13 : 🌴Feel something🌴

1.9K 157 101
                                    


NYUM NYUM!

Kerak nasi yang rangup menjadi santapan petang aku,, dari pagi tadi aku tak berhenti mengunyah makanan mahupun gula-gula getah yang warna-warni tu. Bekas yang mengandungi kerak nasi dipegang kemas sambil menaiki tangga. Semasa aku melepasi ruang tamu tadi Bangtan tengah berjimba dekat situ cuma Yoongi je dekat atas dalam bilik entah buat apa. Mesti lah buat tahi mata, macam tak tahu anak Min tu perangai macam mana.

Aku tak tahu apa function diorang nak bermalam dekat sini harini cuma keluarga kami sahaja sudah balik tadi. Bila ditanya katanya sudah lama tidak bertandang untuk bermalam di rumah Yoongi,, Lagi pun aku tak kisah sebab memang kerap mereka tidur disini dalam seminggu tu dua kali.

Dulu kalau Yoongi masih bujang memang rumah ini lah yang menjadi tumpuan utama iyalah yang lain masih duduk sebumbung dengan orang tua nya. Seokjin ada kondominium miliknya tapi dia lebih suka tinggal dengan orang tua nya katanya masih mahu bermanja dengan keluarganya.

Tombol pintu bilik dipulas separuh dan aku menerobos masuk ke dalam bilik dengan ruangan yang muat-muat saja untuk aku masuk. Pandangan aku beralih pada katil yang ada figura manusia yang lena diulit mimpi. Senyuman manis meniti di bibir bila melihat Yoongi tidur dengan tenangnya. Bekas yang mengandungi kerak nasi diletakkan di atas kabinet kecil di tepi katil, serbuk yang melekat pada tanganku di tepuk-tepuk di sisi paha bagi menghilangkan serbuk itu.

Katil dipanjat secara senyap dan aku baring mengiring menghadap nya yang juga berada pada posisi yang sama. Aku teroka segenap wajahnya yang putih,, sesekali tangan gatalku mengusap-usap pipinya perlahan.

" Tidur pun wajah dingin " Ngomel ku sendirian bila wajahnya nampak tenang tapi aura dingin tidak pernah luntur walaupun ketika dia pejamkan mata nya.

Selepas selesai meneroka habis wajahnya,, aku baring secara menegak akibat tidak selesa baring secara mengiring tadi. Syiling biru dipandang,, sejak bila Yoongi tukar syiling ni? Cantik. Tetiba terasa perut milikku disentuh dan dilekapkan tangan miliknya di perutku.

" cantik? "

Soalan pertama yang terpacul keluar dari mulut Yoongi membuatkan aku memandangnya.

" cantik, mana tahu saya minat warna biru "

" everything about my wife mestilah suami dia kena tahu " Suara mamainya menyapa telingaku.

" auwww such As a sweet talker " Aku mengejeknya.

Pipinya di cucuk-cucuk olehku sesekali aku ambil peluang cuit pipi dia. Aku yang niat nak gelak sebab dia hanya pejamkan mata tanda merelakan terbatal kerana terasa loya menguasai diri. Dada di tepuk-tepuk untuk menghilangkan rasa loya.

" sayang.. waeyo? " Suara yang risau dapat di dengari. Yoongi yang sudah duduk di sebelahku dipandang,, berkerut muka ku menahan mual. Disebabkan tak tahan nak menahan rasa mual tu aku terus berlari kearah tandas.

Uwekk!! Uwekk!!

Aku memuntahkan segala isi perut ke dalam singki. Dapat rasakan badan belakang aku di tepuk-tepuk oleh Yoongi . Ni mesti sebab aku banyak sangat makan ←_←

Pili air dibuka dan aku basuhkan mulut ku dan dengan terhuyung-hayang nya aku melangkah ke arah katil dengan bantuan Yoongi yang memaut bahuku.

" gomawo " Ucapku perlahan. Tubuh dikembalikan baring di atas katil.

" Jieun "

Suara Min Yoongi menyapa ku yang memejamkan mata. Rasa pening mula menyengat 😵

" Don't you feel something? " Soalnya sambil tangannya dilekapkan di kulit perut ku. Aku terus mencelikkan mata dan wajahnya dipandang dengan muka yang berkerut seribu sebab tak faham dengan apa yang dia cuba maksudkan .

[✓][🍀]𝓢𝓾𝓪𝓶𝓲 𝓖𝓾𝓵𝓪 𝓑𝓪𝓽𝓾 + 𝓢𝓪𝓿𝓪𝓰𝓮  ※ ᴍʏɢWhere stories live. Discover now