Siapa dia?

Zulhazri bin Ahmad. Merupakan salah seorang yang diburu polis. Bukan sahaja polis , malah dia juga turut diburu Ah Long akibat tidak membayar hutang-hutangnya.

Dia tidak langsung mempunyai rasa menyesal setelah meninggalkan anak dan isterinya serta menjadi seseorang yang tidak berguna. Dia tidak mempunyai pekerjaan dan dia juga tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap. Dia gembira dengan hidupnya. Hidup sebagai penjenayah.

Kakinya yang sedang melangkah , terhenti di sebuah pasu besar dihadapan rumah banglo. Dia memerhati susuk tubuh seorang gadis yang sedang menyiram pokok bunga di halaman rumahnya. Senyuman sinis lelaki itu timbul.

Wajah gadis itu dipandang dalam keadaan tersorok. Dahinya berkerut. Dia seperti terkenang kembali memori lamanya. Lelaki tua itu , merenung lebih tajam ke arah gadis tadi.

"Dah lama aku tak jumpa kau" Katanya perlahan disebalik pasu sambil otaknya ligat memikirkan rancangan jahat.

*****
Kelibat Raykal yang menuruni anak tangga , ditegur Hasya , "Abang Raykal!" Raykal menoleh.

"Ya?"

Hasya menghampiri Raykal "Abang sihat ke?" Keningnya diangkat.

Soalan yang amat memelikkan bagi Raykal. Raykal terpaku sebelum dia kembali menjawab "Sihat je. Kenapa?"

"Tak ada lah. Haritu Sya nampak Rayyan papah Abang Kal. Sya igt abang sakit"

Dengar sahaja kata-kata Hasya , Raykal teringat sesuatu. Ya Rayyan memapahnya ke bilik. Kenapa? Dia bukan sakit saat itu tetapi dia mabuk. Baginya itu perkara biasa. Dia akan keluar bersama rakan-rakannya sebelum habis cuti semester. Dan biasanya mereka akan menuju ke kelab malam. Tempat yang dianggap 'Syurga' buatan manusia.

Raykal berdehem , "Eh tu...abang...penat sebab baru...balikkan?"

Hasya mengangguk. Dia sebenarnya risau kalau Raykal sakit. Cinta dah mula berputik lah katakan. "Oh tak apa lah kalau macam tu" Hasya memandang Raykal dari atas kebawah , "Ni hensem-ii ni nak pergi mana?"

"Nak keluar kejap"

"Dengan siapa?"

"Kawan"

"Lelaki ke perempuan?"

"Lelaki. Kenapa? Takut rindu eh?" Hasya tersentak. Dia cepat-cepat menutup malunya , "Eh mana ada! Sya...tanya je"

Raykal tertawa kecil "Ok lah. Abang pergi dulu. Assalamualaikum"

"Waalaikumsalam" jawab Hasya setelah Raykal jauh dari pandangannya.

Sedang dia tersenyum , baru dia teringat yang dia hendak mengambil sesuatu semasa menyiram pokok bunga kesayangan Datin Maria tadi. Hasya berlari lalu mencapai barang yang dicari. Kakinya melangkah ke halaman rumah semula sebelum dia menyambung kerjanya.

*****
Dato' Iqmal yang masih menghadap laptopnya , ditegur Datin Maria.  "Abang!"

"Hurm" jawab Dato' Iqmal namun pandangannya masih pada skrin laptopnya.

Datin Maria mengeluarkan telefon bimbitnya. Gambar seorang gadis bertudung ditunjuk pada Dato' Iqmal "Cantik tak?"

Dato' Iqmal memandang dari sisi mata lalu kembali menghadap kerjanya. "Hurm cantik. Siapa tu? Bakal madu awak ke?"

Terbuntang luas mata Datin Maria mendengar soalan dari suaminya. Bahu suaminya ditumbuk "Gediknya orang tua ni!" Wajah suaminya dijeling , "Ini Sharifah Adlina. Bakal menantu kita. Saya nak jodohkan dia dengan Rayyan"

"Rayyan setuju ke?"

"Hei , kemon lah. Ini Datin Maria Mukhriz tau. Setakat benda macam ni , petik jari je" jawab Datin Maria lalu jarinya dipetik dihadapan suaminya. Dato' Iqmal menjulingkan mata ke atas. Sudah terbiasa dengan kata-kata Datin Maria.

*****
Baju-baju di dalam bakul yang ditinggalkan di dapur , di ambil. Satu persatu baju dibetulkan , mungkin ada yang terlipat atau terbalik. Lalu dimasukkan ke dalam washing machine .

"Haih , dah macam bibik je aku ni" keluh Hasya walaupun Mak Yam sudah melarangnya untuk melakukan. Hasya sedar yang dia hanya menumpang , jadi dia perlu mematuhi apa sahaja arahan tuan rumah.

"Berapa kilo perfume dia pakai ni?" Baju Rayyan dicium lama. 'Wangi!' Baju Rayyan dilekapkan pada mukanya untuk bau lebih dalam.

Tiba-tiba terdengar suara berdehem. Hasya terus mencampakkan baju tersebut ke dalam washing machine . Air liur ditelan kelat. Ya dia tahu , yang melihatnya tadi Rayyan.

Rayyan masih berdiri tanpa melakukan apa-apa. "Seronok hidu baju aku?" soal Rayyan

Muka Hasya sudah bertukar kemerahan. Dia cuba menahan malu , "Ma..man..na ada..sa...say..a cuma nak periksa je. Mana lah tahu ada apa-apa terselit kat baju. Kang rosak baju awak"

Rayyan tersenyum senget , "Aku tahu lah badan aku wangi. Sebab tu kau hidu baju aku sampai lemas kan?"

Hasya berkerut , "Euw! Bila masa pulak saya bau sampai lemas? Lagi satu , saya tahu beza lah bau perfume dengan baju badan. Bau badan awak tu busuk , yang wangi cuma perfume je" Jawab Hasya berani.

Kali ini Rayyan tertawa pula "Kau nak bau badan aku wangi ke tak? Meh sini." Rayyan sudah mendepakan tangannya lalu bergerak ke hadapan untuk memeluk tubuh kecil milik Hasya. 

Hasya segera mengelak daripada berada didalam pelukkan Rayyan. "Tepilah!!! Eiii saya gelilah!!!" 

*******
Tbc

As my promise nak update after 1k votes. Haa dah hahahaha. Author siapkan jugak part ni untuk korang💁 Author dah tepati janji kan? hahahhhha

Secret WifeWhere stories live. Discover now