14 : 🌴Ayat manis🌴(Spread your comments)

2K 164 120
                                    


Aku mahu sentiasa menjadi sebuah payung yang sentiasa melindungi kau daripada ❛❛ titisan hujan mahupun setitis gerimis yang jatuh menyembah bumi...

Saya juga mahu menjadi jaket yang mampu melindungi awak daripada angin dingin sejuk yang menyejukkan badan...

Dan...

Aku mahu cinta kita kekal seperti mana cinta Romeo dan juliet... Jikalau aku menjadi bunga ros plastik dan engkau bunga ros hidup aku mahu berada disamping engkau kerana aku mahu melindungi kau tatkala empat musim berlalu dan walaupun bunga ros plastik itu sudah kelunturan warnanya... Aku mahu menjadi bunga ros plastik itu kerana bunga ros hidup akan layu juga di kelak hari bila tiba masanya nanti dan walaupun bunga ros plastik sudah rosak dimamah cuaca ia akan utuh setia bersama nya tidak kira walaubagaimanapun keadaan nya...

Begitu jugalah aku,,tatkala di bulan purnama yang bersinar terang aku menemani mu dengan menjadi sekumpulan Bintang yang mampu mencerahi hidup kau yang dulunya kurang seri daripada mekar seperti mana cinta ikhlas kita berdua terukir buat kita berdua..

Jika aku dipilih sebagai angin aku akan menolaknya kerana aku gusar suatu hari nanti angin itu akan berlalu pergi membawa kau jauh daripada ku mahupun angin Bayu sepoi-sepoi bahasa yang menenangkannya kerana dengan itu sedikit demi sedikit kerana angin itu hubungan kita akan goyah dan berlalu seperti angin..

Jadi aku memilih untuk menjadi ❛❛guardian❛❛ untuk permaisuri ku.. Menjaga mu seperti mana ku menjaga hati dan diri sendiri... Jika ditakdirkan engkau pergi dulu sebelum ku izinkan lah ku mengikut jejak mu tatkala waktunya sudah tiba...

[✓][🍀]𝓢𝓾𝓪𝓶𝓲 𝓖𝓾𝓵𝓪 𝓑𝓪𝓽𝓾 + 𝓢𝓪𝓿𝓪𝓰𝓮  ※ ᴍʏɢWhere stories live. Discover now